Saturday 8 October 2022

Parang Lading Senjata Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM): Sejarah dan Keistimewaannya



Parang lading merupakan senjata rasmi kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) yang diasaskan oleh YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad yang juga Guru Utama dan Presiden PSSCM sejak tahun 1965 hingga 1986. 

Parang lading merupakan senjata yang digunakan oleh masyarakat petani dan juga para pendekar negeri Kedah sejak zaman berzaman dan ia mula popular sebagai salah satu senjata yang turut digunakan oleh para panglima semasa berlakunya Perang Musuh Bisik (1821-1842) di negeri Kedah Darul Aman.

Senjata ini juga pernah dipatenkan oleh PSSCM di peringkat antarabangsa dengan sebuah badan harta intelek dikenali sebagai The Patern Office, berpengkalan di South Wales, United Kingdom pada 23 Jun 1994.  

Pada tahun 1994 tersebut juga senjata ini turut diserahkan kepada pihak muzium di Melaka dan Kedah. Diikuti oleh Johor dan Kelantan pada tahun 2008. PSSCM turut menganugerahkan Parang Lading kepada YTM Raja Muda Perlis pada 20 September 2014.  

Pada  3 September 2018 sebuah kertas kerja ilmiah bertajuk Parang Lading: Senjata Rasmi Seni Silat Cekak Malaysia telah dibentangkan di dalam Wacana Akademi Tamadun Melayu (ATMA) bertemakan Persenjataan Melayu - Seni, Budaya dan Warisan telah dibentangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  



Kertas kerja ilmiah tersebut seterusnya dibentangkan dalam prosiding akademik anjuran International Conference on Local Knowledge (ICLK) bertajuk; Parang Lading Senjata Rasmi Melayu: Pemilikan Teknologi Pembuatan dan Falsafah Persilatannya pada 8 Oktober 2019 bertempat di Galeria Petronas, KLCC, Kuala Lumpur.

Laporan Berita Harian pada 8 Oktober 2019

Kertas kerja Wacana ATMA tersebut sekali lagi diterbitkan oleh PSSCM di dalam Buku Sambutan Perayaan 54 tahun PSSCM. Ketiga-tiga penerbitan tersebut merupakan justifikasi kukuh bahawa pengetahuan mengenai parang lading telah dibuktikan secara ilmiah dan saintifik. 



Buku Sambutan 54 tahun PSSCM yang turut memuatkan kertas kerja berkaitan Parang Lading



Pemberian dua bilah Parang Lading kepada Ketua Pengarah Muzium Negara; Y.Bhg Shahrum Yup pada 7 November 1974 untuk tujuan pameran di Muzium Negara  

Pertunjukan demonstrasi Parang Lading di Kuantan, Pahang pada tahun 1977


Penyerahan sebilah Parang Lading oleh En Safaran bin Ahmad kepada YBhg Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Haji Mohd Zain Haji Abdul Ghani pada tahun 1994. 

 
Penyerahan sebilah replika Parang Lading oleh Tuan Haji Ghazali bin Abdul Rahman; Yang Di Pertua PSSCM Cawangan Kedah kepada En Zahari bin Saud; Penyelia Muzium Negeri Kedah pada tahun 1994


Tuan Haji Ishak bin Itam mengayakan seni pergerakan parang lading dalam Majalah Seni Beladiri keluaran tahun 1998 


Maklumat menngenai Parang Lading, klik pautan;



Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2022






No comments:

Post a Comment