Wednesday 28 December 2016

Majlis Tahlil Sempena Ulangtahun Kelahiran Silat Cekak ke 51


Rabu, 28 Disember 2016 - Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat PSSCM telah diadakan serentak di seluruh negara sempena ulangtahun kelahiran Silat Cekak pada 28 Disember 1965 yang lalu. Syukur AlhamduLillah PSSCM kini telah berusia 51 tahun dan semakin berkembang pesat. Wakil PSSCM Putrajaya turut menghadiri program tersebut di Bangunan Silat Cekak di Sentul, Kuala Lumpur.

Pusara Almarhum YM Ustaz haji Hanafi b. Ahmad; Pengasas Silat Cekak 

Tuesday 20 December 2016

Kelas Latihan Silat Cekak 20 Disember 2016



Selasa 20 Disember 2016...Kelas latihan Silat Cekak Malaysia. Tetap bersemangat... gigih berlatih boleh sihatkan badan.

Sunday 18 December 2016

Majlis Perkahwinan putera Naib Presiden 2 PSSCM meriah


Sabtu 18 Disember 2016 - Majlis Perkahwinan putra kepada Naib Presiden 2 PSSCM; Tuan Safran Hj Ahmad@ Kuang, Selangor. Majlis turut dihadiri YMDGU dan ahli-ahli PSSCM. Syukur adat tradisi tetap disanjung dan dijunjung. Kredit kepada Tim Istiadat dan Protokol PSSCM yang segak berbusana.

Tim Protokol dan Istiadat PSSCM segak berbusana memeriahkan suasana 
Segak dan anggun: YMDGU dan Isteri berfoto dengan ibu bapa pengantin lelaki

Monday 12 December 2016

Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Kesyukuran Sekalung Budi Seuntai Kasih PSSCM 2016


Isnin 12 Disember 2016...Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Kesyukuran Sekalung Budi Seuntai Kasih PSSCM 1438H telah diadakan di Sekolah Setia Budi Gombak yang turut dihadiri wakil-wakil dari PSSCM Putrajaya. Majlis dimulakan dengan selawat Badriyah diikuti dengan marhaban dan berzanji. Program ini dirasmikan oleh YMDGU dan isteri.



Wednesday 7 December 2016

Ujian E-Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM Putrajaya dan Sg Besi 2016


7 Disember 2016: Ujian Teori Sijil Rendah (USR) PSSCM secara on line bagi Kelas latihan Putrajaya dan Sungai Besi. Alhamdulillah kita berjaya merealisasi transformasi Seni Silat Melayu dan melaksanakan visi Silat Cekak Silat Akademik. Seramai 12 orang calon terlibat mengambil ujian ini ditemani 12 orang Tenaga Pengajar PSSCM. Lepas habis ujian kita sembang-sembang santai sambil dihidangkan dengan nasi lemak daun pandan yang enak. 

Semoga kesemua calon PSSCM lulus dengan cemerlang dan boleh berkonvo PSSCM Mei 2017 nanti.


Tuesday 6 December 2016

Kelas Latihan PSSCM 6.12.2016



Selasa 6 Disember 2016... Lepaking santai lepas kelas silat@ PSSCM Putrajaya. Alhamdulillah rajin berlatih asas kemahiran

Sunday 4 December 2016

Himpunan Solidariti Ummah Selamatkan Rohingya 2016 disertai PSSCM


Ahad 4 Disember 2016: Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya telah diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur telah dihadiri lebih 200 orang ahli PSSCM termasuk dari kelas latihan PSSCM Putrajaya. 

Penyertaan ini bagi menunjukkan solidariti PSSCM sebagai sebuah NGO Melayu-Islam dan badan pendiri PESAKA Malaysia terhadap isu-isu sejagat yang melibatkan kepentingan ummah.



Majlis ini dihadiri lebih 10,000 umat Islam termasuk saudara seagama dari Rohingya dan diserikan dengan kehadiran para pemimpin negara dari parti politik PAS dan UMNO.










Syabas... Alhamdulillah kita mendokong perjuangan membela saudara seagama di mana saja mereka berada.



#solidarity #rohingya #silatcekak

https://www.facebook.com/search/top/?q=solidariti%20rohingya%20silat%20cekak%20
Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @2016

Friday 2 December 2016

Program Latihan Bersama PSSCM Lembah Kelang


Jumaat 2 Disember 2016: Program Latihan Bersama Ahli Tamat dan Skuad Demonstrasi PSSCM Lembah Kelang@ Kelas Latihan Menara Telekom Malaysia, Bangsar disertai oleh ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang seramai 80 orang.


Monday 28 November 2016

Perarakan Panglima Melayu @ Program Perhimpunan MAYC



Isnin 28 November 2016...Pesilat Seni Silat Cekak Malaysia @Putrajaya beraksi di Kediaman Rasmi Perdana Menteri @ Bangunan Seri Perdana sempena Program Perhimpunan Malaysian Association Youth Club (MAYC) di Bangunan Seri Perdana, Putrajaya. Syukur AlhamduLillah bersama-sama kita memartabatkan seni budaya dengan berbusana indah warisan bangsa.

Pegawai Perhubungan Luar PSSCM; YBhg. Datuk Paduka Rosman Mat Deli turut memberikan sokongan menghadiri program ini 

Para panglima Melayu segak bergaya menanti kehadiran VIP di lobi Seri Perdana

Aksi para panglima segak berbusana

Friday 25 November 2016

Program Tahlil dan Kesyukuran Rumah Naib Presiden 2 PSSCM


Jumaat 25 November 2016:  Program tahlil @ rumah Naib Presiden 2 PSSCM di adakan di Kuang Selangor. AlhamduLillah ahli-ahli PSSCM dari Selangor, Ibu Pejabat dan Putrajaya hadir memeriahkan majlis ini. 


Tuesday 22 November 2016

Kelas Latihan PSSCM 22 November 2016


Selasa 22 November 2016...Kelas latihan Silat Cekak Malaysia berjalan dengan sempurna dan terus membara...

Saturday 19 November 2016

Program Riadah Santai PSSCM Putrajaya V2.0


Sabtu 19 November 2016...Program rekreasi santai ahli - ahli PSSCM Putrajaya berfutsal, badminton, zumba, supper dan wefie@Presint 1 dan 16...Silat Cekak bukan sekadar silat tetapi membentuk insan bersosial cara yang sihat. Jom sertai kami memeriahkan @PSSCM.


Futsal melatih semangat kesukanan dan kesetiakawanan ahli-ahli PSSCM Putrajaya

Bersama makan larut malam mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga PSSCM Putrajay@ Darussalam Presint 16

Monday 14 November 2016

Kelas Latihan Silat Cekak 14 November 2016


Isnin 14 November 2016: Kelas latihan malam ini...Alhamdulillah jamuan kesyukuran meraikan kemenangan memperolehi pingat KWD7 PSSCM bagi kategori Jemputan (Putera).


Saturday 12 November 2016

Kamilah Juara KWD 2016@UiTM Jengka Pahang

 

Sabtu 12 November 2016...Syabas dan tahniah... Kamilah Juara Kategori Ketiga Kejohanan Wajdiri ke 7 PSSCM@UiTM Jengka, Pahang. Setelah menempuh pelbagai ujian, hasil kesabaran Allah kurniakan kejayaan. Tahniah Skuad Putera PSSCM Putrajaya.




Monday 31 October 2016

Kelas Latihan PSSCM Putrajaya Pra KWD 7


Isnin 31 Oktober 2016...Persediaan untuk menempuhi Kejohanan Wajadiri 2016 @UiTM Jengka Pahang. Insya Allah semoga kita berjaya membawa kejayaan.  


Tuesday 25 October 2016

Kelas Latihan Pra KWD 7...Kami Bersedia Rempuh!!!


Selasa 25 Oktober 2016...Inilah Barisan kita yang ikhlas berjuang untuk Kejohanan Wajadiri (KWD) PSSCM kali ke 7 di UiTM Jengka Pahang. Teguh bersemangat kental jiwanya demi kemenangan yang dicari!!!

Sunday 23 October 2016

Walimatul Urus Raja Sehari; Ishak dan Ain


Ahad 23 Oktober 2016...Tim busana ahli-ahli PSSCM KL Putrajaya segak bergaya meraikan Raja Sehari; Ishak dan Ain @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Doa kami semua semoga kekal bahagia diberkati hingga ke Jannah. Lepas kahwin jangan lupa turuk kelas berlatih silat yeeee...

Tim Busana PSSCM Putrajaya segak bergaya

Saturday 22 October 2016

Program Santai Futsal 1.0 PSSCM Putrajaya


Sabtu, 22 Oktober 2016: Program Santai Futsal anjuran PSSCM KL Putrajaya. Alhamdulillah seramai 45 orang ahli keluarga PSSCM KL Putrajaya, Sg Besi dan Serdang beraksi @ Gelanggang Sukan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.





Friday 21 October 2016

Praktikal Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM 2016 @ Shah Alam


Jumaat 21 Oktober 2016...Ujian praktikal Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM di Kelas Latihan Shah Alam turut disertai oleh ahli PSSCM sebagai peserta dan penguji...Syabas semoga dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dan lulus, nanti boleh terima sijil konvo Mei 2017 depan. 

Barisan penguji PSSCM yang gagah berani....jangan main-main ya!