Tuesday 31 January 2023

PSSCM: Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2023


1 Februari 2023, Selasa. PSSCM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Semoga Wilayah Persekutuan terus ceria, warganya bahagia dan aman sejahtera.

#wilayahpersekutuan #kualalumpur #labuan #putrajaya #silatcekakmalaysia #silatcekak

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2023

Friday 27 January 2023

Kelas Kanak-Kanak dan Remaja PSSCM kali ke 2/2023

 

Sabtu, 28 Januari 2023: Putrajaya. Kelas kedua Silat Cekak bagi kanak-kanak dan remaja PSSCM telah berlangsung meriah dengan kehadiran ibu bapa memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka. 





Jumpa lagi pada Sabtu, 14 Februari 2023 nanti...

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2023

Tuesday 24 January 2023

PSSCM Putrajaya; 13 Tahun Bersama Komuniti (2010-2023)


Perkembangan Silat Cekak di Putrajaya bermula sejak pertengahan tahun 2010 apabila kelas PSSCM mula digerakkan melalui Kelab Sukan dan Rekreasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Presint 2 Putrajaya.

Seterusnya PSSCM berjaya membuka tempat latihan di Kuarters Penjawat Awam Presint 9 secara rasminya pada 25 Januari 2011 hasil kerjasama PSSCM dengan Persatuan Kebajikan Penduduk (PERKEP) Blok 4D, Presint 9 Putrajaya.

PSSCM Putrajaya merupakan badan pendiri kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Putrajaya sejak 22 Februari 2015.

Pada 20 April 2017 PSSCM juga berjaya membuka kelas petang bagi program 1 Sekolah 1 Silat di Sekolah Menengah Presint 9(2) Putrajaya namun ia terhenti ekoran kekurangan tenaga pengajar selain penularan wabak Covid 19 di seluruh negara yang menghalang sebarang program serta aktiviti pembelajaran di sekolah selama 2 tahun.

Pada 14 Januari 2023 PSSCM Putrajaya secara rasmi telah berjaya membuka kelas latihan bagi peringkat kanak-kanak dan remaja bertempat di Bilik Rekreasi Pusat Komuniti Presint 16.

Kini PSSCM Putrajaya telah mencapai usia 13 tahun Silat Cekak bertapak di Putrajaya. Pelbagai aktiviti persatuan berbentuk persilatan, kemasyarakatan, kesukanan dan rekreasi, kebudayaan, keilmuan serta keagamaan sentiasa dijalankan bagi merapatkan ukhwah dan silaturrahim di kalangan ahli PSSCM serta keluarga dan komuniti Putrajaya.

Semoga PSSCM Putrajaya terus maju jaya 

Hidup Cekak!!!

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2023

Friday 13 January 2023

Kelas Kanak-Kanak dan Awal Remaja PSSCM Putrajaya kini bermula...

Putrajaya, 14 Januari 2023: AlhamduLillah...perasmian kelas batch pertama Persatuan Seni Cekak Malaysia (PSSCM) Putrajaya bagi Kanak-Kanak dan Awal Remaja. 

Kelas diadakan setiap Sabtu minggu Pertama & Kedua jam 9.00 hingga 11.00 pagi di Bilik Rekreasi Aras 1 Pusat Komuniti Presint 16, Putrajaya.

Istimewanya bilik latihannya berhawa dingin, selesa, silibus yg sistematik serta barisan Tenaga Pengajar yg profesional. 


Selain dari aktiviti silat, aktiviti-aktiviti lain seperti rekreasi, didikan adab & seni budaya turut akan didedahkan pada anak-anak. Ini sebagai salah satu dari usaha membentuk jatidiri dan kemahiran insaniyah dalam kalangan anak-anak kita.





Adik-adik berminat nak joint? Kelas kedua akan diadakan pada Sabtu, 28hb Januari 2023 akan datang...jom kita menjadi sebahagian dari keluarga Seni Silat Cekak Malaysia @ Putrajaya. Boleh terus contact seperti nama di bawah;


Jom kita menjadi sebahagian dari keluarga Seni Silat Cekak Malaysia @ Putrajaya.

#putrajaya #bangi #kajang #sepang #perbadananputrajaya #silat #silatputrajaya #presint16 #komunitiputrajaya #pesakaputrajaya


Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2023