Saturday 27 April 2019

Program Tahlil dan Doa Selamat Menyambut Ramadhan PSSCM Putrajaya


Sabtu, 27 April 2019: PUTRAJAYA: PSSCM Putrajaya telah mengadakan satu majlis tahlil ringkas dan kenduri doa selamat sempena kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 20 orang ahli PSSCM dan keluarga juga bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan ahli PSSCM dan keluarga tim Putrajaya di dalam sebuah program kerohanian.

Selamat Menyambut Ramadhan 1440H in advance dari kami PSSCM Putrajaya.

















Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2019

Saturday 20 April 2019

Tim Putrajaya @Majlis Makan Malam PSSCM Ibu Pejabat 2019


Sabtu, 20 April 2019. SEREMBAN: Seramai 15 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri Majlis Makan Malam PSSCM Ibu Pejabat. Majlis diadakan di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban berjaya menghimpunkan hampir 400 orang ahli PSSCM dari pelbagai kelas di Lembah Kelang dan Selangor. 

YMDGU di dalam perasmian telah memberikan amanat agar ahli-ahli PSSCM bersatu padu dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Ini kerana perjuangan Silat Cekak sejak diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad hingga kini berusaha membangunkan modal insan, mempertahankan prinsip maqasid syariah dan menjadi rahmat kepada umat Melayu-Islam, rakyat dan negara Malaysia sesuai dengan prinsip rahmatan lil alamin.   




YMDGU juga menyeru agar ahli-ahli dapat terus memberikan sokongan padu kepada aktiviti-aktiviti PSSCM agar dapat bersama-sama membangunkan ilmu silat dan warisan bangsa ini.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah malam.




Proses menukar banner untuk acara malam ini oleh krew dari PSSCM Negeri Sembilan








#silatcekak #putrajaya

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2019

Saturday 6 April 2019

PSSCM Putrajaya @Car Free Day (CFD) April 2019


Ahad, 7 April 2019...Car Free Day (CFD) Putrajaya Mac 2019 turut disertai oleh seramai 10 orang ahli PSSCM Putrajaya yang mengadakan latihan santai bulanan. Mana yang tak berlatih silat tu joint tarian berzumba. 













Walaupun tak ramai hari ni sebab banyak program PSSCM di sekitar Lembah Kelang, tapi komitmen PSSCM Putrajaya tetap diberikan sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada program CFD anjuran Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini. 

Insya Allah kita jumpa lagi CFD bulan Mei nanti.

#perbadananputrajaya #putrajaya #silatcekak #carfreeday

Disediakan oleh;

Unit Persilatan dan Demonstrasi PSSCM Putrajaya

Wednesday 3 April 2019

Program Sambutan Israk Mikraj PSSCM Ibu Pejabat 2019


Rabu, 3 April 2019: Gombak.Seramai 6 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri Program Sambutan Israk Mikraj PSSCM Lembah Kelang yang diadakan di Surau Sekolah Menengah Setia Budi, Gombak. 

Program ini dihadiri oleh YMDGU dan barisan Jawatankuasa PSSCM serta hampir 400 ahli PSSCM dari kelas-kelas Ibu Pejabat dan Selangor.



Majlis dimulakan dengan solat maghrib dan Isyak serta selawat badriyah. Tazkirah bertajuk "Sebuah Perjalanan Agung" telah disampaikan oleh Al Ustaz Mohd Rosli bin Jamaudin; Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Merbok Kedah.  

Terima kasih atas kehadiran ahli PSSCM yang ramai...syukur AlhamduLillah. 

Foto-foto menarik:














Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2019