Saturday 28 July 2018

Program Santai BBQ PSSCM Putrajaya 1.0V



Sabtu, 28 Julai 2018. PUTRAJAYA PSSCM Putrajaya telah menganjurkan Majlis Santai BBQ. Antara matlamat program ini adalah untuk merapatkan kekeluargaan di kalangan Ahli Jawatankuasa PSSCM Putrajaya.

Seramai 26 ahli PSSCM Putrajaya dan keluarga hadir memeriahkan program ini yang diadakan di Presint 17, Putrajaya. Masing-masing menunjukkan skill membakar sate, ayam panggang ... hebat bersilat boleh memasak pun boleh...
















Tahniah kepada semua yang hadir ke program hujung minggu ini. Insya Allah kita akan buat lagi di masa-masa akan datang

Disediakan oleh;

(c) Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018  

Thursday 26 July 2018

Silat Cekak: Kelas Silat Cekak Malaysia di SMK Putrajaya Presint 9(2)


Khamis, 26 Julai 2018...PUTRAJAYA: Kelas latihan PSSCM SMK Putrajaya Presint 9(2) berjalan seperti biasa. AlhamduLillah para pelajar masih giat belajar walaupun musim peperiksaan dah semakin hampir tiba.


Kelas latihan pada hari ini cukup istimewa kerana para penuntut telah dihidangkan dengan makanan tengahari hasil sumbangan dan infaq ahli-ahli PSSCM Putrajaya. 

Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga amal jariah diberkati Allah swt. Insya Allah PSSCM Putrajaya akan meneruskan tradisi ini untuk beramal dengan kerja-kerja sukarela dan kebajikan sepertimana dituntut agama dan diasuh oleh Guru - Guru Silat Cekak. Kita teruskan amalan mulia ini demi kemajuan ilmu persilatan Melayu ini.
                               



Jangan lupa adik-adik minggu depan kita jumpa lagi. 

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018.

Sunday 15 July 2018

Silat Cekak: Program Santai PSSCM Putrajaya di Riverside Janda Baik



Ahad, 15 Julai 2018: JANDA BAIK: PSSCM Putrajaya hari ini berjaya melaksanakan Program Santai Mandi Sungai Ramai-Ramai di Riverside Janda Baik yang disertai oleh 15 orang ahlinya.

Program ini turut dihadiri oleh Y. Bhg Encik Safran bin Ahmad; Ketua Pengurusan PSSCM Kelas Ibu Pejabat merangkap Naib Presiden II PSSCM dan Isteri; Puan Farima bt Hj Idon selaku Ketua Wanita Cekak Pusat (WCP).

Group WCP Putrajaya



Selain aktiviti mandi manda, aktiviti lain seperti memasak dan kembara ke dusun durian turut dilakukan. Aktiviti santai sebegini dirancang bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan sesama ahli PSSCM Putrajaya selain merupakan program yang dapat mempelbagaikan aktiviti luar bukan berbentuk silat bagi PSSCM Putrajaya.









Ketua Pengurusan Kelas-Kelas PSSCM Ibu Pejabat dan isteri turut hadir memeriahkan program 

Acara lawan memasak 


Bersila di atas air...

Tarzan...





Khemah turut didirikan 



Durian penyeri program mandi-manda dan berkhemah




Gayut...gayat

Team WCP ...memasak juadah tengahari


Melawat dusun dan menikmati durian @Batu 9, Gombak. 

AlhamduLillah program ini telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua peserta yang beri komitment untuk menjayakan program ini. Yang tak sempat joint kali ni kita pergi lain kali...    

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018