Thursday 28 September 2023

Pelancaran Kitab Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah PSSCM cipta sejarah


Seremban, Khamis, 28 September 2023:
Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1445H, PSSCM seperti kebiasaan tahunannya menganjurkan majlis berzanji, marhaban dan qasidah burdah yang dihadiri lebih 800 ahli PSSCM seluruh negara.




Pelancaran kitab ini merupakan tanda komitmen PSSCM dalam memartabatkan nilai keilmuan serta kerohanian dalam kalangan para ahlinya dan juga umat Islam keseluruhannya.  



Pada sebelah malamnya merupakan acara kemuncak dengan pelancaran Kitab Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah PSSCM oleh YMDGU dengan kehadiran melebihi 1500 orang tetamu menyaksikannya yang turut disiarkan secara langsung dan dapat ditonton melalui aplikasi YouTube. 


Proses menyiapkan kitab edisi ke 3 ini mengambil masa 5 tahun sejak 2018 untuk disiapkan disebabkan masalah COVID 19 selain memerlukan penelitian dan persiapan rapi bagi menjamin kualiti penerbitan serta pelancarannya.  

Hasilnya pelbagai inovasi terserlah semasa pelancarannya ...

https://www.youtube.com/watch?v=quNpWsjZlbE

https://www.youtube.com/watch?v=P0iWXPeoiHc


Majlis ini turut mendapat liputan dari media TV3

https://www.buletintv3.my/nasional/silat-cekak-terus-menekankan-program-kerohanian-sebagai-sebahagian-latihannya/?fbclid=IwAR3oRuAyRf-qZylDIAvbtcnLbm3sVzPDxdrLVxBA7fkYPS5SkuYveTXncIQ

Kredit Foto: Jabatan Penerangan PSSCM 

Disediakan oleh PSSCM Putrajaya@2023

Friday 22 September 2023

Jemputan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul PSSCM Peringkat Kebangsaan 2023M/1445H


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PELANCARAN KITAB BERZANJI, MARHABAN & QASIDAH BURDAH EDISI ISTIMEWA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM) 2023 / 1445H

Assalamualaikum w.b.t

Makluman kepada semua Ahli PSSCM dengan segala hormatnya dijemput menyertai program PSSCM seperti di berikut:

Tarikh : 28 SEPT 2023 (KHAMIS)

Masa : 2 PETANG - 10 MALAM

Tempat: Dewan Datuk Haji Maideen, Taman Bukti, Ampangan, Negeri Sembilan

Pakaian : Baju Melayu Rasmi PSSCM / Baju Kurung

ATURCARA MAJLIS

SESI PETANG

02.00pm – 03.00pm : Jamuan Ringan dan Ketibaan Peserta

03.00pm – 03.05pm : Perarakan Masuk Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW, BCM) Guru Utama dan Presiden PSSCM serta     isteri diiringi Selawat Tolaal Badru Alaina

03.05pm – 03.10pm : Selawat Badriyah

03.10pm – 03.15pm : Bacaan Doa

03.15pm – 05.20pm : Bacaan Al-Quran, Barzanji, Marhabban & Qasidah Burdah 

05.20pm – 05.30pm: Ucapan Aluan oleh Tuan Haji Mohd Fizol Bin Haji Mohd Saad @ Zakaria Pengerusi Jabatan Bina Insan

05.30pm – 08.30pm : Majlis Berhenti Rehat Dan Makan Malam


SESI MALAM


08.30pm – 08.35pm : Perarakan Masuk Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW, BCM) Guru Utama dan Presiden PSSCM diiringi Selawat Tolaal Badru Alaina

08.35pm – 08.40pm: Selawat Badriyah

08.40pm – 08.45pm: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

08.45pm – 09.45pm: Penyampaian Ceramah Sempena Maulidur Rasul oleh  YBhg. Ustaz Nor Azamir Bin Hj.Alias Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

09.45pm - 09.50pm : Tayangan Montaj

09.50pm - 10.10pm : Ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW,BCM) Presiden & Guru Utama PSSCM

10.10pm – 10.15pm: Pelancaran Kitab Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah  “Nikmatul Uzma” (Nikmat Teragung) Edisi Istimewa PSSCM  2023/1445H oleh Yang Mulia Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah (PMW,BCM) Presiden & Guru Utama PSSCM

10.15pm – 10.20pm: Penyampaian Cenderamata

10.20pm : Jamuan dan Bersurai


Sunday 17 September 2023

Program Latihan Bersama YM Guru Utama 3.0 PSSCM


AHAD 17 September 2023: PROGRAM LATIHAN BERSAMA GURU UTAMA 3.0, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah diadakan di Dewan Sekolah Setia Budi, Gombak, Selangor.

Program ini kali terakhir diadakan pada tahun 2014 iaitu 9 tahun yang lalu.

Klik - https://www.silatcekak.org.my/program-latihan-bersama-guru-utama-psscm-kali-ke-2-2014/


Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Penaung PSSCM, Yang Amat Mulia Tunku Dato’ Professor Surveyor. Dr. Fauzi Ibni Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indera Setia Kedah Tunku Dato’ Abdul Malek Al-Haj beserta isteri.

Program dimulai dengan sesi latihan di sebelah pagi, kemudian disusuli dengan Majlis Penyerahan Uniform Silat Cekak berlogo baharu kepada semua Barisan Jawatankuasa Pusat, yang telah disempurnakan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM. 


Sesi sebelah petang pula dimulai dengan demostrasi oleh ahli-ahli PSSCM di sekitar Lembah Klang dan Cawangan Selangor, serta demostrasi khas Parang Lading yang turut disertai oleh barisan Jawatankuasa Pusat PSSCM. Turut diselitkan ialah pentomin Silat Cekak, yang mana kali terakhir telah diadakan pada tahun 1995 bersempena dengan Perayaan 30 Tahun Cekak. Selain itu, turut diadakan selingan adegan lakonan serta persembahan sajak.


Majlis ini diakhiri dengan perkongsian mata pelajaran Silat Cekak oleh YM Datuk Guru Utama.

Syabas juga diucapkan kepada Jabatan Penerangan, Jawatankuasa Cawangan Selangor serta semua ahli yang terlibat di atas penganjuran program ini. Semoga ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kemahiran persilatan ahli-ahli PSSCM.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

https://www.facebook.com/photo?fbid=868027211352877&set=pb.100044368182216.-2207520000

Disediakan oleh

PSSCM Putrajaya @2023

Sunday 10 September 2023

Kelas Kanak-Kanak dan Remaja PSSCM ...Best, Jom daftar belajar

 


PUTRAJAYA. Ahad 10 September 2023: Kelas kanak-Kanak dan Remaja PSSCM di Bilik Rekreasi 1, Pusat Komuniti Presint 16 bermula dari jam 9.00 -11.00 pagi. 

Kelas silat ini bertujuan mendedahkan kepada kanak-kanak dan remaja berkaitan teknik-teknik asas ilmu Seni Silat Cekak Malaysia. Sepanjang pembelajaran ilmu silat ini para penuntut akan diasuh oleh barisan Tenaga Pengajar dan Jurulatih bertauliah dengan nilai-nilai kepimpinan, keberanian serta kesabaran. 

Matlamatnya agar para penuntut akan lebih mengenali dan menghargai ilmu seni silat sebagai salah satu cabang kebudayaan Melayu yang mengasuh nilai adab dan adat sopan kepada masyarakat sekeliling seperti ibu bapa, guru, rakan-rakan serta sanak saudara mereka.   

Apa lagi jom kita daftar belajar Seni Silat Cekak Malaysia.

Disediakan:

PSSCM Putrajaya @ 2023