Friday 3 May 2024

PSSCM Putrajaya @ Kursus Pengurusan & Pemantapan Program TUNAS Cekak 2024, USIM


Sabtu, 4 Mei 2024. PSSCM Putrajaya telah menghantar seramai 8 orang wakil menghadiri Majlis Perasmian Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program TUNAS Cekak Peringkat Kebangsaan 2024. Program ini dianjurkan oleh PSSCM dengan kerjasama Jawatankuasa Pro Team PSSCM Universiti Sains Islam Malaysia (PSSCM USIM) Negeri Sembilan. 

Program seharian ini disertai kira-kira 250 orang peserta bertempat di Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan Sains Kegunaan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan. 


Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hassan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut memberi ucaptama adalah Y.Bhg Profesor Dato' Dr  Adnan Mohamed Yusof; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USIM serta YM Guru Utama dan Presiden PSSCM. 

Kursus ini disampaikan oleh Encik Muhammad Ghaznawi bin Zulkarnain dari Komuniti Pembangunan Ko-Kurikulum TUNAS Cekak PSSCM bersama dua orang lagi penceramah jemputan PSSCM; Encik Wan Azhar bin Wan Salim (Bendahari Agong PSSCM) dan Encik Aimanihsan bin Ahmad Tajuddin (Jabatan Pendidikan Sekolah (PSSCM).




Objektif utama kursus ini adalah bagi merialisasikan hasrat YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah melahirkan barisan tutor (jurulatih) untuk melatih dan mengembangkan program Tunas Cekak PSSCM di seluruh negara dengan modul yang seragam.





#TUNASCekak #USIM #SilatCekak #PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2024



Saturday 27 April 2024

Sambutan Aidil Fitri Guru Utama PSSCM 2024 meriah


Seremban, 27 April 2024. PSSCM telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri Guru Utama dan Presiden PSSCM bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban yang dihadiri hampir 2,000 tetamu yang terdiri dari ahli-ahli PSSCM dan keluarga serta para jemputan.



Pelbagai gerai hidangan dan masakan tradisional dari cawangan negeri-negeri dibuka dengan pelbagai juadah disediakan secara gotong royong oleh ahli-ahli PSSCM termasuk menu utamanya nasi minyak dari Dapur Cekak. 


Banyak acara menarik ditampilkan dalam sambutan kali ini antaranya; pertandingan busana tercantik, gerai tercantik, hadiah pertandingan mencipta logo khas Karnival Wajadiri (KWD) 2024, sesi karaoke, demonstrasi Silat Cekak dan kelas Tunas dan sebagainya. Tradisi pemberian duit raya turut diberikan kepada anak-anak di bawah 12 tahun.





AlhamduLillah, semoga majlis Aidil Fitri ini akan lagi mengukuhkan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PSSCM dan masyarakat kita. 

Salam Aidil Fitri, jumpa lagi tahun hadapan.

Kredit foto: Jabatan Penerangan dan FB PSSCM

Disediakan oleh

Unit Media Sosial PSSCM Putrajaya@2024



Monday 11 March 2024

Salam Ramadan 1445H / 2024M dari PSSCM

Salam Ramadan dari kami PSSCM Putrajaya. Semoga segala amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan kita di bulan mulia ini diberkati oleh Allah swt jua.

Sempena bulan penuh keberkatan ini marilah kita mendengar Perutusan Khas Ramadhan Al-Mubarak oleh Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.

Semoga ia menceriakan Ramadhan kita, Insya Allah.

https://fb.watch/qLtGg96vGT/

Ahlan wa sahlan Ramadhan bikum

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya @2024 

Friday 8 March 2024

Majlis Penutup Kursus SMA Sesi 2022/2023 (Sidang ke-5), Ahli-Ahli PSSCM Putrajaya turut serta


Sabtu 9 Mac 2024 Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, N. Sembilan. PSSCM menganjurkan Majlis Penutup Kursus SMA Sesi 2022/2023 (Sidang ke-5) yang selamat dirasmikan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM.

Seramai 90 orang ahli PSSCM yang terdiri daripada peserta SMA, Jurulatih & Penyelia Kajian & Jawatankuasa JKKU serta barisan kepimpinan PSSCM pusat, LPT serta wakil cawangan telah terlibat untuk menjayakan Majlis Tamat Latihan Sijil Menengah Akademik (SMA).


Info Kursus SMA sidang ke-5:

- Dilancarkan pada Sabtu 10 September 2022 di Kelas Latihan Shah Alam. 

- Seramai 71 orang peserta SMA telah mengikuti modul kursus ini sebanyak 15 silibus. 

- Ujian Amali telah dilaksanakan pada 18 November 2023

- Pembentangan akhir kertas kajian akademik (Disertasi) telah dijalankan pada 17 Feb 2024 yang lalu bertempat di Universiti Teknologi Petronas, Perak.

PSSCM Putrajaya turut menyertai program bersejarah ini.



Disediakan oleh;

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya @2024

Thursday 22 February 2024

Silat Cekak @ Festival Restu Global Quranic Arts 2024



Jumaat, 23 Februari 2024 Putrajaya: PSSCM akan berada Festival Restu Global Quranic Arts yang akan diadakan di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14 Putrajaya selama 10 hari dari tarikh 23 Februari hingga 3 Mac 2024 dengan tema: 'Gaya Hidup Islami'. 

Pelbagai acara program akan diadakan termasuk dari PSSCM yang mengadakan persembahan demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia dan demonstrasi silat oleh Tunas Cekak Malaysia. Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan Selawat, Berzanji, Marhaban & Qasidah dari Kumpulan An Ni’matul Uzma. 


Para penonton juga akan menyaksikan pembinaan manuskrip al-Qur’an Mushaf Malaysia dan pelbagai penghasilan seni berteraskan al-Quran dan Sunnah seperti hiasan dalaman Islamik, kaligrafi, kraf tangan dan lain-lain.

Ayuh kita hadiri festival ini. Bawa bersama seisi keluarga dan anak-anak kunjungi booth PSSCM. 




Penganjur utama festival ini Yayasan Restu yang merupakan pelopor terulung pemakmuran al-Quran dan kesenian Islam di Malaysia menyatakan pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung sepanjang festival berlangsung termasuk pameran Jubah melambangkan saiz Nabi Adam AS. 

Selain itu terdapat banyak pengisian program seperti pameran hiasan dalaman rumah Islam, Artifak Rasulullah SAW, koleksi replika pedang para Sahabat RA serta peninggalan yang lain. 

Paling menarik, pengunjung berpeluang untuk turun ke lantai kilang dan melihat proses percetakan secara lebih dekat.

Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari 2024.



#silatmelayu  #silatcekaksilatakademik  #senisilatcekakmalaysia #sememangnyaori #silatcekak #malaysiamadani #putrajaya

#YayasanRestu  #NasyrulQuran #RestuGQAF #QuranLife #QuranicArtsFestival #FestivalSeniAlQuranTerbesar

https://www.facebook.com/yayasanrestu/

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya @2024