Sunday 31 January 2021

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2021 dari PSSCM Putrajaya.

PSSCM mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan kepada warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Dari segi sejarah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, diikuti Labuan pada 1 Februari 1984 dan Putrajaya 1 Februari pada 2001. 

Seterusnya Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai Pusat Perdagangan Antarabangsa dan ibu negara Malaysia, Labuan sebagai Pusat Perdagangan Pesisir dan Putrajaya menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Ketua Negeri bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini adalah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong.

Semoga Allah swt mengurniakan kemakmuran dan keselamatanNya kepada warga Wilayah Persekutuan. 

Ucapan dari YMDGU, sila layari;

https://bit.ly/2L5oERo

Disediakan oleh; 

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2021

Friday 29 January 2021

Forum Maya 55 tahun PSSCM: Bangsa Melayu Bangsa Pahlawan

Sabtu, 30 Januari 2021: PSSCM telah menganjurkan sebuah program Forum Maya 55 tahun PSSCM bertajuk Bangsa Melayu Bangsa Pahlawan dengan menampilkan moderator dan panelis hebat antaranya; 

Dr Ar Mastor bin Surat - Fello Kanan Institut Bina Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / Pengkaji Sejarah Melayu. Tajuk perbincangan : Tamadun Nusantara

Abdul Latif bin Talib - Novelis Sejarah Pahlawan Islam dan Melayu. Tajuk Perbincangan : Tokoh-Tokoh Sejarah Tamadun Islam

Tuan Shukri bin Janudin - Pengarah Kewarganegaraan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) / Pengkaji dan Penulis Sejarah PSSCM. Tajuk Perbincangan: Panglima Ismail. 



Majlis bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam.

info lanjut sila layari: 

https://www.youtube.com/watch?fbclid=IwAR2M1vjmJdqBwrMLzT-x4nbXF-2qmoR5tRtVpj2jjoebp4WudmKLYxJDdvg&v=PSv-Ow8GnrY&feature=youtu.be

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2021


Friday 22 January 2021

Program Bicara Kerjaya anjuran PSSCM USM

Sabtu, 23 Januari 2021: Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM) telah menganjurkan program Bicara Kerjaya bertemakan Penerapan Kemahiran Insaniah dan Elemen H. E. B. A. T Dalam Ilmu Persilatan Untuk Pembentukan Sahsiah Diri Dalam Alam Pekerjaan bersama panel jemputan:


1) En. Shahrem Bin MD. Ramli (Pengurus Perniagaan bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei di Enystex Malaysia Sdn. Bhd)

2) En. Shukri Bin Janudin (Pengarah Bahagian Kewarganegaraan, Jabatan Pendaftaran Negara)

3) Muhammad Syahirul Yaqin Bin Jamalullail (Mantan Yang Dipertua PSSCMUSM sidang Akademik 2019/2020)





Program diadakan pada 8:15 malam - 11.30 malam melalui medium : Webex

Berikut adalah link Pendaftaran bagi program Bicara kerjaya :

https://forms.gle/j8NjdzAPNAnZW7z5A

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021