Sunday 14 August 2022

PSSCM Putrajaya @ Pertandingan 1Sekolah 1Silat Wilayah Persekutuan Putrajaya


13 Ogos 2022, Sabtu; Putrajaya, PSSCM Kelas Latihan Putrajaya turut terlibat sebagai jawatankuasa sekretariat menjayakan Program Kejohanan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. 


Pertandingan ini adalah bagi kategori remaja sekolah-sekolah menengah sekitar Putrajaya yang turut disertai lebih 100 orang pelajar dari pertubuhan-pertubuhan seni silat Melayu silat di sekitar Putrajaya.  Program selama 2 hari ini ditaja oleh Yayasan Bank Rakyat telah dirasmikan oleh Presiden PESAKA Putrajaya; YBhg. Senator Datuk Seri Khairuddin E.S Abd Samad. Turut hadir adalah wakil-wakil dari badan pendiri PESAKA Putrajaya; PSSCM, PSSGM, PSSLM, PSGFM dan sebagainya.




Pertandingan ini merupakan program yang bertujuan menyemarakkan kegiatan ilmu persilatan Melayu dalam kalangan remaja dan belia di Putrajaya dan merupakan antara aktiviti utama dalam kalendar tahunan PESAKA di Putrajaya. 

Insya Allah tahun depan kita buat lebih meriah lagi ... PSSCM Putrajaya kami sentiasa bersedia!!!








#PESAKAPutrajaya #PESAKAKL #PESAKA #Putrajaya #1sekolah1silat #Silat #Melayu

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2022.