Saturday 25 June 2016

Silat Cekak: Program Berbuka Puasa dan Tarawih PSSCM Putrajaya 2016


Sabtu, 25hb Jun 2016...Program Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih anjuran PSSCM Putrajaya bagi tahun 2016. Semua hidangan disediakan secara gotong-royong para ahli PSSCM Putrajaya. Syukur Alhamdu Lillah di atas kehadiran ahli-ahli PSSCM Ibu Pejabat dan Selangor. Selepas tarawih kita moreh dan buat rakaman ucapan hari raya. 









Silat Cekak: Program memasak untuk Iftar Ramadhan PSSCM Putrajaya 2016


Sabtu 25 Jun 2016...Persediaan memasak dan mengemas untuk program Iftar dan tarawih PSSCM Kelas Latihan Putrajaya malam ini oleh Biro Wanita dan Kebajikan PSSCM Putrajaya...juadah masakan kampung pasti membuka selera tetamu. Acara tahunan sempena Ramadhan ini diadakan di Sungai Merab, Bangi.



Thursday 23 June 2016

Silat Cekak: Mesyuarat AJK Program Berbuka Puasa PSSCM Putrajaya 2016



Khamis 23 Jun 2016...Lepas balik Program Iftar bersama YAB PM terus menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Iftar PSSCM KL Putrajaya yang dijadualkan pada Sabtu 25hb Jun nanti. Insya Allah semoga majlis berjalan lancar. 

Sesungguhnya usaha memajukan PSSCM Putrajaya tidak pernah kenal erti lelah...malah menyeronokkan. Jam 2.30 pagi baru habis meeting terus sahur dan pulang ke rumah.

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya di Program Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri @ Kompleks Seri Perdana 2016


Khamis, 23 Jun 2016 ...10 orang ahli PSSCM Putrajaya telah dijemput menghadiri Program Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Kediaman Rasmi YAB PM @ Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi mewakili PSSCM. Majlis ini dihadiri lebih dari 2,000 tetamu yang terdiri dari masyarakat setempat, NGO, agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan penduduk Putrajaya dan sebagainya. Majlis dimulakan dengan iftar, solat maghrib, jamuan, solat Isyak, tarawih dan witir. 


Sumbangan Hari Raya kepada golongan asnaf turut diberi bagi memeriahkan lebaran 2016

YAB PM bersalaman dengan tetamu yang hadir


Tetamu yang ramai memeriahkan suasana berbuka puasa  

PSSCM Putrajaya bersama Setiausaha Agong PESAKA ; Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din

Barisan kepimpinan PSSCM Putrajaya
Posing dulu sebelum masuk ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

Semua ahli PSSCM Putrajaya ceria menanti azan maghrib

Lebih 2,000 tetamu hadir memeriahkan iftar bersama YAB Perdana Menteri
Bestnya...tahun depan kita joint lagi.

Wednesday 22 June 2016

Silat Cekak: Majlis Berbuka Puasa dan Nuzul Al Quran PSSCM 2016





Rabu, 22 Jun 2016 Program Majlis Berbuka Puasa dan Nuzul Quran PSSCM Lembah Kelang @ Jln Kent KL. Alhamdu Lillah dan syabas hampir 300 ahli PSSCM Lembah Kelang dan sekitarnya hadir mengimarahkan program ini yang dirasmikan oleh YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM.


Majlis dimulakan dengan solat Isyak dan tarawikh diikuti majlis khatam Al Quran oleh ahli-ahli PSSCM dan diakhiri dengan Tazkirah Ramadhan dan jamuan moreh. 


PSSCM Putrajaya turut menghantar wakilnya seramai 15 orang bagi memeriahkan majlis ini.



Saturday 18 June 2016

Silat Cekak: Program Iftar Komuniti PSSCM bersama PERKEP Presint 9


Sabtu 18 Jun 2016...Ahli-ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri Program Berbuka Puasa anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk (PERKEP) Blok 4 D Presint 9. Alhamdulillah semoga hubungan silaturrahim PSSCM - PERKEP kekal erat.