Sabtu, 9 Disember 2017...PSSCM Putrajaya telah ditugaskan untuk mengadakan persembahan mengiringi perkahwinan Nursyahirah, anak perempuan kepada Naib Presiden 2 PSSCM; Encik Safran bin Ahmad dan Puan Farimah Hj Idon dengan pasangannya; Mohamad Iqmal Hafifi bin Mohamad Khir bertempat di Kuang, Selangor.
Persembahan ini turut disertai oleh wakil-wakil PSSCM dari Kelas Latihan Kuang, Sg Besi dan Cawangan Selangor. Turut dipersembahkan adalah bacaan selawat, marhaban, pasukan Kompang Fatani Lembah Keramat dan seni silat pengantin.
Kehadiran YM Datuk Guru Utama dan Datin serta ahli-ahli PSSCM telah memeriahkan lagi majlis ini.
Persembahan penuh istiadat perkahwinan ini dizahirkan bagi menjunjung budaya Melayu agar tidak lapuk ditelan zaman.
Kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga dilimpahi rahmat dan rezeki hingga ke akhir hayat.
Disediakan oleh;
Unit Media PSSCM Putrajaya @ 2017