Tuesday 19 April 2022

Program Nuzul Quran PSSCM 2022.


Isnin, 19 April 2022. 17 Ramadhan. Hari ini diperingati hari turunnya Al Quran yang menjadi pedoman dan panduan buat umat Islam. PSSCM telah menganjurkan Sambutan Nuzul Quran yang diadakan secara hibrid bermula jam 2.00 petang, disusuli dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Rusli bin Jamaudin, Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah serta Majlis Berbuka Puasa. 

Program ini disertai oleh lebih 400 orang peserta PSSCM dari seluruh negara termasuk 230 orang menerusi aplikasi online zoom secara hibrid.



Majlis disempurnakan dengan amanat dari YMDGU yang menekankan kepentingan meningkatkan amal ibadah dan jariah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Sesungguhnya Ramadhan kali ini begitu istimewa setelah umat Islam setelah melalui fasa pandemik Covid 19 selama 2 tahun.

Promo link:  https://fb.watch/cufcKpMhj3/

Promo Amanat YMDGU sempena Ramadhan: https://fb.watch/cufKiUEVrW/

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @ 2022