Saturday 30 May 2015

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya menyertai program anjuran UiTM Puncak Alam dan PDRM.



Sabtu, 30 Mei 2015...Seramai 7 ahli PSSCM Putrajaya turut menyertai Program Kenegaraan dan Keselamatan Berteraskan Maqasid Syariah anjuran bersama PSSCM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Puncak Alam.


Seramai 300 orang pelajar yang terdiri dari warga kampus dan ahli PSSCM menyertai program ini yang banyak memberikan maklumat mengenai kepentingan menjaga keselamatan dan perpaduan negara. 



Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga PSSCM dan masyarakat kampus berkaitan isu-isu keselamatan dan kenegaraan selain merupakan antara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melibatkan kerjasama strategik antara agensi dengan pihak NGO, universiti dan mahasiswa.
















Disediakan oleh;

Unit media PSSCM Putrajaya @2015

Friday 1 May 2015

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya @Sambutan Jubli Delima 40 Tahun PSSCM USM


Jumaat 1 Mei 2015...Wakil PSSCM Putrajaya telah menghadiri Sambutan Perayaan 40 Tahun Jubli Delima PSSCM USM di  kampus USM Pulau Pinang. Di dalam program sambutan ini PSSCM USM telah menganjurkan Sambutan Malam Pendekar 2015 bertempat di  Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.  

Para penonton dipersembahkan dengan pelbagai gaya persembahan seni bela diri seperti Silat Cekak Malaysia, Silat Gayung Malaysia, Gayung Fatani, Kung Fu Wing Chun, Silambam selain lakonan sketsa hebat dari PSSCM USM selain persembahan multimedia, Anugerah Khas Kecemerlangan Akademik, Anugerah Khas 40 tahun PSSCM USM, cabutan hadiah bertuah, deklamasi sajak dan sebagainya.

Majlis ini dirasmikan oleh Presiden PESAKA; Y.Bhg Senator Datuk Seri Ali Rostam ini berjaya menghimpunkan lebih 1800 orang Alumni PSSCM USM 1965-2015 dan peserta PSSCM seluruh negara. 



Pada keesokan harinya program diteruskan dengan Kolokium Seni Silat Cekak Malaysia (KOSSCEM) di mana sebanyak 10 buah kertas kerja kajian penyelidikan berjaya dibentangkan oleh ahli-ahli PSSCM termasuk dari cawangan dan kelas IPTA/S ke arah merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik. 


















Pada sebelah malamnya diadakan Majlis Makan Malam Perdana yang diadakan di Padang Kawad USM dihadiri lebih 1300 ahli PSSCM termasuk alumni PSSCM USM seluruh negara. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YM Guru Utama dan Prsiden PSSCM.

Tahniah PSSCM USM

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2015.
.