Saturday 3 April 2021

Mesyuarat Ahli Ibu Pejabat PSSCM 2021

 

Sabtu, 3 April 2021, Kuala Lumpur: PSSCM Ibu Pejabat telah mengadakan Mesyuarat Ahli-Ahli Ibu Pejabat PSSCM secara maya yang dirasmikan oleh YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM.

Mesyuarat Ahli-Ahli Ibu Pejabat ini dilaksanakan kali pertama secara maya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

Perjalanan mesyuarat secara maya ini membuktikan aktiviti PSSCM tidak terjejas akibat pandemik Covid 19. Sebaliknya penggunaan teknologi komunikasi secara maya telah banyak membantu PSSCM menggerakkan aktivitinya sesuai dengan norma baharu pada masa kini.  

Ahli-ahli PSSCM Putrajaya turut mengikuti mesyuarat ini secara atas talian.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021