Thursday 25 May 2017

Kelas Latihan Cekak @SMK Presint 9 Putrajaya terakhir sebelum Ramadhan...


Khamis 25 Mei 2017...Kelas latihan PSSCM hari ini merupakan kelas terakhir sebelum para pelajar bercuti semester selama 2 minggu. Kelas latihan silat akan diadakan semula pada Khamis 15 Jun 2017 iaitu di bulan Ramadhan namun dengan pengisian pendidikan teori dan kerohanian yang akan disampaikan oleh penceramah dari PSSCM.


Kepada adik-adik semua...Selamat Menyambut dan Melaksanakan Ibadah di Bulan Ramadhan. Kita jumpa semula pada 15 Jun 2017 nanti.   

Taat ke Guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika derhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat

Foto-foto kelas; 




Kelas mula dihias dengan informasi Silat Cekak





Wednesday 24 May 2017

PSSCM Putrajaya: Silat @Dialog #TN50: "Putrajaya Masa Depan Negara"


Rabu, 24 Mei 2017...PUTRAJAYA: Seramai 11 orang wakil PSSCM Putrajaya telah hadir ke Program Dialog TN50 bertemakan "Putrajaya Masa Depan Negara" yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Wilayah Persekutuan serta Ahli Parlimen Putrajaya. Lebih 500 orang tetamu yang kebanyakkannya terdiri dari para belia sekitar Putrajaya hadir ke program ini.



Program ini menampilkan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya sebagai penceramah utama dan YBhg Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din; Timbalan Naib Canselor, UPNM sebagai moderator.

Program ini menjadi platform yang bertujuan mendapatkan pandangan, maklumbalas dan idea tentang aspirasi rakyat khususnya para belia mengenai masa depan pembangunan di Putrajaya ke arah menuju tahun 2050. 


Respon dari para peserta begitu menggalakan dengan pelbagai idea dan pandangan telah dilontarkan berkaitan soal pembangunan belia, kemudahan infrastruktur, kebajikan, alam sekitar, keselamatan dan sebagainya.  


Input-input yang diperolehi di dalam wacana ini akan diteliti dan digunakan oleh pihak kerajaan sebagai garis panduan di dalam membuat perancangan dan pembangunan di Putrajaya pada masa hadapan.


Kehadiran wakil PSSCM Putrajaya ke dalam program ini merupakan satu manifestasi sokongan PSSCM kepada proses pembangunan bandar dan masyarakat Putrajaya. 

Semoga menjelang 2050 Putrajaya akan menjadi sebuah bandar metropolitan yang mesra belia, budaya dan komuniti.








Ketahuilah apa itu Transformasi Nasional 2050 @ https://mytn50.com/

#putrajaya #silatcekak #respectmyPM #PESAKA #KJ 


Disediakan oleh;


Unit Media PSSCM Putrajaya @2017

Saturday 20 May 2017

Majlis Konvokesyen PSSCM ke 34 berjaya dan hebat: Silat ke arah merealisasikan #TN50


Sabtu, 20 Mei 2017...Majlis Istiadat Konvokesyen PSSCM kali ke 34 telah berjalan dengan sempurna dan dihadiri lebih dari 1,300 orang ahli dan tetamu jemputan yang terdiri dari ibu bapa dan keluarga graduan-graduan penerima Sijil Rendah (SR) dan Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM.


Program yang diadakan sempena Sambutan 52 tahun PSSCM ini menyaksikan seramai 539 orang graduan PSSCM telah menerima SR manakala 64 orang graduan PSSCM telah menerima SMA di dalam Konvokesyen PSSCM 2017.



Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Profesor Emiritus Dr. Kamaruddin Hussin; Penasihat Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia yang juga merupakan ahli PSSCM.  Beliau di dalam ucapannya berkata bahawa pencapaian dan kejayaan yang ditonjolkan di dalam ilmu Silat Cekak dan PSSCM adalah amat selari dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada masa kini di dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Berita mengenainya boleh rujuk di;
http://english.astroawani.com/lifestyle/silat-promotes-sense-worth-line-tn50-143387   


Di dalam program ini PSSCM Putrajaya bersama tim Protokol dan Istiadat PSSCM yang lain telah ditugaskan sebagai Bentara-Bentara Majlis bagi memastikan kelancaran program.

Program Tahunan PSSCM pada kali ini telah mengambil tema "Budaya Silat Teras Transformasi Negara" sebagai tanda sokongan padu PSSCM terhadap proses transformasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan ke arah membangunkan bangsa dan negara ini sesuai dengan wacana TN50 yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan pada masakini.

Program ini membuktikan bahawa PSSCM telah turut serta secara langsung di dalam proses pembangunan negara bangsa ini melalui program-program kebudayaan dan persilatan sebagai satu bentuk pengisian yang dapat memperkasakan jiwa para belia melalui budaya Melayu dan syiar Islam ke arah penyatuan ummah.

Inilah bentuk pembangunan modal insan yang dilakukan secara berterusan oleh PSSCM selama lebih dari 50 tahun sejak tahun 1965 hingga kini.  
  




Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya

Friday 19 May 2017

Tim PSSCM Putrajaya bergabung tenaga menjayakan Konvokesyen PSSCM 2017


Jumaat, 19 Mei 2017 ...Tim Urusetia Protokol dan Istiadat PSSCM yang terdiri dari ahli-ahli PSSCM Putrajaya telah bergabung tenaga dengan tim PSSCM Ibu Pejabat, Cawangan Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan lain-lain cawangan di dalam persiapan Majlis Konvokesyen ke 34 Sempena Sambutan 52 tahun PSSCM.


Ahli-ahli PSSCM telah menunjukkan semangat kerjasama berpasukan di dalam kerja-kerja kesukarelawan ini tanpa mengenal erti penat lelah terus menyiapkan kerja-kerja di belakang tabir sehingga lewat pagi hingga berjaya.


Semua kerja dilakukan secara sukarela dari proses menyediaan makanan, persiapan dewan, aturcara dan protokol, menyiapkan pakaian istiadat hingga ke kerja-kerja teknikal semuanya melibatkan tenaga ahli-ahli PSSCM. Inilah sebahagian dari proses didikan yang diterapkan di dalam Silat Cekak dan PSSCM dalam membina jatidiri dan sahsiah pengamalnya.

Srikandi PSSCM Putrajaya ditugaskan menyiapkan pakaian istiadat
Inilah yang bestnya dalam Silat Cekak, bukan sekadar belajar silat semata-mata tetapi banyak kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dapat...nak tahu best ke tidak...jom joint PSSCM!!!

Proses menyembelih, memasak dan menyiapkan hidangan disempurnakan sendiri oleh ahli-ahli PSSCM. 

Sudah lewat pagi...kerja-kerja teknikal masih berterusan



Monday 15 May 2017

Kelas Latihan Silat Cekak 15 Mei 2017 ...Tetap Bertenaga!!!


Isnin, 15 Mei 2017...Kelas Latihan Cekak diteruskan seperti biasa meskipun bahang dan keletihan melakukan demonstrasi dan menjaga pameran semasa Karnival Negaraku Komuniti 1Malaysia pada Sabtu, 13 Mei lalu masih terasa. Namun demi semangat panglima, latihan tetap mendapat sambutan para ahli PSSCM meskipun siangnya penat dengan kerja.

Inilah semangat yang diterapkan dalam Silat Cekak. ..tidak menyerah kalah sebaliknya seronok bersilat untuk mahir di samping dapat work-out mengeluarkan peluh dan insya boleh kuruskan badan...   








Syabas dan tahniah skuad demo PSSCM Putrajaya...bersedia awal untuk Kejohanan Wajadiri 2017@UiTM Pulau Pinang nanti yaaa.

Saturday 13 May 2017

PSSCM Putrajaya Memeriahkan Karnival Negaraku Komuniti 1Malaysia @Putrajaya


Sabtu, 13 Mei 2017... PSSCM Putrajaya telah diberi penghormatan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Wilayah Persekutuan untuk mengadakan persembahan seni silat di hadapan lebih 500 orang pengunjung Karnival Negaraku Komuniti 1Malaysia di Padang Komuniti Presint 9, Putrajaya. 


PSSCM Putrajaya turut diberi peluang mengadakan booth pameran statik penerangan PSSCM yang turut mendapat sambutan dari warga komuniti Putrajaya. Perasmi YB Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan telah sudi melawat dan diberikan taklimat serba sedikit mengenai PSSCM oleh Naib Presiden 2 PSSCM Y. Bhg Encik Safran Hj Ahmad.



Sambutan yang diberikan oleh warga Putrajaya terhadap karnival ini amat menggalakkan meskipun terdapat pelbagai acara berlangsung di sini. 


PSSCM Putrajaya buat julung-julung kalinya bersama JAPEN Wilayah Persekutuan mengadakan demonstrasi dan pameran ini amat berterima kasih kepada pihak JAPEN kerana memberikan kepercayaan kepada PSSCM bersama-sama di dalam program komuniti ini.


Syabas dan tahniah kepada semua ahli PSSCM Putrajaya dan Ibu Pejabat yang memberikan sokongan dan bantuan sehingga terciptanya sejarah pada hari ini... PSSCM...Rakan Komuniti Anda     
Hidup Cekak...!!!

Koleksi foto-foto kenangan.... 






































Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2018