Jumaat, 1 Disember 2017...PSSCM Putrajaya telah menghadiri Program Sambutan Maulidur Rasul 2017 Anjuran PSSCM Peringkat Lembah Kelang bertempat di Surau Sekolah Menengah Setiabudi, Gombak, Selangor.
Program tahunan yang diadakan ini bertujuan meraikan sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w selain menjadi platform kepada PSSCM menghimpunkan para ahli dan komuniti PSSCM di seluruh Lembah Kelang di dalam program berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan.
Acara ini dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa PSSCM juga mempunyai pelbagai aktiviti sosial yang sihat yang boleh membantu mengasah kemahiran insaniyah apabila ahli-ahli turut diajar berselawat, bermarhaban, berzanji dan berqasidah.
Aktiviti sebegini mampu membangun dan melahirkan modal insan di kalangan para peserta yang terlibat untuk mengasah kemahiran selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli dan juga komuniti PSSCM.
Para ahli PSSCM juga berpeluang mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rosli bin Jamaudin; Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Sg Petani yang juga ahli PSSCM Kedah.
Foto-foto Menarik
Disediakan oleh:
Unit Media PSSCM Putrajaya