Friday 12 November 2021

Program On Line Kuliah Pengajian Islam PSSCM


Ayuh kita sertainya, terbuka kepada umum. Semoga perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt.

Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021


12 November 2021, Jumaat: Seramai 15 orang delegasi PSSCM Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menghadiri Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan anjuran PESAKA Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan yang diadakan di Dewan Cempaka, Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya. 

Dalam majlis ini seramai 22 orang wakil pertubuhan dan persatuan Silat di Wilayah Persekutuan telah diberikan sijil penyertaan bagi menghargai sumbangan, jasa dan pengorbanan mereka mengembang seni silat di Wilayah Persekutuan. 

Pihak Malaysia Book of Records turut menganugerahkan dua sijil kepada PESAKA atas penganjuran Festival Silat Secara Maya dan Demonstrasi Aliran Perguruan Silat Terbanyak Secara Maya di negara ini dengan penyertaan 46 buah perguruan silat dari pelbagai negeri yang mencipta sejarah apabila mempamerkan silat perguruan masing-masing dalam satu platform secara maya.

Detik bersejarah ini turut disaksikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Nazari Ahmad. 






Majlis ini dihadiri lebih 300 orang delegasi dari pelbagai persatuan dan badan perguruan seni silat dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 

Turut dianjur dalam Festival Seni Silat ini adalah Simposium Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 selama dua hari merangkumi seminar, demonstrasi  tanjak serta pameran.



PSSCM telah diketuai oleh En Safaran bin Ahmad; Naib Presiden 2 PSSCM dan isteri yang mewakili YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM.

#pesaka #silatcekak #kementerianwilayahpersekutuan #putrajaya

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya, 2021 

Program Tahlil dan Wacana Sejarah Sempena memperingati 200 Tahun Perang Musuh Bisik



Khamis, 11.11.2021; PSSCM buat julung kalinya telah menganjurkan Program 𝐖𝐀𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐈 𝟐𝟎𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐒𝐔𝐇 𝐁𝐈𝐒𝐈𝐊 (𝟏𝟐.𝟏𝟏.𝟏𝟖𝟐𝟏 - 𝟏𝟐.𝟏𝟏.𝟐𝟎𝟐𝟏) & 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐆𝐔𝐑𝐔-𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐂𝐄𝐊𝐀𝐊..

Program ini adalah bersempena Sambutan Perayaan 55 & 56 Tahun PSSCM dengan kerjasama PSSCM Cawangan Kedah yang turut meraikan Sambutan Jubli Emas 50 tahun.



Program ini dijalankan secara hibrid dengan penglibatan ahli-ahli cawangan di negeri masing-masing mengikut SOP yang telah ditetapkan. Program ini mendapat penyertaan lebih 7,700 tontonan melalui pelbagai saluran media seperti facebook dan youtube.

Untuk tontonan sila layari;

https://www.youtube.com/watch?v=C-bSLbq7pPo

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2021