Sunday, 10 December 2017

Kelas Teori Silat Cekak Anjuran PSSCM MMU, Cyberjaya


Ahad, 10 Disember 2017...Wakil PSSCM Putrajaya telah menghadiri Program Kelas Teori Silat Cekak anjuran PSSCM Universiti Multi Media (MMU) di kampus Cyberjaya. lebih 40 pelajar MMU dan universiti-universiti berdekatan telah mengikuti program sepagi ini.




Ahli panel terdiri dari Tuan Haji Ghazali Abd Rahman; Penasihat PSSCM Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Encik Hafiz bin Jamil; Setiausaha Agung PSSCM.  Kedua-dua membicarakan tentang sejarah, falsafah, amalan dan asuhan yang diterapkan oleh Silat Cekak di dalam membangunkan modal insan di kalangan ahli-ahlinya.  





Syabas ahli-ahli PSSCM yang telah menghadiri program keilmuan ini. Semoga PSSCM terus cemerlang di MMU.

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2017