Sunday 30 September 2018

Kursus Protokol dan Etiket Sosial: Wakil PSSCM turut hadiri@IPG Bangi


Ahad, 30 September 2018: BANGI. Satu Kursus Protokol dan Etiket Sosial telah diadakan di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi disampaikan oleh penceramah jemputan Y.Bhg Tuan Sophian bin Abdul Rahman; Pegawai Istiadat di Istana Negara. Kursus ini dianjurkan oleh MH Event and Consultant dengan kerjasama IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Seramai dua orang wakil PSSCM Putrajaya turut menghadiri program ini.



Kursus ini dihadiri lebih 100 orang yang kebanyakannya terdiri dari kakitangan awam, swasta dan mereka yang terlibat di dalam perhubungan awam dan protokol di majlis-majlis rasmi. PSSCM Putrajaya menghantar 2 orang wakil menghadiri program ilmu ini.  



Di dalam kursus ini para peserta telah didedahkan dengan protokol pengurusan majlis-majlis rasmi, protokol pakaian, etiket sosial serta protokol di meja makan.

Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta dalam memahami etika, adab dan protokol dalam menjalani kehidupan seharian terutama sekali di majlis-majlis rasmi. 









Terima kasih kepada Tuan Sophian, krew MH Event and Consultant serta IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi di atas penganjuran program ilmu ini.

Untuk mengikuti perkembangan kursus ini sila layari;

https://www.facebook.com/MH-Event-Consultant-347678995693960/

Seni Silat Cekak Malaysia Putrajaya: https://www.facebook.com/psscm.putrajaya/

#silatcekak #putrajaya #bangi #guru

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018

Friday 28 September 2018

Silat Cekak: Perjumpaan Tenaga Pengajar PSSCM Ibu Pejabat


Jumaat 28 September 2018: Kuala Lumpur. PSSCM Putrajaya turut menghadiri Majlis Perjumpaan Tenaga Pengajar PSSCM Ibu Pejabat yang diadakan Bangunan Silat Cekak di Sentul, Kuala Lumpur. Hampir 60 orang Tenaga Pengajar dari kelas-kelas latihan seperti Ibu Pejabat, Wangsa Maju, Sg Besi, Keramat AU, Putrajaya dan Sekolah Jalinan Kasih Kuala Lumpur.

Majlis penyampaian surat lantikan sebagai Tenaga Pengajar PSSCM Ibu Pejabat





Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Encik Safaran bin Ahmad; Ketua Pengurusan PSSCM Ibu Pejabat bagi kelas-kelas di atas. Di dalam majlis ini para Tenaga Pengajar telah diberikan surat-surat perlantikan sebagai Tenaga Pengajar PSSCM bagi tempoh 2018/2019.

Semoga barisan tenaga pengajar akan aktif menggerakkan PSSCM ke arah cemerlangan. Insya Allah.

Antara sebahagian para Tenaga Pengajar PSSCM Ibu Pejabat. 

Disediakan oleh

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018

Saturday 22 September 2018

Silat Cekak: Aktiviti Biro Sukan dan Rekreasi (BSR) & Biro Wanita Cekak PSSCM (BWCP) Putrajaya


Sabtu, 22 September 2018: Putrajaya..Tim Biro Sukan dan Rekreasi PSSCM Putrajaya telah menghantar 4 orang wakil menyertai Pasukan Perahu Naga Presint 9. Latihan giat diadakan setiap petang di Pusat Marin Presint 8, Putrajaya. Program ini merupakan sebahagian dari penyertaan PSSCM Putrajaya dengan komuniti Putrajaya.





Di sebelah malamnya pula, 3 orang wakil Biro Wanita Cekak Pusat (WCP) Putrajaya - WCPP telah menghadiri Majlis Perjumpaan Biro WCP PSSCM Ibu Pejabat dengan kelas-kelas latihan PSSCM Ibu Pejabat. Turut hadir ialah YM Datin Penaung dan Puan Pengerusi WCP. Pelbagai program telah dirancangkan dan akan dijalankan sepanjang tahun ini antaranya aktiviti kesukanan, kembara, etiket sosial, keagamaan, program masakan dan sebagainya. 

Tahniah kerana program-program komuniti sebegini menunjukkan kepelbagaian aktiviti PSSCM, tidak hanya fokus kepada silat semata-mata. Insya Allah sama-sama kita tingkatkan martabat seni nsilat Melayu.

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018

Thursday 20 September 2018

Silat Cekak: Kelas Silat Cekak Malaysia @SMK Putrajaya Presint 9(2)


Khamis, 20 September 2018: Kelas Silat Cekak Malaysia di Sekolah Menengah Presint 9(2), Putrajaya. Bersilat hebat, belajar pun mesti hebat, result nanti pun mesti hebat!

Didoakan semoga adik-adik berjaya dalam peperiksaan PT3 pada awal Oktober nanti. Insya Allah.

Jangan lupa berusaha, beramal dan berdoa setiap masa.






Disediakan oleh

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018 

Wednesday 12 September 2018

ASAL 2018 - Seminar Agung Sejak Azali Lagi (#ASAL2018) hebat!!!


Rabu, 12 September 2018: Kuala Lumpur: Seminar Agung Sejak Azali Lagi (ASAL) 2018 telah dihadiri wakil PSSCM Putrajaya. Seminar anjuran stesen TV Astro Awani ini julung-julung kali diadakan berkonsepkan edutainment atau gabungan akademik dan budaya telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selama 2 hari.



Program ini menampilkan seramai 11 orang pembentang seminar terdiri dari ahli akademik, tokoh sejarahwan, budayawan, seniman dan arkeologis dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia telah berjaya menarik lebih 300 peserta dari negara-negara ASEAN pada hari pertama program diadakan.

Antara 11 orang pembentang tersebut ialah;

  1. Puan Zuaidah Sual - Busana Melayu zaman Melaka
  2. Prof Dr Siti Zainon Ismail - Busana Melayu Istana Melaka
  3. Prof Madya Dr Paitoon Masmintra Chaiyanara - Bahasa Melayu sebagai lingua franca dunia
  4. Prof Madya Dr Ahmad Jelani Halimi - Melaka sebagai kuasa maritim
  5. Dr Ibrahim Bakar - Matawang Kesultanan Melaka
  6. Prof Madya Dr Farish A Noor - Kehebatan Melayu dalam Hikayat Hang Tuah 
  7. Prof Datuk Awang Sariyan - Hubungan Tamadun Melayu Melaka - China
  8. Prof Madya Syed Muhammad Khairudin Al Juneid - Melaka dan jatidiri Melayu 
  9. Prof Madya Dr Hj Muhd Pauzi Abd Latif - Kehebatan teknologi persenjataan Melayu Melaka
  10. Prof Madya Dr Asyari Muhamad - Melaka dan bukti arkeologi 
  11. Prof Emeritus Dorojaun Kuntjoro Jakti - Cabaran globalisasi terhadap wilayah Selat Melaka






Seminar ini antara lain bertujuan untuk meluruskan kembali fakta sejarah dengan membongkarkan catatan-catatan sejarah dan ilmiah mengenai kehebatan pencapaian tamadun, teknologi senjata, kuasa maritim, ekonomi, budaya, agama, diplomasi, kewangan, ketenteraan serta kepewiraan bangsa dan Kesultanan Melayu Melaka yang selama ini sengaja ditutup oleh pihak-pihak tertentu terutamanya para orientalis barat.

Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat membangkitkan nilai jatidiri Melayu serta semangat patriotisma di kalangan peserta dan juga masyarakat Malaysia. 


Peragaan busana Bendahara Seri Maharaja Melaka




Konsep keilmuan yang dibawakan oleh Astro Awani ini ternyata amat menarik sekali dan tidak membosankan apabila mengabungkan elemen-elemen hiburan dan kebudayaan seperti tarian, teater muzikal, persembahan silat dan peragaan busana tradisional oleh kumpulan artis-artis kebudayaan Nyala Dance berselang seli dengan pembentangan kertas kerja ternyata telah memukau para hadirin.   






Para peserta telah melahirkan rasa kagum dengan suntikan kebudayaan, muzik dan grafik dengan pembentangan bercorak akademik yang merupakan satu nafas baru kepada cara pembentangan ilmiah. 








Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018



Tuesday 11 September 2018

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya @ Majlis Awal Muharram PSSCM 1440H/2018M


Selasa, 11 September 2018: SEREMBAN. Tim PSSCM Putrajaya telah menghadiri Program Sambutan Awal Muharram 1440H / 2018  bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen. Seperti biasa krew dari PSSCM Putrajaya terlibat dalam proses menyiapkan protokol bersama-sama dengan ahli-ahli PSSCM Ibu Pejabat.




Program dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan acara berselawat, berzanji, marhaban dan qasidah burdah beramai-ramai sebagai acara tradisi menyambut tahun baru hijrah 1440.







Pada sebelah petangnya diadakan pula Hari Tenaga Pengajar kali ke 30 dengan bertemakan Budaya Silat Melahirkan Insan Berintegriti. Dalam majlis ini diumumkan seramai 139 orang Tenaga Pengajar akan menjalani kursus Sijil Menengah Akademik (SMA) bagi sesi 2018/2019.



Di majlis ini juga YMDGU telah mengumumkan Anugerah Tokoh Persilatan PSSCM dan Anugerah Khas Guru Utama. Di majlis ini juga Jabatan Penerangan telah mempamerkan model booth PSSCM eksekutif bercirikan korporat untuk digunakan sebagai booth rasmi dalam setiap kali pameran yang diadakan oleh PSSCM. Selain itu inovasi kaedah promosi juga diperkenalkan dengan penggunaan aplikasi QR Code bagi masyarakat mendapatkan maklumat mengenai PSSCM.
 



Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program Sambutan Awal Muharram 1440H/2018M ini. Insya Allah jumpa lagi di program lain akan datang.




Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM serta Unit Istiadat dan Protokol PSSCM

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018