Sunday 27 June 2021

Wajib Tahu Fakta Sejarah: Penyerahan Mandat Perguruan PSSCM

Silat Cekak sejak ia dilahirkan semula oleh YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad pada 28 Disember 1965 mempunyai sanad dan nasab sejarah, perguruan, persilatan dan keturunan yang jelas dan tidak pernah terputus.

Ini merupakan antara beberapa kriteria dan syarat utama yang menentukan keaslian (originality) dan kesahihan sesebuah silat berdasarkan kepada fakta dan data yang diperakui secara akademik dan saintifik melalui kajian-kajian sejarah yang berwasit.

Keaslian tersebut menjadikan PSSCM sebuah silat yang mementingkan aspek integriti dan kualiti silat Melayu dalam setiap pengajaran dan pembelajarannya. Kedua-dua aspek ini seterusnya akan memberi kesan positif kepada para pengamalnya untuk sentiasa bercakap benar, berani, yakin dan amanah untuk mengajar ilmu ini kepada masyarakat.

Infografik di bawah menunjukkan proses mandat Silat Cekak diserahkan kepada sanad perguruan yang berhak dan tidak terputus sejak ia diwariskan oleh Panglima Ismail atau Laksamana Wan Ismail sejak tahun 1821. 

     


Sumber: 

1. Jabatan Penerangan PSSCM 

2. Mesyuarat Agung Perwakilan ke 49, 26 Jun 2021 MS: 132


Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2023

Saturday 26 June 2021

Wajib Tahu Fakta Sejarah Silat Cekak: Siapa Sebenarnya Panglima Ismail??

Panglima Ismail merupakan tokoh yang tidak asing bagi para pengamal ilmu Seni Silat Cekak Malaysia.

Ilmu persilatan ini dicatatkan berasal dari negeri Kedah Darul Aman dan sejarahnya diketahui bermula apabila Wan Ismail dilantik menjadi Laksamana oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah dengan gelaran Dato' Seri Paduka Raja Laksamana Kedah setelah bapanya Wan Muhammad Long gugur syahid semasa mempertahankan Kota Kuala Kedah yang dicerobohi oleh tentera Sukhothai pada 12 November 1821. 

Perang tersebut dikenali sebagai Perang Musuh Bisik yang menyaksikan Kedah dijajah oleh angkatan Siam selama 21 tahun (1821-1842).  


Sumber: Mesyuarat Agung Perwakilan ke 49, 26 Jun 2021 MS: 131

Beberapa kajian akademik telah dilakukan oleh para pengkaji sejarah PSSCM. Kajian berwasit tersebut telah diterima dan diperakui oleh beberapa buah universiti tempatan bagi membuktikan kesahihan cerita-cerita lisan yang disimpan bergenerasi lamanya.

Nak tahu lebih detail dan santai boleh ler beli dan baca Novel di bawah. Novel ini digarap berdasarkan kajian-kajian ilmiah yang telah ditulis, dibentang dan diterbitkan oleh para pengkaji PSSCM. Mohon maaf ia bukan reka-rekaan atau diambil berasaskan mimpi...

So beli jangan tak beli...!!!




Disediakan oleh:

PSSCM Putrajaya @ 2021 

    

Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM Kali ke 49 berlangsung secara digital.

Sabtu, 26 Jun 2021 - PSSCM telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) kali ke 49 Sempena Sambutan ke 56 PSSCM secara maya yang disertai oleh barisan perwakilan PSSCM dari seluruh negara. 


Penganjuran MAP 49 secara maya ini membuktikan PSSCM mampu menganjurkan program berimpak besar kepada perkembangan dunia persilatan Melayu di Malaysia walaupun negara kini sedang bergelut dengan pandemik Covid 19. 



PSSCM juga berjaya menerbitkan Buku Sambutan PSSCM 56 ini secara e-book buat pertama kalinya yang dapat diakses oleh ahli-ahli perwakilan dari semua negeri. Penerbitan E-book MAP 49 ini merupakan satu inovasi digital yang diperkenalkan oleh PSSCM sesuai dengan tema sambutan 56 PSSCM iaitu; 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭 𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢.

Tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa dan tenaga kerja yang bekerja keras menjayakan program MAP 49 pada hari ini.





MAP 49 ini tamat pada jam 1.30 petang.


Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2021

Saturday 19 June 2021

Forum Maya ke 6 PSSCM: Melestarikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melalui Budaya



Kuala Lumpur, 19 Jun 2021: PSSCM telah berjaya mengadakan Forum Maya kali ke 6 bertajuk;  Melestarikan Falsafah Pendidkan Kebangsaan Melalui Budaya. Ahli-ahli Panel terdiri dari;

Panel 1: YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dato' Dzukifli Abdul Razak; Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia

Panel 2: YBhg. Dato' Mohd Khalis Abdul Rahim; Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Malaysia Airlines Berhad

Moderator: Tuan Mohd Fikri Najib Aznan; Chef Selebriti, Pelakon dan Pengacara

Semoga forum ini telah membuka minda dan jiwa kita bagaimana seni budaya terutamanya ilmu persilatan Seni Silat Cekak Malaysia boleh disepadukan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FSK) dalam membangunkan modal insan di negara kita.

Chef Mohd Fikri Najib Aznan

Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak

Dato' Mohd Khalis Abdul Rahim

Siaran secara maya ini mencapai tontonan melebihi 700 orang penonton. E-Sijil juga disediakan...tahniah!

Majlis diakhiri dengan ucapan YMDGU yang berbangga dengan pencapaian pembangunan modal insan dilaksanakan oleh PSSCM yang telah melahirkan ramai insan yang memiliki pelbagai kemahiran, berbudaya, beradab dan integriti selama lebih 5 dekad. Pencapaian ini ternyata bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah; Guru Utama dan Presiden PSSCM


Kredit: 

https://www.facebook.com/watch/live/?extid=NS-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&v=3536631439771842&ref=watch_permalink

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/3536631439771842/

Disediakan oleh:

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021