Sunday 31 July 2022

Sambutan Maal Hijrah 1444 dan Hari Tenaga Pengajar PSSCM 2022


Sabtu, 30 Julai 2022: Seremban. PSSCM telah meraikan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM sempena Sambutan Awal Muharram 1444 Hijrah. Seramai 1300 peserta telah hadir termasuk para Tenaga Pengajar PSSCM seluruh negara.

Majlis dimulakan pada awal pagi dengan acara berzanji dan marhaban.  



Pada sebelah petangnya pula diadakan Hari Tenaga Pengajar PSSCM yang menghimpunkan lebih 1000 orang Tenaga Pengajar PSSCM dari seluruh negara. Mereka diberikan sijil-sijil pentauliahan bagi mengajar ilmu Silat Cekak bagi tahun 2022/2023.   



Syukur Alhamdulillah diatas kelancaran program ini hasil kerjasama semua pihak dan syabas serta selamat berkhidmat kepada semua Tenaga Pengajar PSSCM.




Pautan:

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/801022924225228

https://www.youtube.com/watch?v=E0UfkQQ1FAc

https://www.youtube.com/watch?v=6HcdyxjkfcI

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2022

Sunday 24 July 2022

Majlis Perasmian Penutup Festival Antarabangsa Silat Warisan Dunia


Ahad, 24 Julai 2022: Kuala Lumpur Majlis Perasmian Penutup Festival Antarabangsa Silat Warisan Dunia telah disempurnakan oleh YB Senator Tengku Dato' Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz; Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Turut menghadiri majlis ini adalah ahli-ahli Dewan Perguruan PESAKA, para tetamu kehormat dan peserta Festival termasuk ahli-ahli PSSCM Ibu Pejabat termasuk Putrajaya.

YB Menteri Kewangan dalam ucapannya pernah mempelajari Silat Cekak pada tahun 1989 di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di bawah PSSCM dan diijazahkan oleh YM Ustaz Ishak bin Itam. Syabas!

Kongsi foto:










Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM 

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2022

Friday 22 July 2022

Flashmob Festival Antarabangsa Silat Seni Warisan Dunia dari PSSCM


Kuala Lumpur 23 Julai 2022: PSSCM telah menganjurkan satu program bagi meneriahkan sambutan Festival Antarabangsa Seni Silat Warisan Dunia dan Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Taman Tasik Danau Kota Kuala Lumpur. 



Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Haji Hamdan Mohd Yusoff; Pengerusi Zon Wangsa Maju MPPWP Kuala Lumpur.


Seramai 200 orang peserta terlibat dalam program pagi ini yang dimulakan degn acara senaman ringan, pertunjukan silat tari dan acara demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia. 

Acara ini turut disertai oleh tim PSSCM Putrajaya.















Tuesday 19 July 2022

Gempar & Terkini: Pengambilan Ahli Baharu Silat Cekak @Putrajaya...Ayuh segera daftar & belajar!!!


Assalamualaikum wbt

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kelas Latihan Putrajaya kini sedang giat menjalankan kempen pengambilan ahli-ahli baharu untuk mempelajari ilmu Seni Silat Cekak Malaysia (SSCM) sepanjang bulan Julai/Ogos 2022.

Kursus intensif pembelajaran ilmu Silat Cekak ini mengambil masa selama tempoh 8 bulan sahaja. Latihan akan diadakan pada ketentuan berikut;

Hari: Isnin dan Selasa

Masa: 9.00 malam hingga 11.00 malam

Tempat: Dewan Serbaguna Blok 4D, Jalan PG9 Apartment Kuarters Presint 9, 62250 Putrajaya

Kordinat: https://www.google.com/maps/dir/2.925642,101.6954442/psscm+putrajaya/@2.9321089,101.6717495,14.79z/data=!4m9!4m8!1m1!4e1!1m5!1m1!1s0x31cdb7039a87065f:0xce421789cf98d3be!2m2!1d101.6815043!2d2.9427603

GPS: GPS2.942663, 101.681545

Jika korang berminat sila hubungi:





Ayuh segera daftar dan belajar...jangan berlengah lagi. Jaga diri, jaga kesihatan, pelihara ukhwah dan silaturahim.




Disediakan oleh:

Unit Media Strategik serta Unit Persilatan dan Demonstrasi PSSCM KL Putrajaya @2022

Wednesday 6 July 2022

Majlis Tahlil Almarhum YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad 2022


Rabu, 6 Julai 2022: PSSCM telah mengadakan Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Pengasas Agung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia menerusi siaran langsung di platform Zoom. Insan yang sangat besar jasa dan sumbangannya dalam membangunkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) 1965-1986.


Majlis dimulakan dengan Selawat Badriyah diikuti tahlil ringkas dan ucapan dari YMDGU. Majlis dihadiri lebih 900 peserta PSSCM seluruh negara termasuk 700 yang menyertai melalui aplikasi zoom.

Teaser Program:

https://www.facebook.com/watch/?v=1936255973235043&extid=CL-UNK-UNK-UNK-AN_GK0T-GK1C-GK2C&ref=sharing




Disediakan oleh;

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya@2022