Tuesday 21 April 2015

Silat Cekak: Majlis Pelancaran Laman Web PSSCM Putrajaya


Selasa, 21 April 2015: PUTRAJAYA: PSSCM Putrajaya berjaya melancarkan Laman Web PSSCM Putrajaya yang disempurnakan oleh ACP Abdul Razak Abd Majid; OCPD PDRM Putrajaya dihadiri oleh lebih 220 ahli PSSCM, Wakil-wakil Penduduk serta Agensi Kerajaan di Putrajaya di Auditarium 1 Pusat Komuniti Presint 16 Putrajaya.


Pelancaran laman web ini merupakan satu inovasi dan transformasi PSSCM Kelas Latihan Putrajaya di dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan perkembangan Seni Silat Cekak Malaysia kepada masyarakat umum khususnya di Putrajaya. 



Pelancaran ini juga merupakan susulan kelulusan YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM pada 9 Februari 2015 di Hotel Everly, Putrajaya terhadap kertas kerja Pembangunan PSSCM Putrajaya. 

Tradisi dan moden tidak berpisah...Aksi pesilat Cekak mempamerkan ketangkasan ilmu Silat Cekak

Susuan dari keputusan tersebut, sebuah Mesyuarat Khas PSSCM KLP pada 13 Februari 2015 bertepat di Presint 17, Putrajaya telah sebulat suara menubuhkan sebuah unit baru dalam PSSCM KL Putrajaya iaitu Biro Media Sosial dan Publisiti. 


Peranan unit ini adalah bagi menyebarkan segala maklumat berkaitan perkembangan PSSCM KL Putrajaya melalui segala aplikasi media baru seperti web, facebook, twitter, instagram, blogspot, whatsapp, telegram dan sebagainya.




Foto dan maklumat lanjut sila layari: 

Disediakan oleh:

Unit Media PSSCM Putrajaya@2015