Friday 16 March 2018

Aktiviti santai PSSCM Putrajaya main badminton


Jumaat, 16 Mac 2018...Aktiviti santai PSSCM Putrajaya main badminton @ Dewan Komuniti P18R13, Presint 18, Putrajaya.



Aktiviti bukan bersilat bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi juga merapatkan persahabatan di kalangan ahli PSSCM dan juga warga komuniti setempat.


Next time kita buat lagi... jom kita...

Disediakan oleh:

Unit Media PSCCM@2018

Tuesday 6 March 2018

Kelas latihan 1Sekolah 1Silat @SMK PP9(2)


Rabu, 7 Mac 2018...PUTRAJAYA: Kelas latihan Seni Silat Cekak Malaysia diadakan pada hari ini bermula dengan pendaftaran beberapa ahli baru. Di sekolah ini PSSCM telah dijadikan badan ko-kurikulum beruniform yang mengikut silibus 1Sekolah 1Silat anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  dan PSSCM sendiri.


Tenaga - Tenaga Pengajar PSSCM di sekolah ini sendiri merupakan di kalangan mereka yang memiliki Sijil Rendah (SR) PSSCM dan dilantik oleh YMDGU PSSCM dan juga Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM. 

Manakala Guru Penasihat PSSCM di sekolah ini juga merupakan mereka yang memiliki kelayakan yang sama.

Sekolah ini menjadi sekolah perintis kepada perlaksanaan modul dan model pembelajaran 1 Sekolah 1 Silat kepada PSSCM dan juga PESAKA di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Justeru semua pihak samada sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), KPM, PESAKA dan PSSCM telah meletakkan piawaian yang tinggi di dalam menjaga kualiti pembelajaran ilmu Seni Silat Cekak Malaysia ini kepada para penuntut di sekolah ini.  



Komponen silibus pembelajaran Silat Cekak Malaysia di sekolah ini merangkumi aspek teori dan praktikal di mana para pelajar bukan sahaja dilatih dengan ilmu silat tetapi juga dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kepimpinan, pengurusan kelas, keberanian, keyakinan diri, pemikiran waras dan kreatif, pergaulan sihat, sahsiah hebat dan sebagainya sesuai dengan keperluan-keperluan di sekolah bertaraf International Baccalaureate (IB) ini.

Pelajar-pelajar akan dilatih dengan silat untuk masuk bertanding di dalam kejohanan silat yang bakal dianjurkan oleh PSSCM insya Allah pada Julai 2018 kelak.

Selain itu, PSSCM juga akan mengadakan beberapa aktiviti tahun ini merangkumi program Smart Learning, program bacaan yassin dan tahlil, berzanji, marhaban, kelas teori, lawatan, pameran dan demonstrasi silat.

Di masa-masa akan datang pihak PSSCM turut merancang untuk mengadakan kelas kompang bagi memeriahkan aktiviti pelajar di sekolah ini.



Kesemua komponen pembelajaran ini akan dikira, dinilai dan diberikan merit penglibatan pelajar di dalam kegiatan luar yang akan membantu mereka menambah point di dalam penilaian akhir tahun sebagai salah satu teras dalam pengiraan merit Penilaian Tahap 3 (PT3). 

Jadi para pelajar perlu sentiasa menghadiri dan mengikuti kelas yang dijadualkan bagi mendapat merit-merit tersebut. Rebut peluang untuk aktif dengan pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan..jangan ponteng-ponteng tau, rugi!!!



Jadi adik-adik teruskan bersama Seni Silat Cekak Malaysia...yang masih belum joint...jom kita join!!!



Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @ 2018

Saturday 3 March 2018

4 Ahli PSSCM Putrajaya berlepas ke MIAT, tempuhi Ujian Sijil Rendah (USR)


Sabtu, 3 Mac 2018. Seramai empat orang ahli tamat kelas latihan PSSCM Putrajaya hari ini selamat menjalani USR PSSCM bertempat di kampus MIAT, UniKL Sepang, Selangor. Mereka menyertai ratusan ahli-ahli tamat PSSCM Zon Tengah yang turut menyertai USR kali ini. Turut bersama mengikuti USR kali ini adalah dua orang pelajar asing masing-masing dari Nigeria dan Perancis.


USR merupakan ujian praktikal Seni Silat Cekak Malaysia yang bertujuan menguji kecekapan fizikal dan ilmu silat Cekak yang mereka pelajari selama ini. 

Di masa akan terdekat para peserta USR akan menduduki peperiksaan atau ujian teori USR secara online yang merupakan komponen penulisan berbentuk objektif dan subjektif silibus PSSCM.


Senyum dan selfie...gugup dalam tenang...esok kena belasah...heheheh

Apabila berjaya kedua-dua komponen teori dan praktikal nanti mereka akan dikurniakan Sijil Rendah PSSCM semasa Majlis Konvokesyen PSSCM. 

Semoga berjaya buat sahabat-sahabat penuntut PSSCM Putrajaya dan PSSCM Zon Tengah sekalian.


Latihan pra USR...ramai tukang belasah...

Kaki belasah USR dah bersedia...selfie dulu sebelum beraksi
Disediakan oleh; 

Unit Media PSSCM Putrajaya@2018