Wednesday 22 March 2023

Salam Ramadhan al Mubarak 2023M/1444H

 


Salam Ramadhan al Mubarak dari PSSCM. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah swt, Aamin

Friday 17 March 2023

Demonstrasi Silat Cekak @Karnival Ramadani Putrajaya 2023


Sabtu, 18 Mac 2023, Putrajaya : PSSCM buat persembahan khas Demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia bersempena Karnival Ramadani di Putrajaya @ Anjung Floria, Putrajaya

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diberi penghormatan apabila menerima jemputan pihak Penganjur Yayasan Restu untuk bersama menjayakan Karnival Ramadani 2023 kali ni. 

PSSCM dijemput khas dari pihak penganjur yang memberi kepercayaan penuh untuk slot persembahan selama 1 jam. 


PSSCM memenuhinya dengan 4 persembahan yang penuh bertenaga iaitu Persembahan Silat Tari, Persembahan Khas Kelas Kanak-kanak, Persembahan Montaj Pengambilan Ahli Baru dan Persembahan Demonstrasi Bermuzik oleh 42 orang skuad demonstrasi yang terdiri daripada Kelas Putrajaya sendiri serta 21 orang dari gabungan kelas-kelas latihan Cawangan Negeri Selangor & Lembah Klang. 


Barisan kepimpinan PSSCM hadir memberi sokongan Dato' Seri Johan Iskandar (Guru Kehormat PSSCM), Ketua Penerangan Ts. Rostam Hamzah, Tn. Penolong Ketua Penerangan En. Ahmad Effendy Zailanudin, En. Sharudin bin Yassin Penyelia merangkap JKP, En. Wan Mohd Azhar Bendahari Agong, En. Mohd Zaini Marzuki Pengerusi Jabatan Undang-undang PSSCM serta seluruh Ahli-ahli PSSCM sekitar Selangor dan Lembah Klang. 

Manakala pihak Penganjur dihadiri sendiri tetamu kenamaan Datuk Zainal Abidin Jaafar; mantan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Tuan Nik Mansur bin Nik Idris, CEO NMH Group, Ustaz Abdullah bin Abdul Razak - Ketua Pegawai Eksekutif Heblun dan Pengasas Pertubuhan Rezeki Infaq


Semoga dengan kerjasama seumpamanya ini dapat memberikan manfaat dan impak positif kepada semua kelas-kelas PSSCM dalam usaha PSSCM membantu kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani sepertimana harapan YB Perdana Menteri Malaysia Ke-10 sekaligus menaikkan martabat silat ke peringkat yang lebih tinggi.

Kredit foto:

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/photos/pcb.6044204682328899/6044181218997912

#putrajaya #silatcekak #malaysiamadani

Disediakan oleh

Unit Media Strategik PSSCM @Putrajaya 2023