Saturday 30 June 2018

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya bersama meraikan Majlis Aidil Fitri PSSCM 2018...


Sabtu, 30 Jun 2018: SEREMBAN. Program Sambutan Hari Raya PSSCM pada malam ini telah disambut dengan penuh meriah oleh ahli-ahli PSSCM seluruh negara. Lebih 2,500 orang tetamu yang terdiri dari ahli-ahli PSSCM seluruh negara serta keluarga hadir memeriahkan suasana malam ini.


Program dimulakan dengan Selawat Badriyah diteruskan dengan lagu-lagu Raya yang telah memeriahkan suasana Aidil Fitri di Dewan Datuk Haji Maideen tersebut.




Program tahunan pada tahun ini amat bertuah kerana Ahli Parlimen Shah Alam; YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad serta isteri telah sudi menghadiri jemputan dari PSSCM.

YB Khalid di dalam ucapan perasmiannya memuji PSSCM yang berjaya menghimpunkan warga Silat Cekak Malaysia dari seluruh negara melalui penganjuran majlis ini.

Beliau berharap agar PSSCM terus bersama membantu menjayakan dasar-dasar semasa kerajaan. Dalam pada itu beliau turut memberikan komitmen bahawa kerajaan akan sentiasa terus membantu mana-mana pihak NGO dalam memartabatkan ilmu persilatan Melayu.




YMDGU juga berterima kasih di atas kehadiran YB Khalid dan berharap agar hubungan silaturahim dan bantu membantu di antara pemimpin dan masyarakat dapat diteruskan. Beliau juga memuji ahli-ahli PSSCM yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi perjuangan PSSCM dan berharap agar agar ahli-ahli terus mengekalkan perpaduan dengan saling maaf memaafi bersempena bulan yang mulia ini.   





Pada majlis ini para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah enak yang disediakan oleh setiap PSSCM Cawangan Negeri secara gotong royong dan semuanya perbelanjaan sendiri. Semangat ini membuktikan PSSCM telah mendidik para ahlinya supaya bersatu bukan sahaja dalam kegiatan persilatan dan persatuan tetapi di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain sebagai satu amalan jariah dan kebaikan sepertimana yang dituntut oleh agama.  


Pada majlis ini juga PSSCM turut menyumbangkan cek Maybank berjumlah sebanyak RM10,000.00 kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai satu bentuk komitmen persatuan membantu memulihkan ekonomi negara.

Selain itu, sumbangan duit raya turut diberikan kepada anak-anak PSSCM yang hadir pada majlis berkenaan.

Majlis ini berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Terima kasih ahli-ahli PSSCM dan YB Khalid Abdul Samad kerana menjayakan program ini. Semoga dirahmati Allah swt jua.

Foto-foto menarik;















Disediakan oleh

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018 

Friday 29 June 2018

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya @Cekak Fun Run 2018...meriah beb!!!


Sabtu, 30 Jun 2018. SEREMBAN: PSSCM Putrajaya hari ini telah menyertai Program Cekak Fun Run sempena Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri PSSCM, 2018. Majlis pada tahun ini telah diadakan bermula di Dewan Datuk Haji Maideen Paroi, Seremban dan peserta akan berlari sejauh 5km mengelilingi sekitar kawasan kejiranan berdekatan.

Pelari-pelari PSSCM Putrajaya diwakili oleh 8 orang peserta akan bersama-sama lebih 500 orang peserta PSSCM dari seluruh negara yang telah dibahagikan kepada kategori Veteran, Dewasa dan Kanak-Kanak. Para peserta telah dilepas oleh YMDGU dan isteri. 



Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Para peserta dikehendaki melalui 3 check point dan menjawab beberapa soalan untuk meneruskan larian. 

Apa yang penting dalam program ini adalah kemeriahan bersama rakan-rakan...tak menang pun tak pa janji kita enjoy...

Program ini bertujuan menyemai semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan ahli-ahli PSSCM dari seluruh negara di samping mempromosikan gaya hidup sihat serta jenama PSSCM ke serata negara. Ia juga telah dirancang secara tahunan bagi membuktikan PSSCM bukan sahaja mempromosikan seni silat tetapi juga aktiviti bukan berbentuk silat.



Sebelum ini PSSCM terlibat dalam penganjuran Treasure Hunt di Pantai Balok, Pahang (2014), Explorace  di Ipoh (2016) dan Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA) 2017.







Pada sebelah malamnya nanti, program akan diteruskan dengan Majlis Sambutan Aidil Fitri PSSCM 2018 yang akan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Shah Alam.

Insya Allah pastinya pelbagai juadah dan hidangan lazat dri pelbagai Cawangan Negeri dan Kelas Latihan PSSCM akan disajikan kepada para tetamu sekalian.


Apalagi ...jom ahli-ahli PSSCM dan keluarga kita memeriahkan program gilang gemilang ini.

Sila layari, share dan like hanya di:https://www.youtube.com/watch?v=FIAor_KyCRI&feature=youtu.be

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018 

Tuesday 19 June 2018

PSSCM Putrajaya Berbusana Berhari Raya...


Selasa, 19 Jun 2018... Ahli-ahli PSSCM Putrajaya bersantai berhari raya di hari ke 5 Syawal. Sebahagian besar ahli masih bercuti dan berhari raya di kampung.  AlhamduLillah walaupun disambut sederhana namun tetap meriah dengan juadah yang lazat dan tema yang hebat...berbusana tradisional.










Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018

Sunday 10 June 2018

Iftar PSSCM Putrajaya dan PSSCM UKM @ Laman Iftar Presint 3 Putrajaya meriah...


Ahad, 10 Jun 2018...PUTRAJAYA: PSSCM Putrajaya dan PSSCM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ni bergabung tenaga menyertai ribuan warga Malaysia berbuka puasa di Laman Presint 3, Putrajaya.

Program tahunan ini dianjurkan setiap kali bulan Ramadhan bagi membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai suasana berbuka bersama keluarga di lapangan terbuka dalam suasana santai dan bersifat kekeluargaan.


Orang ramai mula berkumpul memgambil tempat di lapangan ini seawal jam 5.00 petang dengan menikmati pelbagai acara hiburan dan membeli belah di Bazar Ramadhan. 

Program yang dianjurkan oleh PSSCM ini merupakan sesuatu aktiviti yang di luar kebiasaan dan bersifat rekreasi, tidak hanya fokus kepada pembelajaran ilmu persilatan semata-mata. Sememangnya aktiviti santai sebegini mampu memupuk ukhwah dan persahabatan di kalangan keluarga besar PSSCM selain dapat mempromosikan PSSCM pada masyarakat luar.

lepak-lepak dan santai-santai ...rest minda dan jiwa


Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya atas penganjuran program sebegini.

Sehingga berjumpa lagi tahun depan. Salam Aidil Fitri buat semua. 






Antara ribuan pengunjung yang menyertai program santai berbuka puasa di Laman Presint 3, Putrajaya



Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018