Sunday 25 August 2019

Alhamdulillah penyertaan PSSCM Putrajaya @ #KWD9, UNISEL berbaloi!


Sabtu, 24 Ogos 2019: UNISEL Selangor. AlhamduLillah penyertaan pasukan PSSCM Putrajaya mewakili kelas Ibu Pejabat ke Kejohanan Wajadiri ke 9 (KWD9) di UNISEL, Bestari Jaya Selangor pada tahun ini berbaloi apabila memenangi masing-masing tempat ke Lima dalam kategori Dua dan Tiga. 


KWD kali ini disertai oleh lebih 800 orang pesilat sebagai peserta mewakili 68 pasukan terdiri dari 14 cawangan-cawangan PSSCM Negeri, 41 buah dari Institusi-institusi pengajian tinggi seluruh negara dan 13 pasukan dari 9 buah sekolah yang bertanding. Lebih 500 orang penyokong dari pasukan masing-masing turut menghadiri kejohanan berprestij PSSCM ini. 


Gaya persembahan 'ganas para penjahat" untuk menyerang hero pesilat Silat Cekak

Acara berbentuk kesukanan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru pesilat selain membentuk para pesilat yang berdisiplin dengan semangat kesukanan yang tinggi. Ia juga menjadi medan untuk mengukuhkan silaturahim di kalangan para pesilat dari seluruh negara.

Sebelum itu majlis promosi telah diadakan di Bangunan Sri Pentas TV3 disempurnakan oleh Pengarah Urusan Media Prima Y.Bhg Dato' Manja Ismail pada 22 Ogos 2019.





Liputan mengenai promosi tersebut boleh dilayari di Buletin Utama TV3;

https://www.youtube.com/watch?v=3RALRE_i_ck&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1QZLRNnfJRM2kO46WYw5nIw0xQH786e_s9mhoZEdyanKbf0Mpkn8IWnQQ

Pada kejohanan ini buat pertama kali didendangkan lagu rasmi kejohanan KWD PSSCM. Layari;

https://www.youtube.com/watch?v=uIFhhxHY9sg

Pasukan Putera USM Kelantan dan Puteri PSSCM UPSI diumumkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori IPT manakala pasukan PSSCM Negeri Sembilan juara bagi kategori Negeri. YMDGU turut mengisytiharkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu sebagai tuan rumah bagi #KWD10 pada 2021 akan datang.  

Liputan-liputan program #KWD9 oleh TV3 dan TV9 seperti link di bawah;



Foto-foto menarik















Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2019

Friday 16 August 2019

Program santai latihan pra KWD9 PSSCM Putrajaya


Jumaat, 17 Ogos 2019: PSSCM Putrajaya berjaya mengadakan satu program santai ukhwah dan latihan pra #KWD9. Seramai 17 orang ahli PSSCM KL Putrajaya terlibat dalam program ini. 

Pada tahun ini PSSCM KL Putrajaya telah diberikan amanah untuk mewakili PSSCM Ibu Pejabat. Insya Allah kami bersedia memberi saingan hebat kepada pasukan-pasukan dari negeri-negeri lain. 




Program santai ini merupakan medium untuk ahli-ahli PSSCM terutamanya dalam kalangan peserta KWD untuk merapatkan hubungan, berbincang strategi serta memperkemaskan latihan bagi menghadapi KWD akan datang. 

Program ini juga merupakan sebuah tradisi yang dilakukan setiap kali menjelang KWD.

Pada kejohanan-kejohanan KWD 7 di UiTM Jengka dan KWD 8 di UiTM Permatang Pauh yang lalu, Tim KWD PSSCM KL Putrajaya telah berjaya merangkul tempat kedua dan ketiga pertandingan persembahan pasukan terbaik. 














Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2019

Monday 12 August 2019

Majlis Qurban Komuniti, PSSCM Putrajaya turut menabur bakti


Isnin, 12 Ogos 2019. Seramai 6 orang ahli PSSCM Putrajaya terlibat dalam Majlis Qurban anjuran Badan Kebajikan Penduduk (BAKEP) Blok 4D, Fasa 4 Presint 9, Putrajaya. Ini merupakan sebahagian dari sumbangan khidmat bakti komuniti PSSCM Putrajaya bersama penduduk bergotong royong melapah dan memasak daging korban.

Majlis ini turut disertai kaum ibu yang turut memasak dan mengagihkan daging-daging korban. 

Semoga khidmat bakti ini akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara PSSCM dan komuniti setempat.

Insya Allah tahun depan kita bekerjasama lagi, insya Allah.

Foto-foto ;






















Di sebelah tengaharinya pula ahli-ahli PSSCM Putrajaya turut menghadiri majlis qurban anjuran YMDGU di Keramat AU dan kediaman beliau di Hulu Kelang.





 

 




Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2019