Wednesday 28 December 2016

Majlis Tahlil Sempena Ulangtahun Kelahiran Silat Cekak ke 51


Rabu, 28 Disember 2016 - Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat PSSCM telah diadakan serentak di seluruh negara sempena ulangtahun kelahiran Silat Cekak pada 28 Disember 1965 yang lalu. Syukur AlhamduLillah PSSCM kini telah berusia 51 tahun dan semakin berkembang pesat. Wakil PSSCM Putrajaya turut menghadiri program tersebut di Bangunan Silat Cekak di Sentul, Kuala Lumpur.

Pusara Almarhum YM Ustaz haji Hanafi b. Ahmad; Pengasas Silat Cekak 

Tuesday 20 December 2016

Kelas Latihan Silat Cekak 20 Disember 2016



Selasa 20 Disember 2016...Kelas latihan Silat Cekak Malaysia. Tetap bersemangat... gigih berlatih boleh sihatkan badan.

Sunday 18 December 2016

Majlis Perkahwinan putera Naib Presiden 2 PSSCM meriah


Sabtu 18 Disember 2016 - Majlis Perkahwinan putra kepada Naib Presiden 2 PSSCM; Tuan Safran Hj Ahmad@ Kuang, Selangor. Majlis turut dihadiri YMDGU dan ahli-ahli PSSCM. Syukur adat tradisi tetap disanjung dan dijunjung. Kredit kepada Tim Istiadat dan Protokol PSSCM yang segak berbusana.

Tim Protokol dan Istiadat PSSCM segak berbusana memeriahkan suasana 
Segak dan anggun: YMDGU dan Isteri berfoto dengan ibu bapa pengantin lelaki

Monday 12 December 2016

Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Kesyukuran Sekalung Budi Seuntai Kasih PSSCM 2016


Isnin 12 Disember 2016...Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Kesyukuran Sekalung Budi Seuntai Kasih PSSCM 1438H telah diadakan di Sekolah Setia Budi Gombak yang turut dihadiri wakil-wakil dari PSSCM Putrajaya. Majlis dimulakan dengan selawat Badriyah diikuti dengan marhaban dan berzanji. Program ini dirasmikan oleh YMDGU dan isteri.



Wednesday 7 December 2016

Ujian E-Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM Putrajaya dan Sg Besi 2016


7 Disember 2016: Ujian Teori Sijil Rendah (USR) PSSCM secara on line bagi Kelas latihan Putrajaya dan Sungai Besi. Alhamdulillah kita berjaya merealisasi transformasi Seni Silat Melayu dan melaksanakan visi Silat Cekak Silat Akademik. Seramai 12 orang calon terlibat mengambil ujian ini ditemani 12 orang Tenaga Pengajar PSSCM. Lepas habis ujian kita sembang-sembang santai sambil dihidangkan dengan nasi lemak daun pandan yang enak. 

Semoga kesemua calon PSSCM lulus dengan cemerlang dan boleh berkonvo PSSCM Mei 2017 nanti.


Tuesday 6 December 2016

Kelas Latihan PSSCM 6.12.2016



Selasa 6 Disember 2016... Lepaking santai lepas kelas silat@ PSSCM Putrajaya. Alhamdulillah rajin berlatih asas kemahiran

Sunday 4 December 2016

Himpunan Solidariti Ummah Selamatkan Rohingya 2016 disertai PSSCM


Ahad 4 Disember 2016: Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya telah diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur telah dihadiri lebih 200 orang ahli PSSCM termasuk dari kelas latihan PSSCM Putrajaya. 

Penyertaan ini bagi menunjukkan solidariti PSSCM sebagai sebuah NGO Melayu-Islam dan badan pendiri PESAKA Malaysia terhadap isu-isu sejagat yang melibatkan kepentingan ummah.



Majlis ini dihadiri lebih 10,000 umat Islam termasuk saudara seagama dari Rohingya dan diserikan dengan kehadiran para pemimpin negara dari parti politik PAS dan UMNO.










Syabas... Alhamdulillah kita mendokong perjuangan membela saudara seagama di mana saja mereka berada.



#solidarity #rohingya #silatcekak

https://www.facebook.com/search/top/?q=solidariti%20rohingya%20silat%20cekak%20
Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @2016

Friday 2 December 2016

Program Latihan Bersama PSSCM Lembah Kelang


Jumaat 2 Disember 2016: Program Latihan Bersama Ahli Tamat dan Skuad Demonstrasi PSSCM Lembah Kelang@ Kelas Latihan Menara Telekom Malaysia, Bangsar disertai oleh ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang seramai 80 orang.