Sunday 24 May 2020

Salam Aidil Fitri 2020 dari PSSCM Putrajaya




Salam Aidil Fitri ...Maaf Zahir dan Batin dari kami PSSCM Putrajaya. Meskipun sambutan Aidil Fitri tahun ini begitu berbeza akibat pandemik COVID-19 namun kita perlu tetap bersyukur di atas segala nikmat kehidupan dan iman yang dikurniakan oleh Allah swt. 

Semoga negara kita dipulihkan segera dari wabak COVID-19 dan dapat kita menjalani kehidupan seperti biasa. Amiin

Allahuakhbar...Allahuakhbar....Allahuakhbar WaLillah Ilham

Salam Lebaran.

Ucapan ikhlas dari kami;

Penyelia, Penasihat, Jurulatih dan Tenaga Pengajar serta Jawatankuasa PSSCM Putrajaya 2017 -2020.



Kad ucapan dari YMDGU serta isteri





Friday 1 May 2020

Kertas Kerja Peranan PSSCM dalam Pembangunan Komuniti Melayu-Islam di Malaysia



Sebuah kertas kerja bertajuk Peranan Persatuan  Seni  Silat  Cekak  Malaysia  (PSSCM)  Di  dalam Pembangunan Komuniti Melayu-Muslim Berteraskan Ilmu Persilatan (The  Role  of  Persatuan  Seni  Silat  CekakMalaysia  (PSSCM)  in  Malay-Muslim Community Development of Silat Knowledge-Based) telah diterbitkan di dalam jurnal Sains Insani dengan nombor eISSN: 0127-7871 terbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Jurnal ini telah melalui prosiding pembentangan pada 30 September 2017 di USIM, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut sila layari: 


Jurnal ini boleh dilayari melalui laman sesawang: 



Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2020