Monday 29 August 2016

Kelas Latihan PSSCM, Isnin 29 Ogos 2016



Isnin 29 Ogos 2016: Kelas latihan Silat Cekak malam ini. Meriah beb joint PSSCM ni berlatih ramai-ramai.

Saturday 27 August 2016

Sesi bermain badminton santai-santai PSSCM Putrajaya-Sg Besi




Sabtu, 27 Ogos 2016 Aktiviti santai PSSCM main badminton @Presint 5 Putrajaya gabungan kelas latihan Putrajaya dan Sg Besi. Bersilat dan bersukan merapatkan ukhwah

Koreografi Tim Busana PSSCM Putrajaya...santai-santai


Sabtu 27 Ogos 2016...sesi latihan fotografi para koreografer menjayakan aksi silat tempur @ Presint 11 Putrajaya oleh Tim Busana PSSCM KL Putrajaya.

Monday 22 August 2016

Kelas Silat Cekak 22 Ogos 2016



Isnin 22 Ogos 2016: Kelas Latihan silat malam ini ...sambil-sambil berlatih untuk KWD 2016 @ UiTM Pahang yang akan datang nanti ...Rajin belajar asas kemahiran



Sunday 21 August 2016

Silat Cekak: Kelas Menganyam Ketupat PSSCM Putrajaya...sungguh nostalgik!!!


Ahad 21 Ogos 2016: Keceriaan ahli-ahli PSSCM KL Putrajaya mengikuti kelas menganyam ketupat dengan suasana kampung. Masing-masing nak tunjuk skill yang hebat meskipun pada mulanya agak sukar untuk menganyam. Tapi lama-kelamaan berjaya juga. Tahniah budaya dan masakan tradisi tidak dilupakan...

Berkumpul dan bersembang sambil menganyam ketupat...teringat nostalgia zaman kanak-kanak di kampung dahulu 

Ambil gambar jadi kenangan...

Sentuan klasik....

Tadaaaa....inilah hasilnya

Wednesday 17 August 2016

Silat Cekak: Program bersama YMDGU PSSCM



Rabu, 17 Ogos 2016 - Program bersama YMDGU PSSCM @ Jln Kent, Kuala Lumpur.  Program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang dan Putrajaya. Sambil-sambil melepak di kedai makan @Keramat yang sungguh nostalgia kepada perkembangan PSSCM di Kuala Lumpur.


Silat Cekak: Program Ziarah PSSCM Putrajaya ke IKN Putrajaya


Rabu 17 Ogos 2016: Ahli-ahli PSSCM KL Putrajaya melawat rakan Tenaga Pengajar PSSCM MMU Cyberjaya @ Institut Kanser Negara Putrajaya. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan silaturrahim

Tuesday 16 August 2016

Silat Cekak: Kelas Silat @ kelas makan durian???


Selasa 16hb Ogos 2016: Kelas latihan hari ni sangat istimewa...lepas peluh berlatih silat kita berpeluh makan durian dan rambutan import khas dari Pahang. Juga bubur durian yang enak resepi khas dari negeri Perak. Syukur AlhamduLillah rezeki Allah. 



Saturday 13 August 2016

Silat Cekak: Program Santai Pra Pertandingan Bowling krew Protokol dan Istiadat PSSCM


Sabtu, 13 Ogos 2017....Program santai main bowling bersama antara ahli-ahli PSSCM KL Putrajaya dan PSSCM KL Sg Besi@Alamanda, Putrajaya. Berlatih skill untuk kejohanan bowling yang bakal diadakan tak lama lagi antara kelas-kelas latihan PSSCM Lembah Kelang... 


Time silat kita bersilat, time bowling kita hayun.


Tuesday 9 August 2016

Silat Cekak: Sesi lepaking lepas kelas latihan...jom minum-minum


Selasa 9 Ogos 1.30 pagi...Lepaking minum-minum mengeratkan persahabatan dan menyusun gerak kerja PSSCM KL Putrajaya lepas kelas latihan silat.

Silat Cekak: Kelas Latihan PSSCM Selasa 9 Ogos 2016


Selasa 9 Ogos 2016....kelas silat malam ni...sesi sembang santai dan kongsi cerita lepas latihan. Alhadulillah pertemuan dan latihan mengeratkan persaudaraan Secekak.

Saturday 6 August 2016

Silat Cekak: Program Kembara Ilmu ke Melaka 2016


Sabtu, 6 Ogos 2016... Program kembara mencari ilmu ke Pengkalan Balak, Melaka berjumpa tokoh dan pemimpin PSSCM Melaka sambil-sambil berkelah dan mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah program santai sebegini dapat mengeratkan persaudaraan di kalangan ahli PSSCM Putrajaya dan PSSCM Melaka. Kita Sehati dan Sejiwa...




Tuesday 2 August 2016

Silat Cekak: Latihan Silat Cekak dan taklimat persediaan KWD 2016


Selasa, 2 Ogos 2016: Latihan malam tadi...taklimat persediaan awal untuk KWD 2016 @ UiTM Jengka. Insya Allah kita akan membuat prsediaan dan memberikan komiten untuk kejayaan tim Putrajaya.



Monday 1 August 2016

Silat Cekak: Kelas Latihan PSSCM 1 Ogos 2016...


Kelas Isnin 1 Ogos 2016...lepak-lepak sembang-sembang sambil pekena biskut raya lepas tamat kelas. Alhamdulillah suasana Syawal terasa juga dengan kuih-kuih raya dan paling best dapat Sijil Penyertaan Explorace PSSCM 2016...

Sijil Penyertaan Explorace PSSCM 2016@Ipoh