Friday 23 June 2017

Salam Aidil Fitri dari kami PSSCM Putrajaya


Alhamdulillah kita telah berjaya menjalani ibadah Ramadhan dengan sempurna. Maka esok Sabtu, 24 Jun 2017 kita akan menyambut Aidil Fitri. Semoga Allah swt memberkati ibadah kita serta perjuangan PSSCM di seluruh negara. 

Amin-amin ya Allah

Saksikanlah rakaman video ceria dan santai PSSCM Putrajaya sempena Aidil Fitri 2017.





ikuti juga Ucapan Aidil Fitri oleh YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM di;

https://youtu.be/zqfdxBHE5zE

Saturday 17 June 2017

Program Berbuka Puasa PSSCM Putrajaya 2017...


Sabtu, 17 Jun 2017...PSSCM Putrajaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan rakaman ucapan Aidil Fitri 2017 @Presint 8, Putrajaya. AlhamduLillah lebih 40 orang ahli PSSCM Kelas Latihan Putrajaya, Sg Besi dan Serdang menghadiri program tahunan ini yang turut dihadiri jiran tetangga berdekatan.

Semua juadah disediakan secara potluck oleh ahli-ahli yang hadir. Semoga program ini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli PSSCM dengan komuniti setempat. Syabas dan terima kasih atas segala kerjasama semua. Tahun depan Insya Allah kita anjurkan lagi...

Koleksi foto...

















Wednesday 14 June 2017

PSSCM Putrajaya @Program Berbuka Puasa MAROZ Tailoring


Rabu, 14 Jun 2017...PSSCM Putrajaya telah menyertai Majlis Iftar Ramadhan dan Pelancaran Jualan Amal Aidil Fitri oleh Maroz Tailoring di PWTC. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli PSSCM dan kakitangan Maroz. 







Sunday 11 June 2017

PSSCM Putrajaya @Program Nuzul Quran PSSCM 1438H


Ahad, 11 Jun 2017...Program Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih anjuran PSSCM. Syukur lebih 200 orang ahli PSSCM hadir ke program tahunan ini yang diadakan di Sekolah Antarabangsa Setiabudi , Gombak Selangor. PSSCM Putrajaya turut serta memeriahkan program ini.


Program dimulakan dengan tadarus Al Quran oleh para peserta yang terdiri dari mahasiswa-mahasiswi IPTA dari UIAM dan ahli-ahli PSSCM Ibu Pejabat. Selepas selesai solat tarawih dan witir, satu tazkirah Nuzul Quran telah disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Rosli Jamaluddin dari PSSCM Cawangan Kedah. 













Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim dan memberikan keberkatan ilmu kepada kita semua. Insya Allah tahun depan PSSCM akan menganjurkan lagi program keagamaan sebegini.

Selamat meneruskan ibadah Ramadhan.  

Monday 5 June 2017

Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama NGO@Putrajaya



Isnin, 5 Jun 2017...Seramai 30 ahli PSSCM telah diundang untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri;  YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana Presint 10 Putrajaya. 


Majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang tetamu ini turut disertai oleh pelbagai wakil agensi kerajaan, NGO's dan wakil-wakil persatuan komuniti Putrajaya termasuk delegasi dari PSSCM Putrajaya. Tetamu yang ramai ini menggambarkan semangat muhibbah di kalangan rakyat Malaysia dan dapat menghidupkan tradisi hormat-menghormati antara rakyat dengan pemimpin.




Program Iftar bersama YAB PM ini merupakan tradisi tahunan yang sering disertai oleh PSSCM sebagai sebuah pertubuhan komuniti yang bersama-sama terlibat di dalam membangunkan ummah dan masyarakat menerusi wadah persilatan dan kebudayaan Melayu-Islam di negara ini.   



YAB PM turut menerima sebuah cenderahati dari YM Datuk Guru Utama mewakili PSSCM









Semoga program sebegini dapat mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap penglibatan PSSCM di dalam program-program pembangunan komuniti dan kebudayaan di negara kita.

Syabas dan tahniah kepada delegasi PSSCM yang menghadiri dan memeriahkan program sebegini. Insya Allah kita berjumpa lagi tahun depan. Orang jemput kita datang dengan hati yang senang...