Thursday 30 April 2020

Selamat Hari Pekerja 2020 dari PSSCM Putrajaya



PSSCM Kelas Latihan Putrajaya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2020 kepada semua pekerja di negara ini khususnya kepada seluruh warga pekerja di Putrajaya.

Pekerja adalah pemacu kepada pembangunan ekonomi negara. Namun tatkala menghadapi wabak COVID-19 diharapkan semoga kita sentiasa bertabah dalam menghadapi ujian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.


#55tahunsilatcekak #55tahunsilatcekakmalaysia #silatcekak #putrajaya  

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020 

Wednesday 22 April 2020

Salam Ramadhan Al Mubarak dari PSSCM Kelas Latihan Putrajaya



Salam Ramadhan Al Mubarak 2020

Dari kami PSSCM Putrajaya.

Semoga kekal ceria dan dikurniakan rahmat, keberkatan serta keampunan dari Allah swt.

#stayathome #putrajaya #silatcekak #silatcekakmalaysia #perbadananputrajaya #kitajagakita

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020

Friday 17 April 2020

6 hari lagi menjelang Ramadhan 2020 @ Poster PSSCM Putrajaya



Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita dari wabak penyakit, bala bencana, mara bahaya, kepapaan dan kekufuran. Dan diberikan kita dengan keberkatan ilmu, iman dan amalan yang diberkati. 

Marhaban ya Ramadhan.

Ingatan tulus ikhlas kami dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Kelas Latihan Putrajaya.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020   

Monday 13 April 2020

10 Hari Menjelang Ramadhan 2020



Menjelang 10 hari lagi Ramadhan 2020. PSSCM Kelas Latihan Putrajaya ingin mengucapkan Marhaban ya Ramadhan Bikum. Semoga kedatangan Ramadhan yang kian menjelma, Allah swt terus melindungi kita sekeluarga dari wabak bencana COVID 19 yang melanda. 

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020 ini, kekalkan duduk dirumah, sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan. Jangan putus beribadah dan memohon kepada Allah swt akan keselamatan dan keberkatan dalam amalan hidup kita sekeluarga.  Amiin ya Rabbal Alamiin.


Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2020

Thursday 9 April 2020

Tahniah dari PSSCM: Rawatan Kesihatan Malaysia Terbaik di Dunia



MALAYSIA RANKED NUMBER 1 FOR HAVING WORLD'S BEST HEALTHCARE CATEGORY IN 2019!
Benar, pengiktirafan ini diperolehi pada tahun 2019 sepertimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar The Star bertarikh 7hb Februari 2019 seperti di pautan berikut:
Pengiktirafan ini kembali dilaporkan di dalam segmen Buletin Utama, semalam, bertarikh 8hb April 2020.
Walaupun pengiktirafan ini diterima pada tahun 2019, tetapi apa yang boleh kita saksikan sendiri KINI, bagaimana #kkm menguruskan, menangani serta mengawal selia wabak Covid19 ini, 
Terbukti, KKM sememangnya layak menerima pengiktirafan ini!
"They walk the talk!".
Justeru, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah memberikan sokongan kepada mereka. Jika tidak mampu bekerja bagaimana mereka bekerja, maka kita pastikan kita akur akan segala arahan yang dikeluarkan.
Dengan cara ini, kita mampu memutuskan rantaian wabak ini dan secara tidak langsung, kita telah menghulurkan bantuan yang sangat besar buat frontliner kita.
Semoga KKM boleh meneruskan konsistensi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat.
Dan kita berharap agar wabak ini dapat segera dibendung, agar kita semua boleh menikmati kehidupan seperti biasa.
Syabas dan Tahniah buat warga KKM, dari kami, seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia!

Tuesday 7 April 2020

Poster: Doa PSSCM Putrajaya #COVID19



Kami warga PSSCM Putrajaya turut mendoakan agar ahli-ahli PSSCM serta komuniti Putrajaya sentiasa dilindungi oleh Allah swt dari terjangkit dengan penularan wabak COVID 19 yang sedang melanda negara kita.

Kami warga PSSCM turut menyambut seruan dari kerajaan Malaysia dan YMDGU PSSCM agar tetap berada di rumah dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dari masa ke masa bagi mencegah penularan wabak ini.



Semoga Allah s.w.t. memberkati doa kita. Amiin ya Rabbal Alamin.


Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2020