Sunday 26 June 2022

Silat Diraja Bangsa Berdaulat: Tema Sambutan 57 Tahun PSSCM


25 Jun 2022. Seremban, Negeri Sembilan. PSSCM telah mengadakan Sambutan 57 tahun bertemakan Silat Diraja Bangsa Berdaulat. Sambutan ini dihadiri lebih 1000 ahli PSSCM dan tetamu dari seluruh negara.

Terdapat empat acara sambutan di sebelah pagi merangkumi majlis Istiadat Pemasyuran Timbalan Penaung PSSCM, Pengurniaan Darjah Kebesaran Guru Kehormat PSSCM, Majlis Pengurniaan Pingat Berjasa PSSCM  serta Majlis Pengurniaan Parang Lading Senjata Rasmi Silat Cekak. 

Yang Mulia Tunku Dato' Prof. Sr Dr Fauzi ibni Almarhum Tunku Seri Indera Setia Tunku Dato' Abdul Malek Al-Haj, waris generasi ke tujuh Sultan Ahmad Tajuddin al-Mukarram Shah (1854 -1879) telah dimasyurkan sebagai Timbalan Penaung PSSCM

Turut diumumkan kesudian KDYMM Al Aminul Karim Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman mencemar duli sebagai Penaung Seumur Hidup kepada PSSCM melalui surat bertarikh 12 Jun 2022 bersamaan 12 Zulkaedah 1443H. 

Daulat Tuanku!!!



Manakala Darjah Kebesaran Anugerah Tertinggi PSSCM yang membawa gelaran Guru Kehormat PSSCM dikurniakan kepada YDH Dato' Seri Johan Iskandar bin Dato' Hussien untuk menggalas tanggungjawab dan amanah menghubungkan PSSCM dengan pihak istana demi mengangkat martabat ilmu budaya bangsa Melayu khususnya Silat Cekak dan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Pingat Berjasa telah dikurniakan kepada 45 penerima dari kalangan ahli jawatankuasa Pusat, penulis-penulis makalah akademik berkaitan Silat Cekak, wasit-wasit juri PESAKA dan Tenaga-Tenaga Pengajar PSSCM yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Manakala seramai 57 orang penerima parang lading di atas pengorbanan mereka selama lebih 15 tahun mempertahankan Silat Cekak melalui pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.



Di sebelah petang telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) ke 50 Tahun PSSCM yang dihadiri perwakilan-perwakilan dari 12 buah negeri. Manakala di sebelah malamnya diadakan Majlis Makan Malam Sempena Meraikan para penerima anugerah PSSCM di sebelah pagi tadi yang dihadiri lebih 800 orang tetamu. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas Seremban, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sembilan serta wakil dari komuniti setempat.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga PSSCM bertambah maju jaya di bawah naungan Tuanku Sultan Kedah. 

Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku!!!

Pautan teaser PSSCM: https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/399489828809304

#silatcekak #silatcekakmalaysia #kedah #silat #putrajaya #psscmputrajaya

Sebahagian Tim Istiadat gabungan kelas PSSCM Ibu Pejabat, Selangor dan Negeri Sembilan termasuk dari PSSCM Putrajaya




Disediakan oleh; 

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya @2022


Sunday 19 June 2022

19 Jun 2022: Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah



Selamat Ulangtahun Keputeraan Ke Bawah Duli (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah. Semoga Allah swt merahmati usia dan pemerintahan Tuanku...

Daulat Tuanku...

Dari kami ahli-ahli PSSCM seluruh Malaysia.


Disediakan oleh: 

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya@2022

 


Monday 6 June 2022

6 Jun 2022: Selamat Ulangtahun Keputeraan DYMM SPB YDA


Semoga Allah swt Merahmati Pemerintahan Tuanku...

Daulat Tuanku!!!

Dari kami warga PSSCM sekalian.

Disediakan oleh;

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya@2022