Wednesday 31 December 2014

Silat Cekak: Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir disertai Sukarelawan PSSCM Putrajaya


Rabu, 31 Disember 2014...Seramai 12 orang ahli-ahli sukarelawan PSSCM Putrajaya telah terlibat di dalam misi memindahkan Bantuan Kemanusiaan Banjir yang diselaraskan oleh Kementerian Wilayah bertempat di Kementerian tersebut di Presint 2 Putrajaya.

Barang-barang bantuan tersebut adalah hasil sumbangan orang awam sekitar Putrajaya yang dijangka dihantar ke negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang yang terjejas teruk dilanda banjir besar tahun ini.



Sukarelawan Cekak ini diketuai oleh Penyelia PSSCM Kelas Latihan Putrajaya yang bertungkus umus bersama-sama dengan para sukarelawan dari pelbagai agensi, NGO dan parti politik di Putrajaya. 

Penglibatan para sukarelawan dari PSSCM Putrajaya pada malam ini menunjukkan bahawa ahli Silat Cekak Malaysia turut prihatin bagi membantu meringankan kerja para petugas yang memindahkan barang-barang keperluan ke kenderaan-kenderaan yang akan bertolak ke destinasi pada malam tersebut.




Meskipun tidak dapat bersama ke Pantai Timur sekurang-kurangnya doa dan harapan kami dari PSSCM Putrajaya berharap agar mangsa banjir tetap tabah dan bersabar dengan ujian yang melanda. 

Selamat Tahun Baru 2015... 

Disediakan oleh 

Biro Media PSSCM Putrajaya@2015

  

Friday 4 April 2014