Sunday 29 January 2017

Saturday 28 January 2017

Berendam @ Air Terjun Bukit Jana Kamunting Perak


Sabtu 28 Januari 2017 - Aktiviti riadah santai ahli-ahli PSSCM Putrajaya menikmati kedinginan deruan air terjun @ Lata Bukit Jana Kamunting Perak. Kalau musim durian lagi best tempat nie...



Majlis Kenduri Kahwin TP PSSCM Putrajaya @ Ipoh


Sabtu, 28 Januari 2017 - Rombongan ahli-ahli PSSCM Putrajaya menghadiri Majlis Perkahwinan Saudara Nazrin (TP PSSCM Putrajaya) dengan pasangannya Saudari Afaf di Ipoh Perak. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Amiin...



Wednesday 18 January 2017

Program Kerohanian Majlis Tahlil PSSCM Januari 2017



Rabu 18 Januari 2017 - Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil PSSCM  buat Almarhum YM Tuan Haji Ishak Itam: Guru Utama PSSCM (1986-2009). Wakil PSSCM Putrajaya turut menghadiri majlis ini.

Monday 16 January 2017

Kelas Latihan 16 Januari 2017



Isnin 16 Januari 2017: Kelas latihan Cekak malam tadi. Syukur ahli lama dan baru bersama-sama berlatih memeriahkan kelas setiap malam Isnin dan Selasa. Kini kelas ahli tamat dan kemahiran akan diadakan setiap malam Isnin. Jom daftar sebagai ahli baru@PSSCM Putrajaya.

Sunday 15 January 2017

Surat PESAKA: Pendaftaran Empat Badan Pendiri PESAKA Malaysia

Ahad, 15 Januari 2017...Empat Badan Pendiri PESAKA Malaysia secara automatik menjadi ahli gabungan kepada PESAKA Negeri. 

Lepas tarikh ini semua aktiviti silat di Peringkat Negeri perlu melalui empat wakil PESAKA Negeri.

Semoga silat terus berkembang di Malaysia ini...

Saturday 14 January 2017

Program Futsal, Badminton & Zumba PSSCM Putrajaya V3.0


Sabtu 14 Januari 2017: Program futsal, badminton dan zumba @ Gelanggang Sukan JPM Putrajaya bersama keluarga PSSCM Putrajaya. Cekak bukan sekadar silat...sertailah kami bersilat sambil bersukan menyihatkan badan.



Sunday 8 January 2017

Pembentangan Kertas Kerja SMA 2016


Sabtu, 8 Januari 2017, Pembentangan kertas kerja Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM di Pusat Latihan Shah Alam. Inilah inovasi dan transformasi pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia ke arah menjadi sebuah Silat Akademik sepertimana yang dicita-citakan oleh Guru-Guru Utama PSSCM bermula dari Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, Almarhum Tuan Haji Ishak bin Itam dan kini diteruskan oleh YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah. Syabas diucapkan.


Para pembentang kertas kerja PSSCM sedang membentang hasil penyelidikan mereka

Para pegawai penilai PSSCM sedang fokus menilai hasil kertas kerja para calon SMA 2017
  


Monday 2 January 2017

Kelas Latihan Cekak, Isnin 2 Januari 2017



Isnin 2 Januari 2017- Kelas Silat Cekak malam ini bersama-sama merasmikan rubber mats baru hasil kutipan dan derma wakaf ahli-ahli PSSCM. Semoga Allah swt menambah rezeki para penyumbang. AlhamduLillah lepas ni lebih bersemangat nak berlatih...apalagi jom joint PSSCM.