Sunday 27 December 2020

Program Sambutan 55 Tahun PSSCM Secara Maya Meriah

27 Disember 2020, Ahad. Kuala Lumpur: Sambutan Ulangtahun kelahiran Silat Cekak kali ke 55 tahun berlangsung dalam keadaan meriah meskipun sambutan kali ini berbeza iaitu secara maya/virtual. Sambutan norma baharu ini julung-julung kali diadakan dalam sejarah PSSCM sejak penubuhannya 55 tahun yg lalu atau tepatnya 28 Disember 1965.

Sambutan ini mengambil tema "Budaya Silat Warisan Dunia" mengandungi 3 segmen utama iaitu; Acara Kemuncak Virtual Run & Ride PSSCM, Pelancaran Novel Panglima Ismail Pahlawan Kedah dan Forum Sempena 55 tahun PSSCM Bual Bicara Nostalgia Ustaz Hanafi.


Program ini dijalankan menerusi aplikasi FB Live turut mendapat liputan dari TV3 dan juga akhbar Wilayah Ku.

Acara Kemuncak Virtual Run & Ride

PSSCM buat julung kalinya menganjurkan program larian dan kayuhan secara maya ini selama 25 hari bermula dari 1 hingga 25 Disember 2020 dengan penyertaan lebih dari 1,500 ahli dan bukan ahli PSSCM. Setiap para peserta akan diberikan medal dan baju t- shirt sebagai tanda penyertaan mereka.

Pada malam ini, para peserta yang menduduki carta teratas diumumkan sebagai tanda menghargai dan pendorong semangat mereka untuk terus bersama-sama dengan PSSCM. 


Majlis Pelancaran Novel Panglima Ismail Pahlawan Kedah

Buat julung kalinya PSSCM telah bekerjasama dengan penulis novel tersohor tanahair Abdul Latiff Talib menghasilkan sebuah novel sejarah bertajuk; Panglima Ismail Pahlawan Kedah; Merungkai Sejarah Terpendam.

Penghasilan novel ini berdasarkan kajian-kajian ilmiah dan catatan-catatan lisan yang dikumpulkan sejak bertahun-tahun lamanya bertujuan merekodkan kembali perjalanan hidup, perjuangan dan pengorbanan Panglima Ismail sebagai seorang Laksamana negeri Kedah yang bernama Wan Ismail bin Wan Muhammad Long dalam mempertahankan kedaulatan negeri Kedah sepanjang abad ke 18. Panglima Ismail merupakan tokoh utama yang terkenal di dalam sejarah Silat Cekak dan negeri Kedah. 




Program Ceramah Nostalgia Ustaz Hanafi 

Program ini menampilkan YM Datuk Guru Utama dan juga Ahli Lembaga dan Tatatertib PSSCM; Tuan Haji Ghazali Abdul Rahman sebagai panelis yang membicarakan mengenai ketokohan dan sumbangan Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; Pengasas dan Presiden PSSCM 1965 - 1986. 



Program maya ini tamat pada jam 1.30 pagi.

Maklumat seterusnya, sila layari;

Buletin Utama TV3 28 Disember 2020 Sambutan 55 Tahun PSSCM - YouTube

PSSCM optimis, terus perkukuh seni Silat Cekak – Wilayahku

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020






Friday 4 December 2020

Majlis Tahlil Almarhum YM Guru Utama Ke 2 PSSCM 2020M/1442H


Jumaat, 4 Disember 2020: Hampir 8 tahun Almarhum telah meninggalkan kita. Jasa dan pengorbanan beliau terhadap pembangunan Silat Cekak di Malaysia sebelum dan selepas beliau menjadi Guru Utama PSSCM tidak akan dapat kita lupakan.

Majlis Tahlil Almarhum Tn Hj Ishak bin Itam ini telah dilaksanakan secara maya. Wakil-wakil dari PSSCM Putrajaya turut menyertainya.

Al Fatihah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Maklumat lanjut sila layari;


Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020

Monday 30 November 2020

Program Virtual Run & Ride semarakkan Sambutan 55 Tahun PSSCM

 


1 Disember 2020, Selasa: PSSCM telah mengorak langkah mengadakan program Virtual Run & Ride bersempena Ulangtahun ke 55 Tahun PSSCM. Program ini adalah program yang diadakan menggunakan aplikasi maya dengan para peserta perlu berdaftar dan membayar yuran penyertaan sebagai peserta bagi acara larian, berbasikal, lari atas treadmill atau mendaki. So hari ni bermulalah cabaran sehingga 25 Disember 2020 nanti.

Para peserta akan diberikan nombor keahlian dan mereka perlu memuatnaik aplikasi larian sepertimana yang terdapat dalam Play Store telefon bimbit masing-masing. Sewaktu berlari, berbasikal atau mendaki sila rekodkan aktiviti tersebut untuk mengetahui jarak kilometer yang ditempuh sewaktu beraktiviti...kemudian hantar kepada organiser. 

Nak lebih cun lagi boleh ambil pemandangan menarik sambil selfie... simpan jadi kenangan indah..senangkan macam ni!

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/4750118358392309

Sambil beriadah, menyokong aktiviti sihat dapat kita eratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan sahabat. Dapat cuci mata melihat keindahan alam...Wow...

Tapi dalam masa yang sama sila patuhi penjarakkan sosial, sentiasa menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Paling penting jaga keselamatan diri dan patuhi semua arahan panduan keselamatan yang digariskan macam di bawah ni...


Inilah budaya norma baharu yang diaplikasikan di dalam Silat Cekak Malaysia. Tidak sekadar bersilat yang dilihat sebagai tradisional tetapi kita boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan moden. 

Macamana nak masuk?...Nah ni dia promonya...


So jangan lupa sertai program riadah norma baharu ini...

Kami belanja korang dengan teaser program...

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/2916593048619173

Jangan lupa jom kita sertainya...Psstt... Putrajaya menyediakan banyak tempat menarik untuk aktiviti larian, berbasikal dan mendaki. Jom kita turun beriadah di Putrajaya!!!

#putrajaya #perbadananputrajaya #55tahunsilatcekak #silatcekak #malaysia #ride #run @kbsmalaysia @MOHEOfficial @psscm @cekakmalaysia

Disediakan oleh:

Unit Media Strategi PSSCM Putrajaya @2020.






 

Thursday 26 November 2020

Virtual Run & Ride PSSCM 2020...Jom kita sertainya...


 Yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Pastikan PENDAFTARAN anda disertakan dengan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan.
Promo Belian Awal
- Bermula 26hb sehingga 30hb November 2020
- Harga RM60 termasuk Tshirt, Medal dan kos penghantaran.
Belian BIASA
- Bermula 1hb sehingga 5hb Disember 2020

Pastikan anda MEMBACA BETUL2 setiap maklumat/arahan yang dinyatakan.
Pendaftaran TANPA BAYARAN adalah tidak diambilkira.
Selamat mendaftar semua!
☺️☺️☺️

Saturday 14 November 2020

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu: Asas Kenegaraan Yang Perlu Dipatuhi Setiap Warganegara Malaysia - PSSCM


7 wasiat Raja-Raja Melayu ini merupakan perkara asas kenegaraan yang wajib diketahui oleh setiap warganegara Malaysia di negara ini. Sepertimana kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Wasiat ini telah dititah dan ditulis oleh 9 orang Raja-Raja Melayu semasa mereka menurunkan tandatangan persetujuan bagi pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. 

Sebagai sebuah NGO Persilatan, PSSCM sentiasa mendokong aspirasi kerajaan bersama-sama memelihara perpaduan dan mempertahankan keselamatan negara. Ini sesuai dengan peranan Seni Silat Melayu sebagai Benteng Pertahanan ke 3 Negara yang diiktiraf pada tahun 2012 yang lalu. 

Rundingan Pembentukkan Perlembagaan Persekutuan di antara Raja-Raja Melayu pada Ogos 1957 

Wasiat tersebut melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Pemerintah Tertinggi di negara ini. Keprihatinan dan keadilan yang mahu ditegakkan oleh Raja-Raja Melayu selaku pemimpin tertinggi di negara ini adalah untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera tetapi dalam masa yang sama turut membela hak-hak kaum lain sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru wasiat ini perlu dipatuhi oleh semua rakyat yang menjadi warganegara atau mereka yang mendiami negara ini tanpa mempertikaikannya demi memastikan kestabilan dan keharmonian di negara ini. 

9 orang Raja-Raja Melayu, berfoto tahun 1957 telah meletakkan asas bernegara untuk setiap warganegara.

#Malaysia #silatcekak #SilatMelayu #melayu #UniversitiMalaya #KPT #parlimen #budaku #putrajaya #deminegara #rajamelayu #DaulatTuanku

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2020

Sunday 8 November 2020

PSSCM Sanjung dan Junjung Prinsip-Prinsip Rukun Negara


Rukun Negara terdiri dari 5 prinsip utama yang perlu dipelihara, sanjung dan junjung serta diamalkan bagi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita.

Di tahun 2020 ini Rukun Negara telah menyambut ulangtahunnya ke 50 tahun. Sambutan Jubli Emas ini bermakna telah 5 dekad Rukun Negara berfungsi menyemai kedamaian dalam kalangan masyarakat Malaysia. 




Sebagai sebuah NGO's persilatan, PSSCM sentiasa mendokong aspirasi yang terkandung di dalam prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan dalam kalangan rakyat. Ia juga sesuai dengan matlamat PSSCM dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan negara selari dengan pengiktirafan Seni Silat sebagai Warisan Dunia, Seni Bela Rasmi Negara dan Benteng Pertahanan Ketiga Negara.

Jadi tak rugi kita semai kebaikan untuk kesejahteraan kita bersama.

Bersama Bersatu 


#rukunnegara 

#malaysia 

#silatcekak 

#silatcekakmalaysia

#putrajaya

#jpnin 

@perpaduanNegara


Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020.


Wednesday 28 October 2020

Salam Maulidur Rasul 2020 Dari PSSCM


 

12 Rabiulawal 570 Masihi dikenali sebagai Tahun Gajah adalah tahun kelahiran insan mulia; Muhammad bin Abdullah yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sempena Hari Maulidur Rasul ini marilah kita berselawat ke atas baginda saw tanda kasih padanya. Firman Allah dalam Surah Al Ahzab: 56;

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Semoga Allah swt mengasihi kita semua umat Islam dan dijauhi segala malapetaka di dunia dan akhirat, Aamiin Insya Allah.

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2020



Wednesday 16 September 2020

Selamat Hari Malaysia 2020 dari PSSCM

 


16 September 2020, Rabu...Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020 dari Barisan Kepimpinan dan juga ahli-ahli PSSCM di seluruh negara buat semua rakyat Malaysia.

Teruskan perjuangan kita melawan dan mencegah penularan wabak Covid-19.

Ikhlas dari 

PSSCM Putrajaya 




Tuesday 15 September 2020

Jom Berbusana dan Bertanjak Sempena Hari Malaysia 2020

 


16 September 2020, Rabu. Jom kita berbusana sebagai usaha melestarikan budaya bangsa. Kepelbagaian dalam bertanjak dan berbusana melambangkan budaya Melayu itu kaya dengan kesenian dan falsafahnya.

Budaya bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah, budaya melambangkan bangsa dan jati diri kita. Pesan Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM);

Sains dan teknologi boleh dipelajari di mana-mana, tapi budaya tetap hak kita...


Kata-kata tersebut menunjukkan PSSCM amat menyanjung tinggi budaya bangsa dan menghargai warisan Melayu. Manakala di dalam serangkap pantun Cekak juga dinyatakan...


Lahirnya Cekak Kerana Kesedaran

Bukan Bermusuh Sebagai Tujuan

Untuk Mendaulat Seni Kebangsaan

Menyesuaikan Dengan Makna Kemerdekaan


Jadi ayuh kita semarakkan kempen bertanjak sempena Hari Malaysia tahun ini. Jangan malu...budaya kita hak kita.

#bangsabertanjak #silatcekak

Disediakan oleh 

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2020

Monday 31 August 2020

Salam Kemerdekaan 2020 dari PSSCM

 


31 Ogos 2020, Isnin ...Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 63 ... Malaysia Prihatin dari barisan kepimpinan dan ahli-ahli PSSCM untuk rakyat Malaysia...Teruskan berjuang menghadapi Covid 19. semoga kita beroleh kejayaan. Insya Allah.

















Salam Kemerdekaan dari PSSCM Putrajaya jua...


Monday 3 August 2020

Jurnal Akademik Mengenai Panglima Ismail; Tokoh Pahlawan Kedah dan Silat Cekak




Citation: Janudin, S., & Yusoff, Z. (2020). Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long: Pahlawan Kedah di Kerian dalam Perang Musuh Bisik 1821 - 1842. Jurnal Dunia Pengurusan, 2(3), 47-61.




Citation: Janudin, S., & Yusoff, Z. (2020).Tokoh Pahlawan Kedah; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail serta Perkaitannya dengan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid; Panglima pembawa Silat Cekak Dalam Persejarahan Negeri Kedah Sepanjang 1800 – 1925. Voice of Academia. Universiti Teknologi MARA Kedah. 15 (3), 72 -95. 


Selasa, 4 Ogos 2020. Kini terdapat dua jurnal akademik berkaitan Panglima Ismail; pembawa Silat Cekak yang boleh dijadikan rujukan akademik bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah awal perkembangan dan asal-usul Silat Cekak di negara ini.

Usaha ini dilakukan bagi melurus dan memperkenalkan kembali sejarah tokoh pahlawan negeri Kedah yang selama ini kurang diketahui oleh masyarakat kita.

Dari tradisi lisan telah dijadikan tulisan yang boleh dibaca oleh generasi pada masa kini.

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2020 

Friday 24 July 2020

Perkhemahan santai keluarga PSSCM Putrajaya


Sabtu, 25 Julai 2020: Ahli keluarga PSSCM Putrajaya hari ini berkesempatan melakukan aktiviti riadah santai bersama keluarga di Riverside, Kampung Janda Baik, Pahang.

Aktiviti riadah ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PSSCM Putrajaya serta keluarga. Insya Allah di masa-masa akan datang kami akan anjurkan program hari keluarga besar PSSCM Putrjaya.







Sesekali kita berkumpul dan beriadah sambil menghirup udara segar pasti memberi ketenangan dan bersemangat untuk melakukan aktiviti bersilat. Hubungan kekeluargaan pasti mesra dan rapat maka mudahlah nak adakan aktiviti-aktiviti persatuan.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2020

Wednesday 15 July 2020

Pengambilan Penuntut Baharu Silat Cekak...Jom Silat




Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kelas Latihan Putrajaya sedang mengadakan kempen pengambilan ahli-ahli baharu yang berminat untuk mempelajari Seni Silat Cekak Malaysia.

Kepada warga Putrajaya dan kawasan-kawasan berdekatan dialu-alukan untuk menyertai dan mempelajari ilmu beladiri warisan bangsa Melayu ini. 

Jangan bimbang, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, PSSCM telah mengikuti garis panduan (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi-agensi berkaitan bagi memastikan keadaan keselamatan dan tahap kesihatan para pesilat dipatuhi. 



Ayuh sertai kami sekarang selagi anda berpeluang... bersilat sambil berekreasi dan berinteraksi. 

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik, PSSCM Putrajaya @ 2020