Friday 25 January 2019

Latihan Bersama PSSCM Kelas Ibu Pejabat Pra Putrajaya Car Free Day


Jumaat, 25 Jan 2019. Dataran Putrajaya: lebih 70 orang pesilat PSSCM telah menjayakan Latihan Bersama PSSCM Kelas-Kelas Ibu Pejabat anjuran PSSCM Putrajaya. 

Latihan ini sebagai persediaan demonstrasi Silat Cekak sempena Putrajaya Car Free Day yang akan dijayakan pada 3 Feb. 2019 nanti. 










Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih Perbadanan Putrajaya kerana mengizinkan kami berlatih di dataran ini.

Promo...jom kita sertai Car Free Day Putrajaya, 3 Februari 2019...jumpa di sana!!!


Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2019

Monday 21 January 2019

Perkhemahan Santai Famili PSSCM Putrajaya 1.0 @Wetland, Putrajaya


Ahad, 20 Jan. 2019: Perkhemahan Santai Famili PSSCM Putrajaya @ Wetland, Putrajaya 1.0v. Seramai 13 orang peserta dan ahli keluarga menyertai program santai ini. 

Aktiviti dimulakan dengan memasang khemah-khemah peserta dan menyediakan juadah makan malam yang disediakan secara potluck, sebab tak boleh memasak di kawasan perkhemahan ini.

Yuran dikenakan hanya sekitar RM25.00 sekepala bagi group yang kurang dari 20 orang dan hanya RM20.00 untuk group melebihi 20 orang beserta sedikit deposit untuk tempoh berkhemah selama 72 jam. Tapi khemah bawa sendiri bersama peralatan perkhemahan dan keperluan diri yang lain, pihak taman tak sediakan.





Malamnya aktiviti makan-makan dan sembang-sembang. Best suasana tenang dan mendamaikan macam tak percaya ada camp site besar di Putrajaya ni. Cuma kat sini tak de la air sungai atau air terjun untuk mandi dan berenang-renang. Tapi kalau nak berguling-guling kat padang memang luas.

Keesokkan harinya kami berjogging di kawasan sekitar dan berkemas pulang pada jam 10.00 pagi. 

AlhamduLillah misi kami untuk mengukuhkan silaturrahim dengan cara rekreasi santai sesama ahli keluarga Silat Cekak Malaysia Putrajaya berjaya.    

Fasiliti yang disediakan Perbadanan Putrajaya di sini memang terbaik dan selesa. Memang best ada surau, toilet lelaki dan perempuan boleh mandi dan selamat kerana ada Pak Guard ronda dan kawal. 

Insya Allah kami akan datang lagi. Tunggu versi 2.0 pula...

#Putrajaya #PerbadananPutrajaya #silatcekak #camping #psscm #komuniti #wetland

Foto-foto menarik:

























Insya Allah kita akan berkhemah lagi nanti...

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2019

Friday 18 January 2019

2 orang ahli Putrajaya jalani Ujian Sijil Rendah PSSCM


Jumaat 18 Januari 2019:  Seramai 2 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menjalani Ujian Sijil Rendah PSSCM (Teori). Ujian secara online ini mengambil masa 2 jam yang menguji kefahaman penuntut terhadap Seni Silat Cekak Malaysia.

Para penuntut tersebut telahpun melalui ujian secara praktikal iaitu kemahiran bersilat. Insya Allah mereka akan menerima Sijil Rendah PSSCM semasa Konvokesyen PSSCM pada bulan Jun nanti. 







Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2019

Wednesday 9 January 2019

Persembahan PSSCM @ Program JCAE anjuran MMU


Rabu, 9 Januari 2019. PSSCM Putrajaya dan Kelas Latihan Ibu Pejabat telah diundang untuk mengadakan demonstrasi persembahan silat sempena pembukaan program pembentangan Journal of Contemporary Accounting and Economics (JCAE) atau Simposium Tahunan Jurnal Perakaunan dan Ekonomi.

Program tahunan ini dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya bertempat di Hotel Everlyn,  Presint 1, Putrajaya.




Pihak MMU telah berbesar hati mengundang pihak PSSCM untuk memeriahkan majlis perasmian simposium berkenaan. Dalam persembahan ini seramai 12 orang ahli PSCM telah terlibat memberikan persembahan memukau hadirin.  


Tahniah diucapkan kepada ahli PSSCM yang terlibat. Terima kasih MMU kerana mengundang kami. 

Disediakan oleh;

Unit Persembahan dan Demostrasi PSSCM Putrajaya @2019