Monday 18 October 2021

Sambutan Maulidur Rasul PSSCM 2021/1443





Sambutan Maulidur Rasul PSSCM 2021/1443 kali ini disambut secara hibrid; bersemuka mengikut SOP dan menggunakan aplikasi zoom di semua cawangan PSSCM seluruh negara. Syukur aktiviti PSSCM kini boleh bergerak semula dengan lebih ceria. 

Program ini dimulakan dengan selawat badriyah yang disampaikan dalam alunan muzik oleh ahli-ahli PSSCM.

Link: https://www.facebook.com/202771646472261/posts/4465931600156223/





Lebih 800 ahli PSSCM menyambutnya dimulakan dengan selawat, marhaban, qasidah dan burdah.  Selain itu ceramah agama telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Rusli Jamaudin; Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Merbuk Kedah Darul Aman. 

YMDGU telah memberikan ucapan perasmian penutupan.  

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2021

Friday 15 October 2021

Lagu dan Tagline Warisan Mutlak

 


Lagu dan tagline Warisan Mutlak merupakan ilham yang dicetuskan oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM; Tuan Haji Ishak bin Itam di dalam sebuah mesyuarat Jawatankuasa Pusat PSSCM pada tahun 1989. 

Ilham penciptaan lagu dan tagline ini adalah bagi mengambarkan PSSCM sebuah persatuan persilatan Melayu yang sedang berkembang pesat dan perlu menonjolkan sebuah imej yang berbentuk korporat dan dinamik sepertimana badan-badang NGO terkemuka yang lain. Justeru sebuah lagu korporat yang rancak, bersemangat dan ceria perlu tercipta.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tahun 1990 telah dipengerusikan oleh Encik Ishak bin Itam 

Tugasan ini diberikan kepada sebuah Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Ketua Penerangan PSSCM bagi merangka lirik, melodi dan perkara-perkara lain yang diperlukan.


Encik Johari bin Salleh; komposer yang bertanggungjawab mencipta lagu Warisan Mutlak - lagu rasmi PSSCM pada tahun 1990

Hasilnya pada tahun 1990; Encik Johari Salleh dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dipilih dan berjaya mencipta lagu bertajuk 'Warisan Mutlak' dan dinyanyikan oleh Encik Ahmad Tarmimi Siregar secara berkuarir.

Tagline Warisan Mutlak seterusnya menjadi tema utama dalam pengembangan ilmu persilatan Seni Silat Cekak Malaysia hingga kini.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021 

Friday 8 October 2021

Seminar Kekeluargaan PSSCM 2021: Pendidikan Awal kanak-Kanak PDPR & Ancaman Gajet



Ingin mengetahui cara mengendalikan pendidikan anak-anak era norma baharu sepanjang pandemik Covid 19? Ikuti forum yang dibawakan khas oleh panelis-panelis yang pakar dalam bidang mereka. Sesuai untuk membantu ibu bapa & bakal ibu bapa ahli PSSCM bagi menghadapi cabaran norma baharu.

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2021