Saturday 25 August 2018

Silat Cekak @ Majlis Qurban 2018: PSSCM Putrajaya turut serta


Sabtu, 25 Ogos 2018. GOMBAK:  PSSCM Putrajaya turut menyertai kegiatan sukarelawan bersama komuniti menjayakan dua Majlis Qurban berbeza anjuran komuniti KRT Setapak Indah dan akhbar Harian Metro.

Program Qurban pertama telah diadakan pada Hari Raya Aidil Adha bertempat di Dewan Komuniti Taman Setapak Indah dihadiri lebih 50 orang sukarelawan PSSCM sekitar Lembah Kelang.   




Program Korban anjuran bersama komuniti KRT Setapak Indah - PSSCM - DBKL dan RTM 
Sementara bagi Program Korban Titipan Kasih Harian Metro, sebanyak 14 ekor lembu telah berjaya disembelih dan dagingnya diagih-agihkan kepada golongan kurang berkemampuan serta komuniti setempat. Seramai 70 orang sukarelawan dari PSSCM sekitar Lembah Kelang, kakitangan Harian Metro, Takaful Ikhlas serta komuniti Masjid Ar Rahimah, Gombak turut terlibat menjayakan program ini. 


Untuk maklumat lanjut sila layari;

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/371337/program-korban-tkhm-meriah-metrotv
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/08/465947/14-lembu-tumbang-dalam-program-korban-titipan-kasih








Program-program kesukarelawan sebegini sememangnya dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli PSSCM dengan komuniti setempat serta agensi swasta dan kerajaan. Ini membuktikan bahawa PSSCM tidak hanya mengajar ilmu silat tetapi turut menggalakan kerja-kerja kebajikan seperti berkorban dan gotong royong yang merupakan amalan terpuji pada agama dan budaya masyarakat Melayu di negara ini. 

Dalam masa yang sama ia dapat mempromosikan ilmu Seni Silat Cekak Malaysia kepada komuniti setempat.  

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018

Sunday 19 August 2018

Silat Cekak: Koleksi Poster PSSCM Putrajaya.

Koleksi Poster dari Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya. Sila share untuk promosikan Silat Cekak Malaysia kepada masyarakat. 





Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya Menghadiri Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad


Ahad, 19 Ogos 2018, GOMBAK: Seramai 8 orang PSSCM Putrajaya telah menghadiri majlis tahlil Almarhum YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; Guru Utama PSSCM yang pertama (1965 - 1986). Majlis telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Setiabudi Gombak.








Program ini dihadiri lebih 100 orang peserta turut dihadiri oleh YM Datuk Guru Utama dan Isteri serta barisan Ahli Jawatankuasa Pusat, barisan Tenaga Pengajar dan ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang. 


Program ini telah mengundang Tuan Haji Ghazali bin Abd Rahman; ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) dan Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Kedah sebagai penceramah jemputan. 


Program ini turut diadakan di kesemua cawangan PSSCM Negeri-Negeri sebagai sebuah aktiviti tahunan yang dapat mengeratkan silaturahim serta menghidupkan aktiviti bercorak keagamaan di kalangan komuniti PSSCM.

Majlis Tahlil turut diadakan di PSSCM Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah
Majlis Tahlil anjuran PSSCM Cawangan Pahang dan Kelantan

Walaupun sudah 32 tahun pemergian Almarhum namun semangat perjuangan dan kepimpinan beliau tetap diingati dan menjadi kebanggaan setiap ahli PSSCM. Semoga roh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad dicucuri rahmatNya. Amiin.

Sumber: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018