Sunday 1 April 2018

Perhimpunan Raksasa Guru-Guru Silat Negara 2018...PSSCM Putrajaya turut sertai


Ahad, 1 April 2018...GOMBAK, Perhimpunan Raksasa Guru-Guru Silat Negara 2018 telah berjaya diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sg Pusu, Gombak dengan kehadiran melebihi 6,000 pesilat dari seluruh negara.




PSSCM Putrajaya telah menghantar seramai 21 orang pesilatnya beserta para pesilat PESAKA Putrajaya dengan sebuah Bas Nadi Putra. Penyertaan PSSCM Putrajaya ini merupakan komitmen pihak persatuan kepada aktiviti PESAKA Putrajaya serta aktiviti-aktiviti bercorak komuniti dan persilatan di Putrajaya.  



Perhimpunan mega ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia; Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turut dihadiri Guru-Guru dan para pesilat dari seluruh negara termasuk Presiden PESAKA; YB Tan Sri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam dan Setiausaha Agung PESAKA; Senator Datuk Megat Zukarnain Tan Sri Datuk Wira Omar Din.

Walau pada mulanya cuaca hujan lebat dan panas terik namun ia tetap tidak mematahkan semangat para pesilat untuk terus menunggu dan mendengar ucapan serta amanat dari YAB Perdana Menteri.


YAB Perdana Menteri di dalam ucapannya telah memuji pesilat-pesilat yang sanggup berkorban masa dan tenaga memperjuangkan seni silat Melayu. Di dalam majlis tersebut, kerajaan berjanji akan membina kompleks persilatan Melayu bagi menyemarakkan aktiviti persilatan di Malaysia dan juga meluluskan pemberian geran tahunan kepada pihak PESAKA bagi disalurkan ke persatuan-persatuan Silat Melayu sebagai memartabatkan seni budaya Melayu sesuai dengan pengisytiharan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara sejak 2015. 

"Pembinaan kompleks berkenaan diharap dapat menjadi mercu tanda atau perlambangan dan kebanggaan negara dalam dunia persilatan di peringkat antarabangsa serta kebangsaan selaku seni mempertahankan diri rasmi Malaysia," 

"Sebab itulah, apabila saya diminta mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara pada 18 September lalu, saya tidak syak dan ragu-ragu lagi malah saya menganggap silat sebagai angkatan ketiga pertahanan negara yang boleh menyumbang kepada kedaulatan, keselamatan serta memastikan maruah negara kita dapat dipertahankan". Ujar Perdana Menteri.

Sila layari:

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kompleks-silat-negara-bakal-dibina-1.639375
https://content.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/04/406420/kerajaan-bina-kompleks-sukan-persilatan-negara







Foto-foto menarik...









































Latihan pra persembahan di Pusat Latihan PSSCM Wangsa Maju.
Syukur Alhamdulillah...sekali lagi martabat silat dimuliakan...Tahniah kepada semua pesilat yang terlibat. Kredit foto dari rakan-rakan seperjuangan PSSCM dan Jabatan Penerangan PSSCM.

#silat #silatcekak #pesaka #martialarts #respectMyPM #myTN50 

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018

No comments:

Post a Comment