Sunday 27 May 2012

Silat Cekak: Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad - Dianugerah Tokoh Seni Mempertahankan Diri Sepanjang Hayat 2012


Selasa 29 Mei 2012: Kuala Lumpur... Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia telah menganugerahkan gelaran Tokoh Seni Mempertahankan Diri Sepanjang Hayat kepada Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad sempena  Hari Seniman Negara 2012. 


Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia; Tan Sri Mohd Rais Yatim  kepada YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah; Guru Utama dan Presiden PSSCM ke 3. Majlis malam tersebut disaksikan oleh ribuan masyarakat dan warga seni yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Turut menerima Anugerah Tokoh Seni Beladiri Negara 2012 adalah Pengerusi Dewan PESAKA Kebangsaan yang juga mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia; Tan Sri Omar Din Mauju.

Majlis ini julung-julung kali diadakan bagi mengiktiraf tokoh-tokoh seni dalam pelbagai bidang dan lapangan kesenian dan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam majlis tersebut juga pihak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengumumkan penubuhan Yayasan Seniman P. Ramlee dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta yang ditampung oleh Yayasan al-Bukhari manakala selebihnya dibiayai pihak kementerian. 



Mahaguru Seni Silat Lincah; Tan Sri Omar Din menerima anugerah Tokoh Seni Beladiri 2012

Objektif yayasan ini adalah bagi mengenang jasa seniman agung tanah air tersebut atas sumbangan mereka membangunkan industri seni negara. Dana yayasan tersebut akan digunakan untuk menampung segala aktiviti seni dan budaya serta menjaga kebajikan mereka yang bergelar seniman secara berterusan tanpa mengira cabang seni dan bangsa.

Di dalam majlis tersebut seramai 42 anak seni daripada 11 bidang seni iaitu seni nyanyian dan seni lakonan, seni muzik, seni lukis, seni gubahan lagu, seni kraf, seni kreatif, seni animasi, seni lawak, seni tari dan seni bela diri menerima anugerah Tokoh Seni Budaya. Selain itu, seramai tujuh orang anak-anak penggiat seni yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan turut menerima hadiah dari kementerian.


Kerajaan turut mengumumkan penubuhan Kursi P. Ramlee iaitu sebuah Pusat Penyelidikan dan Kesarjanaan dalam bidang kesenian dengan peruntukan dana sebanyak RM3 juta yang akan ditempatkan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) khusus untuk memperkasakan bidang penyelidikan akademik yang berkaitan dengan bidang seni dan warisan.

Selain majlis penganugerahan-penganugerahan, para audien juga dipersembahkan dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan termasuk persembahan dari Seni Silat Cekak Malaysia. lebih 500 orang ahli PSSCM menyertai program ini. 

Pertemuan mesra antara Guru Utama PSSCM dengan Mahaguru PSSLM 

Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia dan akhbar KOSMO.

Lihat juga:




Disediakan oleh;

Unit Media Sosial PSSCM Putrajaya @ 2012



Thursday 24 May 2012

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya @ Hari Belia Malaysia 2012, Putrajaya



23-27  Mei 2012: PSSCM telah diundang untuk menyertai perarakan dan persembahan sempena Hari Belia Negara bertempat di Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Pelbagai acara, pertunjukkan dan pameran telah diadakan di sepanjang Boulevard Putrajaya hingga ke PICC. 



Syabas diucapkan kepada kesemua ahli-ahli PSSCM yang telah menjayakan program mega belia ini.

Disediakan oleh:

Biro Media PSSCM Putrajaya@2012.