Sunday 26 November 2017

Kembara Santai Cuti Sekolah PSSCM Putrajaya@Bentong, Pahang


Ahad, 26 November 2017...Kembara santai famili PSSCM Putrajaya kali ni ke Bentong Pahang. Bermula dengan mandi sungai di Riverside, Janda Baik hingga mendaki ke Japanese Village dan The Colmar, Bukit Tinggi.






Misi kembara kali ini berjaya dilaksanakan walaupun cuaca mendung tetap kami redah dan AlhamduLillah sempat juga mandi sungai, memasak makanan tengahari dan meneruskan kembara ke Bukit Tinggi.





Aktiviti riadah dan rekreasi bersama keluarga di musim cuti sekolah ini memang menyeronokkan. Selain dapat meluaskan pengalaman dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan ahli-ahli Secekak dan Se Putrajaya.





Yang lebih penting kita dapat mempelbagaikan aktiviti persatuan...tidak sekadar berlatih silat dan berdemonstrasi silat saja. Minda mesti terbuka dan perlu mencipta suasana ceria sentiasa, baru kita bersemangat dan bertenaga untuk bekerja dan berjuang.



Apalagi... jom sertai kami di PSSCM Putrajaya...macam-macam ada...yang penting hidup mesti ceria!!! 





Jom di masa hadapan ke mana pula destinasi kita?

Hakcipta @ Media PSSCM Putrajaya

Saturday 25 November 2017

Wakil PSSCM Putrajaya Hadiri Program IKSIM Putrajaya


Sabtu, 25 November 2017...Wakil PSSCM Putrajaya dan sekitar Lembah Kelang telah menghadiri siri Syarahan Umum dan perkongsian ilmu oleh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). Program diadakan di Dewan IKSIM sempena perasmian bangunan pentadbiran IKSIM di Lot Komersial Nadi, Presint 15 Putrajaya.


Program sepagi ini telah dihadiri oleh kira-kira 150 orang tetamu terdiri dari wakil pelbagai NGO, persatuan penduduk dan agensi kerajaan di sekitar Putrajaya turut mendapat liputan dari media-media massa termasuk dari RTM dan TV9.



Ceramah telah disampaikan oleh Syaikh Dr Muhammad bin Yahya Al-Husayn An-Ninowy yang membicarakan tentang kepentingan menjaga syariat Islam dan mengekalkan perpaduan di dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

Syabas dan tahniah IKSIM...berjuang demi agama, bangsa dan negara.






Image may contain: 10 people, people sitting and indoor







Hakcipta @ Berita Media PSSCM Putrajaya.

Sunday 19 November 2017

PSSCM dan PESAKA di Putrajaya


PSSCM Putrajaya merupakan sebuah badan NGO dan pertubuhan komuniti yang bergiat aktif di Putrajaya dalam membangunkan seni persilatan Melayu. Persatuan silat ini merupakan salah sebuah badan pendiri utama kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Malaysia dan Putrajaya. 

Image result for pesaka putrajaya

PSSCM turut terlibat di dalam penubuhan PESAKA Putrajaya pada 22 Februari 2015 yang diadakan di Dewan Auditorium Komuniti Presint 16, Putrajaya serta dirasmikan oleh YB Datuk Wira Ali bin Rostam.

Photo:

Photo:

Majlis pelancaran ini telah dihadiri kira-kira 250 ahli gabungan PESAKA Malaysia yang terdiri dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) , Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) dan Pertubuhan Seni Gayong Fatani Malaysia (PSGFM) serta badan-badan silat yang lain. 

Related image

Sebagai badan pendiri PESAKA Putrajaya, PSSCM terlibat aktif dalam membangunkan kegiatan seni silat dengan turut menjadi pelaksana utama Program 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 


PSSCM mula bertapak di Putrajaya pada 15 Januari 2011 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan  Putrajaya Presint 9 (2) di bawah Program 1S1S pada 11 April 2017. 

Program Santai Mandi Sungai Kuala Wok, Tapah, Perak


Ahad, 19 November 2017...Kembara santai PSSCM Putrajaya diteruskan dengan program bermandi-manda di Sungai Kuala Wok, Tapah Perak. Air sungai yang mengalir jernih dan segar dari kaki Gunung Brincang dan Tanah Rata, Cameron Highland ini amat menyejukkan. 




Terasa begitu tenang dan santai bersama keluarga serta rakan-rakan seperjuangan. Sememangnya aktiviti riadah sebegini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan PSSCM Putrajaya dan membuktikan bahawa Silat Cekak tidak sekadar bersilat semata-mata.


Rama-rama spesis King Rajah pun banyak di beting-beting pasir di sungai ini.

Banyak aktiviti dan program boleh dilakukan asalkan ada kemahuan... hendak atau tak hendak buat asalkan ianya tidak lari dari matlamat PSSCM iaitu Bersama dan Bersatu.   




So memang best tempat ni kalau adakan aktiviti BBQ, camping, memancing selain mandi sungai bersama keluarga dan sahabat handai...tak rugi beb. Apalagi mai ler ke Hutan Lipur Kuala Wok, Tapah ni...tak rugi!!! 







Lepas mandi jangan lupa pekena sup ekor, sup perut dan sup kikil serta ABC Durian yang cukup power mabeles di Restauran Erinas, Kpg Pahang, Tapah



Disediakan oleh: Media PSSCM Putrajaya.