Friday 24 July 2020

Perkhemahan santai keluarga PSSCM Putrajaya


Sabtu, 25 Julai 2020: Ahli keluarga PSSCM Putrajaya hari ini berkesempatan melakukan aktiviti riadah santai bersama keluarga di Riverside, Kampung Janda Baik, Pahang.

Aktiviti riadah ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PSSCM Putrajaya serta keluarga. Insya Allah di masa-masa akan datang kami akan anjurkan program hari keluarga besar PSSCM Putrjaya.







Sesekali kita berkumpul dan beriadah sambil menghirup udara segar pasti memberi ketenangan dan bersemangat untuk melakukan aktiviti bersilat. Hubungan kekeluargaan pasti mesra dan rapat maka mudahlah nak adakan aktiviti-aktiviti persatuan.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2020

Wednesday 15 July 2020

Pengambilan Penuntut Baharu Silat Cekak...Jom Silat




Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kelas Latihan Putrajaya sedang mengadakan kempen pengambilan ahli-ahli baharu yang berminat untuk mempelajari Seni Silat Cekak Malaysia.

Kepada warga Putrajaya dan kawasan-kawasan berdekatan dialu-alukan untuk menyertai dan mempelajari ilmu beladiri warisan bangsa Melayu ini. 

Jangan bimbang, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, PSSCM telah mengikuti garis panduan (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi-agensi berkaitan bagi memastikan keadaan keselamatan dan tahap kesihatan para pesilat dipatuhi. 



Ayuh sertai kami sekarang selagi anda berpeluang... bersilat sambil berekreasi dan berinteraksi. 

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik, PSSCM Putrajaya @ 2020 

Tuesday 7 July 2020

Kelas Silat Cekak Norma Baharu Bermula


Selasa, 7 Julai 2020: PUTRAJAYA, Kelas Silat Cekak Malaysia dengan rasminya telah beroperasi pada malam ini dengan kehadiran penuntut dan Tenaga Pengajar. 

Alhamdulillah kami masih bersemangat walaupun lebih 4 bulan aktiviti persilatan tidak dapat dijalankan kerana wabak Covid-19.





Aktiviti kelas ini telah mendapat persetujuan dari pihak persatuan penduduk setempat dan juga pihak polis bagi menjalankan aktiviti setelah SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi. Antaranya pesilat perlu menjalani proses imbas daftar, mengambil suhu, penjarakkan sosial dan sebagainya sepanjang aktiviti ini diadakan. 


Semoga dengan pembukaan kelas silat dengan norma baharu ini akan membolehkan usaha mengimarahkan aktiviti silat di Putrajaya ini berjalan lancar. 

Kami di PSSCM Putrajaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan atas kebenaran menjalankan aktiviti persilatan ini.



Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2020