Wednesday 27 November 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Sedekad PSSCM Putrajaya Bil 2/2019


Rabu, 27 November 2019: PSSCM Kelas Latihan Putrajaya telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan & Penyelarasan Sambutan Sedekad PSSCM di Putrajaya (2010 - 2020) Bilangan 1/2019 bertempat di Bilik Serbaguna Persatuan Sukan Putrajaya, Presint 11.

Mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa kerja sambutan yang akan menyelaras segala program yang dirancang bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke 10 kewujudan PSSCM di Putrajaya. 

Antara program utama yang dirangka dan akan dilaksanakan adalah;
  • Program Bicara Ilmu - 11 Januari 2020
  • Majlis Makan Malam - 4 April 2020
  • Program Perkhemahan Hari Keluarga - September / Oktober 2020 
  • Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa 2021 - 2023 - Disember 2020






Selain itu, beberapa program kecil turut dirancang untuk dilaksanakan di kelas latihan PSSCM Putrajaya seperti Majlis Aidil Fitri PSSCM Putrajaya, Latihan Silat Bersama dan aktiviti perkelahan santai.  




Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya.    

Saturday 9 November 2019

PSSCM Putrajaya @ Sambutan Maulidur Rasul PSSCM Ibu Pejabat 2019


Sabtu, 9 November 2019 GOMBAK: Seramai 11 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat PSSCM Ibu Pejabat. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Menengah Setiabudi, Gombak.

Majlis ini merupakan tradisi yang diraikan secara tahunan oleh PSSCM bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw. Majlis ini juga menjadi wadah bagi menghimpunkan ahli-ahli PSSCM, merapatkan ukhwah dalam sebuah program bercorak kerohanian yang digalakkan oleh syariat.


Program ini dihadiri lebih 300 peserta ini turut diserikan dengan kehadiran YMDGU dan isteri serta ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang. Majlis dimuliakan dengan berselawat, berzanji, marhaban dan qasidah serta ceramah agama oleh penceramah jemputan dari PSSCM Pahang.

Foto-Foto menarik - kredit dari Jabatan Penerangan PSSCM








Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2019 

Monday 28 October 2019

Berbusana @ Jemputan Majlis Perkahwinan


Isnin, 28 Oktober 2019, Wangsa Maju: Ahli-ahli PSSCM Putrajaya diundang khas oleh tuan rumah bagi menyerikan majlis perkahwinan saudara Muhammad Faezuddin bin Yaacof dengan pasangannya; Norshakila binti Ismail.

Ahli-ahli PSSCM Putrajaya telah mengenakan busana Melayu lengkap bak panglima lima bersaudara mengiringi pengantin ke pelaminan bagi melestarikan adat, adab dan budaya Melayu.







Terima kasih kepada Tuan Rumah; Encik Yaacof bin Isa dan Puan Fatimah Zakaria kerana sudi mengundang kami menyerikan majlis perkahwinan anakanda tercinta. Doa kami semoga Allah swt memberikan kebahagian buat pasangan pengantin serta keluarga mereka di dunia dan akhirat. Amiin.

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2019.

Wednesday 2 October 2019

Penyertaan PSSCM dalam ICLK 2019 @ KLCC, 6 kertas kerja ilmiah berjaya dibentang


KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2019: PSSCM sekali lagi menyertai pembentangan prosiding kertas kerja ilmiah dalam 9th International Conference on Local Knowledge (ICLK) anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dengan membentangkan sebanyak 6 buah tajuk berkaitan Seni Silat Cekak Malaysia. 



ICLK pada kali ini telah diadakan di Galeri Petronas Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) turut disertai oleh para pembentang dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan. Antara tajuk pembentang dari PSSCM adalah; 

1. Parang Lading Senjata Asli Melayu: Sejarah, Pemilikan, Teknologi Pembuatan & Falsafah Persilatannya oleh Abdul Majid Ismail, Mohd Azuwan Maoinser & Sazali Hj Samsudin

2. Pembangunan Ketahanan Diri Di Kalangan Belia Melalui PSSCM oleh Nadhirah Mohd Rosdi, Abdul Hazim Abdullah & Mohd Azuwan Maoinser.

3. Memartabatkan Budaya Pusaka Warisan Melayu: Matlamat Perjuangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia oleh Ariffin Haron, Mohd Saiful Aizan Mohd Shafie, Nur Hidayah Sazali & Haron Din.

4. Peranan & Sumbangan Ahli Wanita Dalam Pembangunan Kelestarian Perjuangan Seni Silat Cekak Malaysia: Kajian Kes PSSCM Cawangan Pulau Pinang Dan PSSCM Cawangan Seberang Perai oleh Hazrina Yusof Hamdani, Abdul Hafiz Ab Majid, Nur Karimah Kaswan, Nurhazirah, Syazwani Zawawi, Zainatul Zafirah Mahadi, Zulaika Abdul Razak & Ab Majid Ismail.

5. Sumbangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Dalam Pembangunan Komuniti Pesilat Di Malaysia Era 1976 - 1986 oleh Shukri Janudin.

6. Pendekatan Memberi Bukan Meminta Dalam Berpersatuan: Kajian Kes PSSCM oleh Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Abdul Majid Ismail & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.

Pembentangan kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila PSSCM menghantar 6 buah kertas kerja  iaitu terbanyak dalam sejarah penyertaan PSSCM dalam ICLK. Bahan-bahan ilmiah ini akan menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada para peminat seni silat Melayu untuk mengetahui dan mengkaji sejarah, keistimewaan, sumbangan dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh PSSCM dalam memartabatkan ilmu persilatan Melayu khususnya Seni Silat Cekak Malaysia di negara ini.

YMDGU turut hadir memberi sokongan kepada para peserta PSSCM semasa pembentangan ICLK ini 






Usaha yang dilakukan oleh PSSCM ini bersesuaian dengan matlamat PSSCM iaitu menjadikan ilmu Silat Cekak sebagai Silat Akademik. Insya Allah bertemu lagi di ICLK tahun hadapan.




#silatcekak #silatmelayu #usm #55tahunsilatcekak GALERI PETRONAS
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20191005/282634624361038

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2019

Monday 30 September 2019

Pembentangan Kertas Kerja Silat Cekak @Seminar I-Cosbit anjuran UiTM Merbok, Kedah



Sabtu, 28 September 2019. Merbok, Kedah: Sebuah pembentangan kertas kerja berkaitan sejarah Silat Cekak bertajuk; "Tokoh Pahlawan Kedah; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail serta Perkaitannya dengan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid; Panglima pembawa Silat Cekak Dalam Persejarahan Negeri Kedah Sepanjang 1800 – 1925" berjaya dibentangkan dalam prosiding  International Conference on Sustainability Issues in Social, Business, Information and Technology (i-Cosbit) 2019. Seminar ini telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Merbuk, Kedah.



Kertas kerja ini cuba merungkai riwayat asal usul dan perjalanan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid dalam sejarah negeri Kedah Darul Aman bermula dari tahun 1800an sehingga 1925. Ia merangkumi penglibatan Panglima Ismail sebagai seorang pembesar kanan istana iaitu sebagai Laksamana bergelar Dato' Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ketika tercetusnya Perang Musuh Bisik tahun 1821 hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1897.



Dato' Wan Mat Saman bin Dato' Wan Ismail; Perdana Menteri Kedah (1870 - 1896)

Turut diriwayatkan penglibatan Panglima Tok Rashid atau Abdul Rashid bin Awang Lahat sebagai Panglima Mukim yang berkhidmat di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid Shah dan Perdana Menteri Kedah; Dato' Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail serta penglibatannya dalam pembinaan projek terusan di Yan, Kedah.

Kuala Sedaka, Yan berhadapan gugusan pulau Bidan, Telor, Songsong dan Bunting banyak menyimpan sejarah silam para pahlawan Melayu Kedah.

Antara objektif utama pembentangan kertas kerja ini adalah bertujuan agar masyarakat di Malaysia mengetahui nasab dan sanad perjalanan sejarah salah seorang tokoh pahlawan negeri Kedah yang berperanan besar mempertahankan kedaulatan negeri serta institusi kesultanan Melayu Kedah pada awal abad ke 19.

Tanjung Jaga di daerah Merbuk menyimpan 1001 cerita getir perjuangan rakyat Kedah berjuang mempertahankan kedaulatan negeri dari penjajahan Sukhothai (1821 - 1842)

Penulisan ini juga bertujuan memenuhi matlamat menjadikan ilmu Silat Cekak sebagai sebuah ilmu persilatan yang boleh dikaji dan dibuktikan secara akademik dan saintifik dalam memenuhi visi Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; pengasas Silat Cekak yang ingin merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik. Secara tidak langsung juga ia akan membuktikan bahawa ilmu dan sejarah Silat Cekak ini adalah berasaskan kepada fakta, bukan sebuah dogengan atau mitos. 

Pembentangan kertas kerja ini dilakukan oleh Tuan Shukri bin Janudin dan Puan Zaimilah binti Yusoff dari PSSCM Kelas Latihan Putrajaya selaku penulis-penulis kertas kerja tersebut.

#silatcekak #Kedah #sejarahkedah

Rujuk juga;
http://psscmklputrajaya.blogspot.com/2019/02/silat-cekak-fakta-dan-sejarah-ringkas.html
Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2019







Sunday 1 September 2019

Hari Tenaga Pengajar PSSCM 2019: PSSCM Putrajaya turut serta memeriahkan...


1 September 2019, Ahad. SEREMBAN: PSSCM meneruskan tradisi menyambut Awal Muharram dengan mengadakan Majlis Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah serta Sambutan Hari Tenaga Pengajar ke 31 di Dewan Datuk Hj Maideen, Seremban.

Majlis yang dihadiri lebih 1,200 orang ahli PSSCM seluruh negara ini telah disempurnakan oleh YMDGU PSSCM. Kata-kata aluan YMDGU dan maklumat lanjut mengenai program ini sila layari;





Krew Istiadat dan Protokol PSSCM disebalik tabir menjayakan program

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Tahniah kepada barisan Tenaga Pengajar PSSCM yang diberi amanah meneruskan tanggungjawab mengajar dan mengembangkan ilmu silat ini. 

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@ 2019

Sunday 25 August 2019

Alhamdulillah penyertaan PSSCM Putrajaya @ #KWD9, UNISEL berbaloi!


Sabtu, 24 Ogos 2019: UNISEL Selangor. AlhamduLillah penyertaan pasukan PSSCM Putrajaya mewakili kelas Ibu Pejabat ke Kejohanan Wajadiri ke 9 (KWD9) di UNISEL, Bestari Jaya Selangor pada tahun ini berbaloi apabila memenangi masing-masing tempat ke Lima dalam kategori Dua dan Tiga. 


KWD kali ini disertai oleh lebih 800 orang pesilat sebagai peserta mewakili 68 pasukan terdiri dari 14 cawangan-cawangan PSSCM Negeri, 41 buah dari Institusi-institusi pengajian tinggi seluruh negara dan 13 pasukan dari 9 buah sekolah yang bertanding. Lebih 500 orang penyokong dari pasukan masing-masing turut menghadiri kejohanan berprestij PSSCM ini. 


Gaya persembahan 'ganas para penjahat" untuk menyerang hero pesilat Silat Cekak

Acara berbentuk kesukanan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru pesilat selain membentuk para pesilat yang berdisiplin dengan semangat kesukanan yang tinggi. Ia juga menjadi medan untuk mengukuhkan silaturahim di kalangan para pesilat dari seluruh negara.

Sebelum itu majlis promosi telah diadakan di Bangunan Sri Pentas TV3 disempurnakan oleh Pengarah Urusan Media Prima Y.Bhg Dato' Manja Ismail pada 22 Ogos 2019.





Liputan mengenai promosi tersebut boleh dilayari di Buletin Utama TV3;

https://www.youtube.com/watch?v=3RALRE_i_ck&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1QZLRNnfJRM2kO46WYw5nIw0xQH786e_s9mhoZEdyanKbf0Mpkn8IWnQQ

Pada kejohanan ini buat pertama kali didendangkan lagu rasmi kejohanan KWD PSSCM. Layari;

https://www.youtube.com/watch?v=uIFhhxHY9sg

Pasukan Putera USM Kelantan dan Puteri PSSCM UPSI diumumkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori IPT manakala pasukan PSSCM Negeri Sembilan juara bagi kategori Negeri. YMDGU turut mengisytiharkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu sebagai tuan rumah bagi #KWD10 pada 2021 akan datang.  

Liputan-liputan program #KWD9 oleh TV3 dan TV9 seperti link di bawah;



Foto-foto menarik















Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2019