Monday 26 February 2018

Kelas Latihan PSSCM @26 Februari 2018


Isnin, 27 Februari 2018...Kelas malam ini meriah dengan kehadiran tetamu dari PSSCM Melaka. Bertambah happy bila ada ahli tamat terima uniform baru. 

Berhimpun dan berfoto selepas kelas latihan Silat Cekak. 



Disediakan oleh

Unit Media PSSCM Putrajaya@2018

Saturday 24 February 2018

PSSCM Putrajaya @ Malam Sayembara Puisi Cekak


Sabtu, 24 Februari 2018. Pulau Pinang: Tim Putrajaya telah menghadiri Program Malam Sayembara Puisi Cekak anjuran PSSCM USM bertempat di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia. 


PSSCM Putrajaya telah mengenakan busana Melayu lengkap bagi memeriahkan suasana sekaligus dapat melestarikan warisan budaya Melayu.

Acara ini julung-julung kali diadakan oleh PSSCM USM bagi mencungkil bakat seni di kalangan mahasiswa yang menyertai ko-kurikulum Seni Silat Cekak Malaysia di kampus. Melalui kegiatan ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman di kalangan mahasiswa sekaligus dapat membuktikan PSSCM terlibat di dalam proses pembangunan bakat modal insan di kalangan para penuntutnya.








Di dalam program ini mahasiswa Silat Cekak dari UNIMAP, USM Kampus Induk, kejuruteraan dan Kubang Kerian, UIAM, UiTM dan sebagainya telah memeriahkan acara mendeklamasikan puisi dengan selingan sketsa-sketsa yang begitu menarik sekali dan menarik perhatian hampir 400 orang penonton. 





Di dalam program tersebut para mahasiswa telah menunjukkan bakat-bakat mereka mengarang, membaca puisi dan berlakon sketsa yang cukup menghiburkan.

Di dalam pertandingan tersebut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) muncul juara .





Tahniah kepada para pemenang dan PSSCM USM



Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2018

PSSCM Putrajaya @ Program Wacana Peradaban Melayu, Unisains Pulau Pinang


Sabtu, 24 Februari 2018...4 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menyertai Program Wacana Sulalatus Peradaban Melayu: Wacana Manuskrip Melayu Kewujudan Hang Tuah di China oleh Dr Rohaidah Kamaruddin; Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang anjuran PSSCM Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. 

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM; Prof. Dato' Dr Adnan Hussien telah dihadiri hampir 500 peserta yang terdiri dari kalangan para pelajar kampus USM dan jemputan universiti berhampiran. 





Prof. Dato' Dr Adnan Hussien di dalam ucapannya  memuji program yang julung-julung kali di adakan oleh mahasiswa dan pelajar Silat Cekak di kampus ini. Acara ini menurutnya dapat memberikan pengetahuan yang luas kepada mahasiswa dan juga masyarakat terhadap warisan serta sejarah seorang tokoh Melayu yang terulung di dunia.    




Wacana ini turut diserikan dengan pameran, jualan buku-buku sejarah terbitan Penerbit UPM Press dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta persembahan demonstrasi Silat Cekak Malaysia. Pada sebelah malamnya diadakan Malam Sayembara Puisi Cekak.

Tahniah PSSCM USM!!!

#silatcekak #usm #melayu #busana #putrajaya #mytn50 #upm #penang #hangtuah #silat




















Disediakan oleh:

Unit Media PSSCM Putrajaya@2018 

Tajuk Putrajaya di sesi pembentangan draf tajuk Sijil Menengah Akademik @ ATMA UKM


Sabtu 24 Februari 2018... Bangi: PSSCM telah menganjurkan sesi pembentangan draf kertas kerja penyelidikan Sijil Menengah Akademik (SMA) bagi sesi ke 3 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Pelbagai tajuk telah dibentangkan dan salah satu kumpulan telah membuat tajuk berkaitan Perkembangan PSSCM di Putrajaya: Prospek dan Permasalahan yang turut dianggotai ahli-ahli PSSCM Putrajaya, Ibu Pejabat dan UIAM.  




Sijil Menengah Akademik ini turut mendapat kerjasama dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM yang mana kajian-kajian akademik PSSCM ini akan dijadikan koleksi ilmiah yang boleh dirujuk di institut berkenaan. 


Syabas semoga kumpulan bertajuk Putrajaya ini dapat menghasilkan kajian yang bermutu tinggi bersama rakan-rakan Secekak yang lain.  


Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @2018