Sunday 22 February 2015

Silat Cekak: Jentera PSSCM Putrajaya diperkemaskan ...sedia melangkah!!!


Ahad, 22 Feb. 2015 - Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi PSSCM dan PSSCM Putrajaya telah mengadakan satu pertemuan di lobi Hotel Everly, Presint 16 Putrajaya susulan kejayaan penubuhan PESAKA Putrajaya. Di dalam pertemuan tersebut, YMDGU telah menerima sebuah kertas kerja berkaitan halatuju PSSCM Putrajaya untuk tahun 2015 dan tahun-tahun ke hadapan.

Kertas kerja cadangan tersebut antaranya berkaitan usaha merapatkan hubungan PSSCM dengan agensi, masyarakat, komuniti dan pihak-pihak berkepentingan di Putrajaya bagi meningkatkan penerimaan mereka terhadap PSSCM melalui promosi dari pelbagai media sosial.


Di dalam pertemuan tersebut YMDGU telah melantik seorang Penasihat Khas bagi menasihatkan beliau dan juga PSSCM Putrajaya berkaitan perhubungan, perkembangan dan hal ehwal PSSCM Putrajaya. 



Insya Allah, PSSCM Putrajaya akan mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi melantik AJK-AJK Baru Sesi 2015-2016 untuk mengerakan aktiviti Silat Cekak di bandar ini. 


Hidup PSSCM Putrajaya!!!



Silat Cekak: Majlis Perasmian Penubuhan PESAKA Putrajaya


Ahad, 22 Februari 2015....Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) secara rasmi telah menubuhkan sayapkan ke Putrajaya. Majlis diadakan di Dewan Auditorium Komuniti Presint 16, Putrajaya dirasmikan oleh YB Datuk Wira Ali bin Rostam dan dihadiri kira-kira 250 ahli gabungan PESAKA Malaysia yang terdiri dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) , Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) dan Pertubuhan Seni Gayong Fatani Malaysia (PSGFM) serta badan-badan silat yang lain.


Mesyuarat pertama PESAKA Putrajaya ini telah melantik Datuk Seri Khairuddin ES Abdul Samad; Senator Dewan Negara sebagai Presiden Pesaka Putrajaya.



Maklumat lanjut sila layari:

Friday 20 February 2015

Silat Cekak: XPDC PSSCM Putrajaya menuju Puncak Bukit Broga 1.0v



Jumaat, 20 Februari 2015...Ahli-ahli PSSCM Putrajaya telah berjaya mendaki puncak Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Pendakian dimulakan selepas Asar dan AlhamduLillah kami telah tiba di puncak Broga dan dapat fenomena melihat matahari terbenam yang cukup indah. 

Puas walaupun letih...

Sempat juga nak lepaskan gian kami berlatih silat di puncak ... hahahaha







Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya @2015

Saturday 7 February 2015

Silat Cekak: Kunjungan Hormat Jawatankuasa Kerja PSSCM Putrajaya bertemu YMDGU


Sabtu, 7 Feb 2015: Seramai 13 orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pengurusan (JKKP) dan Tenaga Pengajar PSSCM Putrajaya telah mengadakan kunjungan hormat ke kediaman YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah , Guru Utama dan Presiden PSSCM.

Ketibaan JK ini disambut oleh En Hafiz bin Jamil; Setiausaha Agung PSSCM dan Tn Hj Mohd Fezol bin Mohd Saad; Pengerusi Perayaan 50 tahun PSSCM.




Di dalam pertemuan tersebut para AJK PSSCM Putrajaya yang diketuai oleh Penyelia dan Penasihat persatuan telah membentangkan beberapa program yang bakal dilaksanakan oleh PSSCM Putrajaya dan YMDGU turut memberikan beberapa nasihat dan garis panduan di dalam melaksanakan program-program tersebut.

Foto-foto menarik lain...








Disediakan oleh Jawatankuasa Media PSSCM @ 2015

Maklumat lanjut sila layari:

https://www.facebook.com/pg/psscm.putrajaya/photos/?tab=album&album_id=1647902562108321

Hidup PSSCM Putrajaya!!!


Sunday 1 February 2015

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya Merintis Penubuhan Bersama PESAKA Putrajaya


Sabtu, 1 Feb 2015...Satu Mesyuarat telah diadakan oleh PESAKA Malaysia di Bilik Persidangan Komuniti Presint 16 berhubungan penubuhan PESAKA Putrajaya.


PSSCM diwakili oleh YM Datuk Guru Utama dan Presiden; Datuk Haji Maideen Kadir Shah merangkap Ahli Dewan Perguruan PESAKA Kebangsaan. Turut hadir adalah Setiausaha PESAKA Kebangsaan; YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin serta barisan ahli-ahli badan perguruan silat di bawah PESAKA terdiri dari wakil Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) dan Pertubuhan Silat Seni Gayung Fatani Malaysia PSSGFM).



Di dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli majlis sebulat suara bersetuju melantik YB Senator Dato' Khairudin bin E.S Abdul Samad sebagai Presiden PESAKA Putrajaya

Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa YMDGU PSSCM telah diberi ruang untuk memberi nasihat dan halatuju yang perlu dirangka di dalam menggerakkan PESAKA Putrajaya.

Di dalam amanatnya, YMDGU telah mengamanahkan tugas tersebut kepada Ketua Pengurusan PSSCM Putrajaya yang akan berperanan aktif membangunkan dan memajukan pembangunan Seni Silat Cekak Malaysia di samping aktiviti-aktiviti silat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.

Insya Allah selepas ini PESAKA akan memainkan peranan yang lebih aktif memartabatkan seni silat di Putrajaya.

Hidup Cekak Putrajaya!!!