Sunday 28 March 2021

Forum Maya Siri 4 PSSCM: Peranan Rukun Negara Dalam Pembentukan Negara & Perpaduan Bangsa


Ahad, 28 Mac 2021. PSSCM telah menganjurkan sebuah forum maya yang bertajuk; Peranan Rukun Negara dan Perpaduan Bangsa dengan kehadiran dua orang panelis yang pakar dengan bidang masing-masing. Mereka ialah YBhg Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Johor dan YBhg Prof Datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz; Penyandang Kursi -Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM.



Moderator PSSCM ialah Tuan Mohd Zaini Marzuki; Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM & Peguam Tetuan Aznur Mazwin & Associates.

Forum maya melalui aplikasi Fb Live dan Youtube ini terbuka kepada orang ramai yang telah disertai seramai  21,000 orang.



Ini merupakan forum yang dianjurkan oleh PSSCM secara maya kali ke 4 bagi menyemarakkan lagi Sambutan 55 Tahun PSSCM dilaksanakan sesuai dengan persekitaran semasa di kala negara kita dilanda wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




Hakikatnya program yang dilakukan oleh PSSCM ini bersesuaian dan selari dengan dasar semasa kerajaan iaitu Dasar Perpaduan Negara yang menekan tiga aspek utama iaitu;

1. Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; 

2. Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab; serta 

3.Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Ia juga bersesuaian dengan realiti bahawa masyarakat negara ini bersifat majmuk yang terdiri dari pelbagai latar belakang pegangan agama, pengenalan bangsa serta budaya. Justeru usaha memupuk perpaduan perlu dilaksanakan dengan gadingan usaha kerajaan, swasta, NGO dan individu selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar lain yang berkuat kuasa.

Dasar ini berkuatkuasa dalam tempoh sedekad melalui Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030.


Disediakan

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021