Sunday 27 December 2020

Program Sambutan 55 Tahun PSSCM Secara Maya Meriah

27 Disember 2020, Ahad. Kuala Lumpur: Sambutan Ulangtahun kelahiran Silat Cekak kali ke 55 tahun berlangsung dalam keadaan meriah meskipun sambutan kali ini berbeza iaitu secara maya/virtual. Sambutan norma baharu ini julung-julung kali diadakan dalam sejarah PSSCM sejak penubuhannya 55 tahun yg lalu atau tepatnya 28 Disember 1965.

Sambutan ini mengambil tema "Budaya Silat Warisan Dunia" mengandungi 3 segmen utama iaitu; Acara Kemuncak Virtual Run & Ride PSSCM, Pelancaran Novel Panglima Ismail Pahlawan Kedah dan Forum Sempena 55 tahun PSSCM Bual Bicara Nostalgia Ustaz Hanafi.


Program ini dijalankan menerusi aplikasi FB Live turut mendapat liputan dari TV3 dan juga akhbar Wilayah Ku.

Acara Kemuncak Virtual Run & Ride

PSSCM buat julung kalinya menganjurkan program larian dan kayuhan secara maya ini selama 25 hari bermula dari 1 hingga 25 Disember 2020 dengan penyertaan lebih dari 1,500 ahli dan bukan ahli PSSCM. Setiap para peserta akan diberikan medal dan baju t- shirt sebagai tanda penyertaan mereka.

Pada malam ini, para peserta yang menduduki carta teratas diumumkan sebagai tanda menghargai dan pendorong semangat mereka untuk terus bersama-sama dengan PSSCM. 


Majlis Pelancaran Novel Panglima Ismail Pahlawan Kedah

Buat julung kalinya PSSCM telah bekerjasama dengan penulis novel tersohor tanahair Abdul Latiff Talib menghasilkan sebuah novel sejarah bertajuk; Panglima Ismail Pahlawan Kedah; Merungkai Sejarah Terpendam.

Penghasilan novel ini berdasarkan kajian-kajian ilmiah dan catatan-catatan lisan yang dikumpulkan sejak bertahun-tahun lamanya bertujuan merekodkan kembali perjalanan hidup, perjuangan dan pengorbanan Panglima Ismail sebagai seorang Laksamana negeri Kedah yang bernama Wan Ismail bin Wan Muhammad Long dalam mempertahankan kedaulatan negeri Kedah sepanjang abad ke 18. Panglima Ismail merupakan tokoh utama yang terkenal di dalam sejarah Silat Cekak dan negeri Kedah. 




Program Ceramah Nostalgia Ustaz Hanafi 

Program ini menampilkan YM Datuk Guru Utama dan juga Ahli Lembaga dan Tatatertib PSSCM; Tuan Haji Ghazali Abdul Rahman sebagai panelis yang membicarakan mengenai ketokohan dan sumbangan Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; Pengasas dan Presiden PSSCM 1965 - 1986. 



Program maya ini tamat pada jam 1.30 pagi.

Maklumat seterusnya, sila layari;

Buletin Utama TV3 28 Disember 2020 Sambutan 55 Tahun PSSCM - YouTube

PSSCM optimis, terus perkukuh seni Silat Cekak – Wilayahku

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020






Friday 4 December 2020

Majlis Tahlil Almarhum YM Guru Utama Ke 2 PSSCM 2020M/1442H


Jumaat, 4 Disember 2020: Hampir 8 tahun Almarhum telah meninggalkan kita. Jasa dan pengorbanan beliau terhadap pembangunan Silat Cekak di Malaysia sebelum dan selepas beliau menjadi Guru Utama PSSCM tidak akan dapat kita lupakan.

Majlis Tahlil Almarhum Tn Hj Ishak bin Itam ini telah dilaksanakan secara maya. Wakil-wakil dari PSSCM Putrajaya turut menyertainya.

Al Fatihah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Maklumat lanjut sila layari;


Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020