Monday 31 July 2017

PSSCM Putrajaya Dijemput Menjayakan Majlis Penerangan Silat Cekak @MMU


Isnin, 31 Julai 2017...PSSCM Putrajaya diberi penghormatan oleh PSSCM Malaysia Multimedia University (MMU) Cyberjaya untuk membuat persembahan demonstrasi Silat Cekak sempena Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat Cekak Malaysia.

Persembahan mantap tersebut telah dilakukan oleh 8 orang ahli skuad demonstrasi PSSCM Putrajaya di hadapan 73 orang penuntut Yayasan TM yang baru di universiti berkenaan. Turut hadir bersama adalah ahli keluarga PSSCM Putrajaya yang memberikan sokongan.

Famili Tim Putrajaya
Para penuntut ini merupakan kelas ke 5 tajaan YTM. Syabas dan tahniah kepada PSSCM MMU Cyberjaya yang menjayakan program malam ini. Terima kasih kerana menjemput kami. 








Test ketajaman dan ketulenan pisau ...


Timbalan Ketua Penerangan PSSCM sedang menyampaikan taklimat

Sdr Faizal...Penyelia PSSCM MMU

Para pelajar baru YTM yang akan mempelajari Silat Cekak ...wajib belajar sebagai syarat biasiswa YTM
Semoga perkembangan PSSCM di MMU terus cemerlang sepertimana diharapkan semasa Majlis Penerangan dan Pengambilan Ahli Baru pada 13 Jun 2015 yang lalu. Amiin



Disediakan oleh

Unit Media PSSCM Putrajaya @2017

Tuesday 25 July 2017

Kelas Latihan Putrajaya Selasa 25 Julai 2017


Selasa 25 Julai 2017...Lepak-lepak santai selepas tamat kelas Silat...mencari idea,menjana silaturrahim, mengembangkan seni silat Melayu di #Putrajaya.



Alhamdulillah malam ni ada jamuan sikit sumbangan ahli-ahli untuk makan bersama. 



Jom kita belajar Silat Cekak Malaysia@Putrajaya


Saturday 22 July 2017

Kembara PSSCM Putrajaya 'Memburu' Durian di Kuala Nerang, Kedah


Sabtu, 22 Julai 2017...Kali ini kami ke Kuala Nerang Kedah tepatnya di Kampung Kuala Tekai, Kuala Nerang untuk menikmati durian kampung yang disediakan oleh salah seorang ahli PSSCM Putrajaya.



Kenapa kami kata Kembara Memburu Durian?...Sebabnya punyalah main jauh kami memandu kereta dari Putrajaya hingga ke Kedah. Lagi pun susah nak dapat durian yang segar dari ladang sekarang ni secara murah siap dapat pakej homestay lagi!!! Inilah berkat ada ramai kawan dalam Silat Cekak nie.



Syoknya bukan kepalang, syukur AlhamduLillah kami diberikan kesempatan melawat keindahan dusun durian, rambutan dan manggis yang susah nak dapat di kota besar macam KL dan Putrajaya ni. Di kelilingi pula sawah padi, sungai, perkampungan tradisi ...Best laa mai Kedah nie. 


Jadi jomla kita joint PSSCM, banyak aktiviti kekeluargaan yang kami anjurkan... bukan sekadar bersilat saja...

Kembara PSSCM Putrajaya Berbusana Tradisi Meraikan Raja Sehari@Pendang Kedah


Sabtu, 22 Julai 2017... PSSCM Putrajaya menerima undangan mengadakan perarakan berbusana tradisional bagi memeriahkan perkahwinan saudara Ahmad Badrulzaman; Tenaga Pengajar Kelas Latihan Putrajaya bersama dan pasangan di Taman Melur, Pendang Kedah...



AlhamduLillah secara tradisinya inilah cara kami meraikan rakan-rakan kami di dalam PSSCM. Aktiviti kami bukan sekadar bersilat, balik rumah dan bersilat lagi. Tetapi aktiviti kami pelbagai semuanya untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim sesama ahli. Dalam masa yang sama dapat mempromosikan seni silat dan busana tradisi Melayu. 



Terima kasih kepada keluarga pengantin yang menghidangkan juadah yang sedap serta memberikan layanan yang istimewa buat ahli-ahli rombongan dari PSSCM Putrajaya.





Lepas kenduri nie rombongan kami bersambung memandu ke Kuala Nerang bagi memburu durian idaman...durian oh durian hang tunggu kami nak mai...







Thursday 20 July 2017

Kelas Latihan Silat 1 Sekolah 1 Silat@SMK Putrajaya Presint 9(2)


Khamis, 20 Jun 2017...Kelas Latihan Silat Cekak Malaysia@Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Adik-adik terus bersemangat mendapat pelajaran baru hari ini. 


Syabas dan tahniah...teruskan belajar hingga mahir.

Foto-foto menarik:






Monday 17 July 2017

Lawatan Naib Presiden II PSSCM ke Kelas Latihan Putrajaya


Isnin 17.7.17...AlhamduLillah kelas latihan silat Cekak pada malam ini dimeriahkan dengan lawatan Naib Presiden II PSSCM; Encik Safaran bin Haji Ahmad  yang sudi memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada kami semua.

Para penuntut amat teruja kerana kehadiran pembesar PSSCM nyata menyuntik semangat juang untuk ahli PSSCM Putrajaya mengembangkan lagi Silat Cekak Malaysia di Putrajaya ini.

Foto-foto lain;




Sunday 16 July 2017

Program Ziarah Cekak Putrajaya ke rumah Pemimpin PSSCM


Ahad, 16 Julai 2017...Kunjungan Aidil Fitri rombongan ahli-ahli PSSCM Kelas Latihan Putrajaya ke rumah Naib Presiden II PSSCM di Kuang Selangor merupakan aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli PSSCM Putrajaya dengan pembesar PSSCM.


Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjamu kami dengan hidangan yang sedap-sedap. Tahun depan kami kunjung lagi. 




Walaupun Syawal berada di penghujungnya namun semangat kekeluargaan tetap terserlah dengan lawatan ini.


Saturday 15 July 2017

Majlis Jamuan Aidil Fitri PSSCM Putrajaya 207 berlangsung meriah



Sabtu 15 Julai 2017. Majlis Jamuan Aidil Fitri PSSCM Putrajaya diadakan dengan penuh kesyukuran dan meriah sekali. program ini merupakan julung-julung kali diadakan sempena 7 tahun PSSCM bertapak di Putrajaya.




Pada tahun-tahun sebelumnya PSSCM Putrajaya telah mengadakan majlis berbuka Puasa, Solat Isyak dan Tarawih berjemaah namun pada tahun ini majlis berhari raya diadakan bagi mengeratkan hubungan







Program bermula dengan aktiviti bergotong-royong oleh ahli-ahli PSSCM Putrajaya mengemas dan memasak juadah tengahari sambil membuat persediaan untuk Majlis Aidil Fitri PSSCM Putrajaya 2017 pada malam nanti.


Pada sebelah malam diadakan solat Isyak berjemaah dengan diikuti tahlil ringkas dan doa selamat. Seterusnya majlis ini diserikan dengan kehadiran YM Datuk Guru Utama merangkap Presiden PSSCM; Datuk Haji Maideen Kadir Shah dan isteri.



Majlis turut diserikan dengan kehadiran para tetamu dari kelas-kelas PSSCM berdekatan dan juga jiran-jiran berdekatan. Terima kasih kepada tuan rumah kerana turut menjayakan program penuh bermakna ini. 




Di dalam ucapan YMDGU telah menerangkan bahawa betapa pentingnya perpaduan di kalangan ahli-ahli PSSCM di dalam mengembangkan Silat Cekak. 


Program tamat jam 1.00 pagi namun proses mengemas peralatan tamat jam 3.00 pagi. Raya tahun depan kita buat lagi. Insya Allah.