Sunday 10 March 2019

PSSCM @ CFD Putrajaya Mac 2019


Ahad 10 Mac 2019. PUTRAJAYA: PSSCM sekali lagi telah diundang oleh Perbadanan Putrajaya untuk menyertai program komuniti sihat dengan mengadakan latihan silat di Dataran Putrajaya, Presint 2 sempena Hari Bebas Kenderaan  atau Car Free Day - CFD bagi bulan Mac 2019.

Penyertaan kali ini amat bersejarah apabila buat pertama kalinya PSSCM diberi peluang untuk mengadakan pameran statik selain mengadakan latihan dan pertunjukan demonstrasi silat di padang tersebut. 




Seramai 22 orang ahli PSSCM dari Kelas Latihan Putrajaya dan ahli Lembah Kelang turut terlibat dalam acara pada pagi hari ini. Khemah PSSCM turut dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Perbadanan Putrajaya dan orang ramai.

Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana mengundang dan memberi kepercayaan kepada PSSCM untuk terlibat sama menjayakan CFD Putrajaya.




















Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2019