Saturday 17 June 2023

Logo Terkini Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

 


PSSCM telah memperkenalkan logo berwajah baharu melalui pindaan Fasal 23: Perlembagaan PSSCM Bendera, Logo dan Lambang PSSCM semasa Mesyuarat Agung Perwakilan ke 51 (MAP 51) PSSCM yang telah diadakan pada 17 Jun 2023 bersamaan 28 Zulkaedah 1444 H bertempat di Bangunan Silat Cekak, Sentul Kuala Lumpur secara hibrid menggunakan aplikasi Zoom.




Keputusan ini mendapat sokongan sebulat suara 273 orang para perwakilan PSSCM dari seluruh negeri dan digazetkan sebagai logo rasmi PSSCM.



Antara pindaan Perlembagaan adalah Fasal 23.6 yang menyatakan bahawa PSSCM adalah pemilik mutlak Silat Cekak di Malaysia yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad pada 28 Disember 1965 bersamaan 5 Ramadhan 1365H.    

Logo PSSCM sebelum pindaan Fasal 23.2.6 Perlembagaan PSSCM

Logo terbaharu PSSCM 2023 berdasarkan Perlembagaan PSSCM


AlhamduLillah PSSCM merupakan sebuah persatuan persilatan Melayu yang mempunyai perjalanan sejarah yang lengkap dan tidak terputus dari sudut nasab sejarah, keturunan, perguruan dan persilatan sejak dibawa oleh Almarhum Laksamana Wan Ismail bin Laksamana Wan Muhammad Long bin Laksamana Wan Johan bin Laksamana Wan Kusai pada abad ke 17.

Kini PSSCM telah dinaungi oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman. 

Baginda adalah kerabat diraja berasal dari sanad keturunan Laksamana Wan Ismail ini. Bukan calang-calang Laksamana Wan Ismail ni. Semua maklumat diperolehi melalui kajian akademik yang terperinci.

Sumber; Buku Laporan Tahunan 2022 Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM kali ke 51, 17 Jun 2023 hlm 3 

Daulat Tuanku. Semoga Allah swt merahmati pemerintahan KDYMM Tuanku.




Kredit gambar: Jabatan Penerangan PSSCM 

#silatcekak #silatmelayu #Kedah #kedahdarulaman #daulattuanku #jkkn @mysenibudaya


Disediakan oleh: PSSCM Putrajaya @2023


No comments:

Post a Comment